“Alahai... kesiannya husband i, Jimmy Jejai sorang ni. Baru sehari kena tinggal dah terbongkang macam ni. Tsk tsk tsk! Bie... bangun, bie?” Adifa menepuk-nepuk paha lelaki itu.
   
       Beberapa kali dikejutkan barulah Jimmy terjaga. Terpisat-pisat mata dan serentak bangun duduk sebaik menyedari Adifa di sisi.
  
      “Sayang... you dah balik ke? Mana Adifa Daaniya? Mana? Dia dah balik ke?” Jimmy terjengah-jengah kepala dengan mata kuyunya. Pura-pura tidak nampak Adifa di depan mata.

        Adifa mengerut muka. “You ni... i depan mata you pun tak nampak ke?” rajuk Adifa. Sengaja melayan fi’il kaki sakat si Jimmy.

      Jimmy menghadiahkan senyuman manis sambil memegang kedua pipi Adifa. “Oh ni si manis i ke? Ingatkan mak cik karipap mana tadi datang tercongok depan muka i...”

      Pantas Adifa mencubit pipi Jimmy, melepas geram dengan usikan menjadi-jadi si Jimmy semenjak mereka sudah rujuk semula.

        “Kita yang cantik macam ni dia kata mak cik karipap? Menci tau!” Adifa memuncung.

         Tergelak Jimmy lantas memeluk si isteri. Matanya dipejam semula.

       “Bie buat apa ni sampai letih macam ni?” Adifa merenggangkan pelukan Jimmy. Wajah lesu itu diusap lembut. Tertumpah rasa kasihan dan kasih yang tak bertepi buat lelaki itu.

       “Macam-macam i buat. Penat sayang. I ikut semua list kerja rumah yang you bagi tu. I ingat senang kerja orang perempuan di rumah ni. Rupanya... hauk! Sayang... lamanya you pergi. Sebulan dah i mereput dekat sini tunggu you balik.”

       Terletus ketawa Adifa dengan Jimmy punya mengada-ngada. “Baru sehari je bie. Jangan nak membongak sebulan. You ni buat kerja sikit dah mengalah kontraktor penatnya.”

     “Yelah sejak Jasmin tak de ni, semua kerja  rumah kita kena buat. Nak harapkan si Chef Jo tu? Dia tahu masak je. Kemas kemas ni semua lagi hauk! Hasrizal dengan budak-budak dia lagi tak boleh pakai. Jaga rumah tahu. Kemas rumah, hmph... Semua spesis hawau.” Sesedap rasa Jimmy menghaukkan budak-budaknya.

      “Bie ni tak baik tau haukkan pekerja bie tu semua. Kalau tak de dorang tak jalan kerja you dekat ladang rusa tu tau. Rumah ni tak terjaga kalau tak de si Hasrizal dengan budak-budak dia tau. Bersyukur sikit,” tegur Adifa kurang senang dengan gaya bahasa kasar Jimmy.

     “Astaghfirullahal’azim. Yelah sayang. Sorry... i terlebih pulak.” Jimmy sedar kesilapannya dan bersyukur ada isteri yang sentiasa menegur kesalahannya.

     Adifa mengangguk lantas menarik senyum senang. Jimmy yang sekarang bukan lagi Jimmy yang dulu. Yang sentiasa dingin.

       “Dah, pergi mandi lepas tu turun makan. I dah masak.” Jimmy menyuruh Adifa bersihkan tubuh.

          Tergerak besar kelopak mata Adifa mendengar kata Jimmy masak. “Serius ah you masak, bie?”

        “Taklah! Kiddy Z you yang masak.” Jawapan hampeh Jimmy mengubah air muka Adifa. Geram. Ada ke pulak dikatakan Kiddy Z si kucing tu yang masak? Merepek je! Dengus Adifa.

         “I la yang masak, sayang. Takkan cicak tokek pulak nak masak untuk you. Dah dah pergi naik mandi. Dah bau Minaci jual tose dah ni.” Jimmy punya mulut puaka boleh mengoyakkan jiwa orang.

      Dalam berang melayan loyar buruk Jimmy, Adifa meletak kepala ke dada Jimmy. “Bagi i lima minit.”

       “Sayang... go!” Jimmy menepuk-nepuk bahu Adifa.

       “Hmph... tak nak. Bie... boleh tak you mandikan i? Malasnya nak masuk bilik air,” rengek Adifa dengan mata terkatup rapat. Melepaskan lelahnya sebentar di samping suami.

     “Betul ni? Kalau i bagi mandi you nanti jadi lain karang.” Jimmy jenguk muka si isteri di dadanya.

     “Jadi apa...?” tanya Adifa, meleret. Buat-buat tak tahu.

     “Adifa Daaniya... you nak ke naga merah mandikan you? You tahu kan kalau naga merah muncul apa akan jadi dekat you nanti?” Cetusan kata-kata Jimmy menghangatkan Adifa. Segera membangkitkan Adifa dari tersandar di dada lelaki itu.

         “Hm tak pelah. I mandi dulu.” Cepat-cepat dia naik ke bilik meninggalkan Jimmy sengih nakal.

       “Sayang! Jangan lupa tutup pintu bilik air! Takut naga merah muncul tiba-tiba. Habislah you!” sakat Jimmy dengan nada dikuatkan.

          “Kalau naga merah muncul, i kiss dia!” laung Adifa dari tangga sambil sengih-sengih.

       “Okey, naga merah muncul. You tunggu situ!” Jimmy lekas naik ke bilik dengan gaya tarian cha cha stail moden berlagu gu du song ge, mahu sambung mengusik Adifa lagi.

       Terjerit-jerit Adifa lari mengunci pintu bilik air. Bukan dia tak tahu datang akal sepongeh si Jimmy nanti, yang bukan-bukan boleh jadi. Mahu tak tidur sampai pagi.

Update full 27 sept 2022

countless love s2(on Going) Where stories live. Discover now