Bab Satu : 2019

55 14 0
                                    

'Dua orang mencintai antara satu sama lain di masa yang berlainan. Aku, terlalu lambat mencintainya.'

2019

'Bila empat mata bertembung, terbitnya satu cinta di dalam dua hati.'

Hai, nama aku Ana Wafai'erah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hai, nama aku Ana Wafai'erah. Orang panggil aku, Ana sebab nama tu senang disebut dan dipanggil. Umur aku, baru 13 tahun.

Dipendekkan cerita, aku sudah masuk sekolah menengah dan berdiri di tengah-tengah dewan untuk orientasi tingkatan satu ini.

AAAAA TIDAKKKK !

"Woi, apahal kau ni?" tanya Siti.

Zainatul Siti. Kawan ataupun dikenali sebagai bespwen sejak dari darjah empat lagi. Matanya yang berbentuk daun dan badannya yang tinggi itu mampu membuat orang akan jatuh cinta dengannya.

Aku tersengih-sengih. Mataku memandang di sekeliling ruang di dalam dewan ini. Tingkatan satu mempunyai 8 kelas. Dari kelas 1A hingga ke kelas 1H.

  "Takde apa. Aku tengok semua kelas dah masuk, kenapa cikgu tak mula-mula lagi orientasi ni? Baik aku makan je kalau menunggu macam ni," ujarku.

Siti mengangguk setuju. Dia turut memandang sekeliling dan mencari 'adakah benar apa yang aku katakan?'

"Kejap lagi kot. Masa masih awal ni. Cikgu kan banyak muslihat, no wonder." Siti mencebik bibirnya.

Amboi-amboi, senang je dia tuduh cikgu ni banyak muslihat. Kawan siapa lah tu? Kawan kau ke? Aku takde kawan macam ni.

Aku hanya tersenyum hambar. Apabila aku bosan berdiri dan beratur, mata ku terpandang satu wajah yang tampak menarik bagiku.

Dia juga sedang menatap wajah ku. Mata aku dan dia bertembung dengan lama. Dewan yang bising tidak dapat mengejutkan aku dari menatap wajahnya.

Aku tidak dapat meneliti pandangan itu tapi sekeliling aku merupakan dinding warna putih. Tempat yang luas dan hanya ada aku dan dia.

Wah apa benda aku merepek ni.

Aku seolah-olah tertarik dengan tatapannya yang redup. Pandangannya berjaya membuat aku curiga. Saat ini terasa seperti slowmotion coki.

Hareudang, hareudang, hareudang.
Panas ! Panas ! Panas.

Kantoi minat coki.

Satu saat...

Dua saat...

Detik-detik yang mungkin berharga.

Dimana mataku dan dia bertembung, ada satu perasaan muncul di hati. Aku tak dapat rasakan perasaan itu. Perasaan yang penuh dengan misteri.

Tiga saat...

Siapa, siapa lelaki itu?

'PAK!'

"Kau tengok apa?" tanya Siti. Dia mengejutkan lamunan ku.

Aku menoleh sekilas memandang ke wajah Siti dan menyambung kembali menoleh wajah lelaki tadi. Kelihatan dia juga menoleh ke arah kawannya.

Dia, siapa?

   "Aku tanya ni, kau tengok siapa?" tanya Siti sekali lagi.

Aku menggeleng perlahan. Tak tahulah. Sejak saat tadi, aku terus rasa seperti hilang ingatan dan pelik. Kenapa aku merasakan bahawa saat itu penuh dengan misteri?

Drama ke ni?

"Kau okey tak ni? Nampak macam risau dengan sesuatu je. Okey tak?" tanya Siti dengan prihatin.

Aku mengangguk laju. Aku tak nak buat dia semakin curiga dengan ku. Aku yakin, peristiwa tadi cumalah mainan biasa saja.

"Aku okey. Saja teringat tentang sekolah rendah," jawabku sambil mencipta alasan lain.

Siti mengukir senyuman senget. Aku yakin, selepas ni mesti dia kaitkan seseorang bila aku sebut sekolah lama tadi.

Haih, kenapa lah aku sebut?

    "Teringat dengan sekolah ke, teringat dengan Hafiz?" ejek Siti.

Aku dah agak. Hafiz, lelaki yang suka dengan aku darjah enam pada tahun lepas. Sekarang ni, aku rasa dia masuk sekolah lain, sebab tu batang hidung dia tak nampak-nampak lagi sejak dua hari ni.

"Kau nak makan penumbuk aku ke, pagi-pagi ni?" Penumbuk tangan ku sengaja ditunjukkan ke arah wajah Siti.

Siti mencebik bibir. Dia menolak genggaman tanganku dengan perlahan. Sengaja lah tu, nak menolak tawaran penumbuk aku ni.

   "I'm just kidding, okay? Bergurau !" ujarnya.

"Lain kali jangan mention nama dia. Aku tak suka dia bermaksud, nama dia pun aku tak nak dengar. Faham?" kataku sambil memberikannya amaran.

Siti mengalah saja. Dia mengangguk laju. Matanya dijulingkan ke atas. Aku hanya memberikan dia pandangan yang menyampah.

Selepas beberapa minit kemudian, cikgu pun datang dan memulakan orientasi tingkatan satu. Aku pun rasa macam penat dan mengantuk dengar cikgu membebel. Peraturan apa benda?

Di Malaysia, larangan adalah peraturan.

Peraturan adalah larangan.

Normal beb. Nak buat macam mana? Memang macam tu bila dekat Malaysia ni. Rakyat Malaysia, mana nak serius? Takde dah serius-serius zaman ni.

"Baiklah. Sebelum balik ke kelas masing-masing, sila berdiri dan beratur di barisan kelas sendiri. Sesiapa yang tidak masuk barisan, satu kelas tu akan balik ke kelas dengan lewatnya !" arah cikgu.

Satu dewan pun bising bila beratur dan berbaris di kelas masing-masing. Aku dan Siti pun berbaris dalam barisan.

"Ana, kau depan. Cikgu kata yang pendek, pergi depan," ujar Siti.

Aku mencebik. Mentang-mentang aku pendek, aku disuruh berdiri di depan. Apa nasib menjadi orang pendek ni? Apa? Apa salah saya?

Bila ingin berjalan menuju ke barisan hadapan, bahu kanan ku tiba-tiba terlanggar seseorang. Secara automatiknya, badan aku hampir jatuh ke belakang.

Tetapi tidak sempat, ada dua tangan memegang dan menahan ku daripada terjelepok jatuh ke lantai. Satu kanan di kiri, dan satu tangan di kanan.

Yang kanan tu aku tahu, mestilah Siti.

Tapi yang kiri itu siapa?

"Hati-hati lah sikit," pesan Siti.

Aku tidak menghiraukan pesanan Siti. Otak dan mindaku terlalu fokus dan ingin mengetahui siapakah gerangan yang menahan ku dari jatuh itu?

Perlahan kepalaku menoleh ke kiri. Bila saja tertancap pada matanya, aku pun kaku. Sekali lagi, mataku dan matanya bertembung.

"Kimi !"

Kimi? Nama dia, Kimi?

2019Where stories live. Discover now