0.1

207 15 0
                                    

Membuka tirai,

Raja Khai Riadhi × Eshal Mahdeya

~ 🥀 ~ 🥀 ~ 🥀 ~ 🥀 ~ 🥀~

2014

Khai Riadhi mencari-cari kelas Ibnu Sina,kelas tingkatan empat di bangunan A ini. Dia yang baru berpindah ke sekolah ini masih belum tahu mana selok belok sekolah ni. Pejabat pun dia tebalkan muka untuk tanya cikgu tadi.

Sedang berjalan dengan beg galas dibelakang,akibat terlalu fokus pada kertas ditangan, Khai Riadhi terlanggar seseorang dihadapannya.

Khai Riadhi kaku,takut kena marah di orang tu. Malu pun ada. Baru hari pertama dia dah dalam masalah. Aduh Khai, malangnya kau.

Terbongkok-bongkok Khai mengutip fail-fail yang berterabur. Saat Khai bangkit,mahu meminta maaf kepada pelajar itu. Dia terkedu. Melihat sepasang mata cantik yang memandangnya.

"Ya Allah sorry dik,akak tak perasan. Ada luka tak?" Kalut pelajar perempuan itu mengambil semula fail yang Khai hulur. Menyusun kembali ditangannya.

"Adik pelajar baru ke?" Soalan dari pelajar perempuan itu menyedarkan Khai. Lambat lambat Khai mengangguk. Ya Allah, Khai.. tahu di umi ni mati kau.

"Ouh, kenapa tak masuk kelas lagi. Sekarang dah masuk masa kedua." Pelik dia tengok ada lagi yang merayau dengan beg sekarang ni,kalau ikutkan semua dah start belajar.

"Saya tak jumpa kelas..." Sebut Khai perlahan,malu nak angkat muka. Ceh! Tahu di kak Khaira yang dia malu-malu macam ni kena bahan seminggu rasanya.

"Meh nak tengok kertas." Kertas di tangan Khai diambilnya, diteliti askara di helaian putih itu. Lah kelas dia nak pergi rupanya.

"3 Sina,bijak juga awak ni. Jom,akak pun nak pergi sana." Kertas dikembalikan semula kepada Khai,dia berjalan didepan. Khai perasan yang pelajar perempuan yang menolong dia ni tak lah terlalu tinggi,sama tinggi dengannya saja.

Berapa umur dia ya?

Pintu kelas diketuk,semua mata dalam kelas memandang ke arah mereka. Khai pula rasa nak lari sekarang ni.

"Cikgu,ni fail yang cikgu minta." Perempuan itu masuk bersama fail ditangan, fail-fail diletakkan atas meja. Cikgu bernama Mariah jenguk belakang pelajar perempuan didepannya tu.

"Ha tu siapa pulak yang awak bawa, Eshal Mahdeya oi. Boyfriend ke?" Kenal sangat cikgu Mariah dengan perangai anak muridnya ni, Eshal Mahdeya binti Abdulhaq, pelajar form five. Baik benor.

Eshal Mahdeya menoleh belakang,tepuk dahi sendiri. Dia lupa yang dia bawa budak ke sini.

"Tu student baru masuk hari ni lah cikgu." Memuncung mulut Eshal,ada ke cakap pakwe. Kita ni belajar lagi tau!

"Laaa..saya lupa pulak yang ada student baru kelas ni." Saja je cikgu Mariah nak mengusik si Eshal ni,suka benor diusik budak ni.

"Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu." Cikgu Mariah angguk. Eshal keluar dari kelas tiga Sina tu, berhadapan dengan Khai. Dia mengukir senyum manis.

"Kalau nak minta tolong beritahu akak je,akak pergi dulu ye dik."

Khai terpana. Melihat Eshal memberi senyuman yang buatkan dia terkedu. Malu sendiri dia jadinya. Satu saja dalam kepalanya waktu ni.

جميلات العيون..

Heal Love  | C ✓ Where stories live. Discover now