Dia membuka pintu tandas dengan penuh harapan. Namun harapannya hancur lebur setelah melihat ke dalam tandas itu.

"Tak ada tingkap?!" Keluh Hazzel. Dia meraup wajahnya.

"Nak buat apa dengan tingkap?" Suara garau itu menyapa telinga Hazzel. Lekas Hazzel menoleh.

"Kau siapa?!"  Hazzel terkejut melihat seorang lelaki tinggi berambut blonde sedang berdiri di sebelahnya. Lelaki itu sedang memakai sarung tangan getah sambil mata biru lautnya memandang Hazzel.

Sejak bila lelaki itu berada disitu pun Hazzel tak pasti. Yang pasti, visual lelaki ini sangat menawan.

"Hai Cik Hazzel. Perkenalkan saya Grey Hunter." lelaki itu memperkenalkan dirinya pada hazzel.

Hazzel menjadi binggung.

"Macam mana awak tahu nama saya?" Soal Hazzel.

"Dari rekod yang Tuan J bagi." Jelas Grey dengan polos. Walaupun mata Hazzel tak dapat lari dari menelek visual Grey yang terlalu menarik itu, Hazzel lebih tertarik untuk focus pada percakapan Grey itu.

"Apa maksud awak? Siapa Tuan J?" Soal Hazzel benar benar ingin tahu.

"Saya akan jadi pembantu Cik Hazzel mulai hari ini. Jadi Cik Hazzel, boleh ikut saya sekejap?"  Grey tak membalas soalan Hazzel. Grey meminta Hazzel untuk mengikutinya.

Hazzel menurut. Grey membawa Hazzel berdiri di sebelah katil di dalam bilik itu. Mata Hazzel terpandang pada satu 'beg luggage'
besar berwarna hitam di atas katil.

Tanpa membuang masa, Grey membuka beg itu di hadapan Hazzel.

"Ini semua adalah barang milik Cik Hazzel. Semua barang penting milik Cik Hazzel kami bawa ke sini. Eh tapi Cik jangan risau, barang peribadi Cik Hazzel bukan saya yang uruskan. Ada pekerja perempuan khas yang  uruskan." Hazzel terdiam kerana Grey bercakap terlalu laju.

" Sekejap apa awak cakap tadi? Barang peribadi saya? Oh kena culik pun orang bawakan barang peribadi saya ke sini?" Grey memandang Hazzel yang sedang binggung.

" Siapa cakap Cik diculik? Mengarut. Oh, Cik Hazzel. Tujuan saya buka beg ni depan Cik sebab saya nak pastikan barang Cik tak ada yang tertinggal. Jadi Cik boleh check. " ujar Grey lagi. Hazzel tercengang. Gadis itu tak faham dengan situasi ini.

Grey yang perasan bilik itu gelap kerana tiada cahaya mula menapak ke arah sebuah dinding. Dia menolak tirai yang menutupi sebuah dinding yang diperbuat dari kaca yang terdapat di bilik itu.

Hazzel tercengang. Sungguh dia tak tahu ada dinding kaca disitu. Tadi pun dia tak perasan.

"Grey, saya tak faham. Apa ni? Kenapa saya dibawa ke sini? Siapa Tuan J Dan kenapa pula awak jadi pembantu saya? Please explain. Saya dah tak larat nak fikir."

Grey kembali menghampiri Hazzel. Lelaki tinggi itu mengambil barang dari bagasi hitam itu lalu di susun pada tempat yang sesuai.

" Saya pun tak tahu nak terangkan macam mana. Cuma untuk pengetahuan Cik, Tuan j mengarahkan supaya saya melayan Cik dengan baik."

"Cik jangan risau, Cik cuma perlu duduk sini dengan tenang." ujar Grey selamba sambil mengantungkan baju milik Hazzel ke dalam almari.

"Tak payah risau awak kata?! Cuba awak yang di tekup dengan kain apa tah yang boleh buat awak pengsan lepastu sedar sedar je awak ada dalam rumah orang lain. Lepastu ada orang asing yang uruskan barang peribadi awak. Dah lah suka hati je usik barang orang." Ujar Hazzel geram kerana tak boleh terima dengan penyataan Grey tadi. Sempat juga dia memerli. Grey tersenyum kambing.

" saya minta maaf Cik Hazzel kalau kelakuan saya buat Cik Hazzel kurang selesa. Saya hanya menjalankan tugas saya. Untuk pengetahuan Cik Hazzel, kami hanya mengikut arahan dari Tuan J." Jelas Grey. Dia membongkok ke arah Hazzel sebagai tanda dia meminta maaf.

" Siapa Tuan J? " Soal Hazzel. Sakit pula hati dengar Grey asik sebut nama Tuan J dari tadi. Suka hati je Tuan J nak suruh orang sentuh barang aku!

" Cik Hazzel akan tahu sendiri  nanti." Ujar Grey.

"Oh, by the way Cik Hazzel. Cik boleh keluar bersiar-siar sekitar kawasan rumah ni kalau Cik bosan. Tapi Cik tak di benarkan pergi ke bangsal belakang rumah, bilik paling atas dalam rumah ni Dan juga bilik pejabat Tuan J. Selain daripada itu, dibenarkan. Setiap sudut rumah ni ada cctv. Bermakna setiap kelakuan Cik nanti diperhati.
Waktu makan akan di beritahu nanti dan Cik akan menjamu selera bersama-sama dengan Tuan J. "

" pengunaan telefon bimbit tak dibenarkan buat masa sekarang. Kalau Cik rasa nak membeli belah, Cik akan diberi sebuah tab untuk Cik membeli belah secara online. Tetapi itu pun di bawah pengawasan saya, ini bertujuan untuk memantau setiap apps yang dibuka oleh Cik Hazzel nanti. Kalau Cik bosan lagi, Cik boleh pergi dekat library ataupun menonton mana-mana sahaja TV yang ada di dalam rumah ini."

" kalau Cik nak apa-apa, Cik boleh cari saya dekat bawah. Okey, itu sahaja. Ada apa - apa Cik Hazzel nak tanya? "

Entah untuk keberapa kali Hazzel tercengang pun dia tak tahu. Hidup dia bagai dikawal oleh seseorang yang di gelar 'J' itu.

Siapa dia?

"Saya minta diri dulu sebab saya ada kerja nak buat. Kalau ada apa apa Cik boleh cari saya dekat bawah ya? Bye Cik Hazzel." Grey keluar dari bilik itu. Meninggalkan Hazzel yang binggung dengan nasib dirinya.

Sebaik pintu ditutup, Hazzel menjerit sekuat hati sambil menekupkan wajahnya pada sebiji bantal.

__________

Hai readers, jangan lupa vote and comment. Terima kasih.

By the way, Grey Hunter single. (saje jela bagi tahu perkara tak penting)

Vote tauuuu.

Seperti biasa, maaf kalau ada typo atau salah ayat. Kalau perasan, comment lah nanti saya betulkan.

Di Dalam Genggaman Mr. Jayden Where stories live. Discover now