Cara yang mendengarkan itu turut tergelak kecil apabila teringatkan perangainya yang pelik sehinggakan Aryan selalu mengalah dengannya.

Air matanya tiba-tiba sahaja menitis. Dengan pantas dia meraup wajahnya agar tidak diketahui oleh ayahnya.

"Don't cry sayang. Jangan cuba untuk sorok kesedihan kamu tu dari ayah. Ayah dah jaga kamu sejak kecil. Dah kenal sangat lah Cara Estella ayah ni." Nuk Hakeem mengusap air mata Cara sebelum tubuhnya dipeluk kasar oleh Cara.

"I don't want anything else but my husband." teresak-esak tangisannya ketika itu.

"You should believe in qada' and qadr Allah SWT. Have faith in Allah and he will make it easier for you sayang." pesan Nuk Hakeem sambil mengusap lembut belakang Cara.

"Trust Allah SWT. He is the only one who knows what best for you and wants the best for you." perlahan-lahan Nuk Hakeem menguraikan pelukan.

"I'm trying my best ayah." ujarnya bersama dengan senyuman nipis yang terukir di bibir.

"I know my precious daughter can do this. Ingat, ayah selalu ada dengan Cara."

"Cara sayang ayah."

A dad is the anchor upon which his children stand.

-

FAIL-fail yang berada di atas meja itu diambil dan disusun dengan kemas di dalam almari. Bilik bawah tanah terlihat sedikit teratur apabila telah dikemaskan sejak pagi oleh Carl dan juga Ray.

Tiba-tiba Ray menjumpai satu fail yang terpampang nama Cara Estella di atasnya.

"Kau ingat lagi tak masa Aryan suka kat Cara bila dia nampak Cara buat pertama kali. Sudahlah dia suka kakak kepada adik yang baru je dia langgar. Tak ke pelik tu?" senyum senget dipamer oleh Ray.

"Gila tak ingat. He was obsessed. Tak pernah-pernah dia ada perasaan kat orang. Cara changed him so much." jawabnya sambil tangan bekerja menyusun fail tersebut.

Satu persatu fail disusun dengan rapi. Keadaan bilik sebelum mengemas tadi sangat berselerak tatkala banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ini.

Peti besi yang menyimpan senjata turut dikuncikan.

"Kadang kan aku rasa Aryan macam masih ada lagi kat sini sebab kita betul-betul kehilangan jejak dia. Benda ni jadi lagi misteri apabila kita tak ada bukti tentang kematian Aryan." suara Ray menghentam pendengaran Carl.

"Aku always harapkan benda tu terjadi. Tapi mustahil sebab selalunya Aryan pasti akan bagitahu aku kalau ada apa-apa yang dirancangnya. But we don't know either he is still here or not." jawab Carl penuh teliti.

"He might still be here. Watching us from afar." sambung Carl lagi.

"What if Aryan betul-betul masih hidup?" soal Ray penuh tanda tanya.

"Well, it's a great news! I would sacrifice my life to only see him." rambut Carl diraup kebelakang. Peluh yang membasahi lehernya dikesat perlahan.

"You really love him don't you?"

"Bagitahu aku sekarang ni siapa je tak sayang sahabat yang always ada dengan kau dari kecil sampailah besar sado macam ni." tegas suaranya berkata.

"Perasan jelah mamat ni huh!" jelingan tajam dihadiahkan oleh Ray buat Carl.

Mamat dua ekor ni, bila je tak berperang.

"Ini fakta bukan auta." Carl mencelah. Sengaja mahu menaikkan amarah Rayyan Mikael.

"Ada aku tanya kau ke? Takde kan? Diam lah kau! Dasar kambing!" ujar Ray sambil tangan sebelahnya mengepal tumbukan.

"Nak fight ke? Meh arr. Berani ke lawan orang terkuat Sir Aryan Herriez?" penuh bangga nada Carl ketika itu. Bangga dengan gelaran yang diberikan Aryan buatnya.

"Maleh aque. Bye! Buatlah kerja ni sorang-sorang." langkah diambil dengan pantas meninggalkan Carl keseorangan di situ.

"Woi!! Kau nak pergi mana hah? Kurang asam punya budak. Nasiblah mood harini tengah baik." nafas dihela perlahan. Redha jelah kena buat kerja sendirian.

RAYYAN melarikan diri ke ruang tamu sambil tergelak-gelak. Kesian member kena buat kerja dengan hantu.

"Yang ni dah kenapa ni? Kena sampuk dengan hantu ke?" tegur Cara setelah melihat Ray yang sedang tergelak-gelak seorang diri.

"Hantu apa siang-siang buta ni?"

"Habistu?" keningnya dikerutkan.

"Three." jawab Ray ringkas.

"RAYYAN!!" nadanya naik seoktaf. Orang tengah serious boleh pula dia main-main.

"Maaf kak. Takdelah. Kesian Carl kena buat kerja dengan hantu."

"Eee tak baiknya Ray ni." Cara membuat mimik muka menyampah.

"Sekali sekala."

"Selalu! Dah lah bye." terus sahaja Cara mengaturkan langkah untuk keluar rumah.

"Eh Cara nak pergi mana?" Ray menyoal ingin tahu.

"Pergi tembak orang." jawabnya penuh selamba.

Ray hanya menayangkan muka seperti tidak kisah.

"Pergi kerja la ey ada jugak aku katuk guna kapak tu karang." jelingan dihadiahkan sebelum Cara meninggalkan Ray yang berdiri di situ.

"Takutnya kita." usik Ray namun Cara hanya mengendahkan sahaja.

Figura tubuh Cara sedikit demi sedikit menjadi kabur dimatanya.

~

Hiii!! I'm back. Okay bye saya nak minta maaf okay tu je *wink

Mrs. Aryan HerriezWhere stories live. Discover now