CL S2 (1)

37 12 18
                                    

        MR. J 🌺CIK MANIS COME BACK

SEBULAN berlalu Adifa dibawa ke sebuah tempat setelah keadaannya pulih sepenuhnya. Dia dalam keadaan mata bertutup dengan kain hitam dilambung pertanyaan. Ke mana dia dibawa pergi? Awal-awal pagi lagi tiga beradik si Jimmy, Jay dan Ulya telah memaksa dia bersiap kemas cantik-cantik untuk ke sesuatu tempat.

     “Kita dah sampai ke ni?” tanya Adifa.

      “Dah sampai, my baby...” jawab Jimmy seraya merangkul bahu Adifa. Lalu, membuka ikatan kain yang membaluti bahagian mata si isteri.

      “Surprise!” Saat mata Adifa terbuka, dia dikejutkan dengan suara sorakan menyambut kehadirannya di situ.

      Semua staf lamanya berada di hadapan mata. Sinar gembira mengerlip di mata Adifa. Dia kekeluan bicara. Lantas berpelukan dengan mereka, melepaskan rindunya.
  
      “Welcome back Ma’am Adifa Daaniya to Dammy Mega Mall’s!”

      “Dammy Mega Mall’s? Tapi, macam mana boleh terjadi? Bukan ke ia milik Mr. Aisy? ” Adifa bingung.
  
       “Ya, itu dulu. Mr. Aisy sendiri dah serahkan gedung ni kepada tuannya semula sebelum pergi dari sini. Dammy Mega Mall’s nama diberi sempena gabungan nama Jimmy dan Daaniya,” selit Jay menjawab persoalan yang membelenggu adik iparnya itu.

      Melopong mulut Adifa mendengarnya lalu merenggangkan pelukan mereka. Dia pandang Jimmy dan Ulya.
  
      “Abang Jimmy yang gabungkan nama tu khas untuk Kak Daaniya. Dan dia jugak yang bersusah payah contact semua staf lama Kak Daaniya dan bawa mereka ke sini berkhidmat semula untuk Kak Daaniya,” sambung Ulya pula dengan cerianya.
  
       “Saya nak awak mulakan hidup baru dengan nama baru. Lupakan perkara yang lalu ya, baby sayang? Saya dah kembalikan keluarga awak ke pangkuan awak,” tutur Jimmy dengan kaki melangkah mendapatkan isterinya yang sedang tersentuh perasaan.

      “Terima kasih awak... terima kasih semua sebab kembalikan kebahagiaan saya semula. Takde perkara lain yang mampu membahagiakan saya selain keluarga saya. Awak semua keluarga saya sekarang!” ungkap Adifa tulus menggembirakan semua yang ada.

      “Kami sedia berkhidmat untuk Ma’am Adifa Daaniya!” Sekali lagi sorakan kedengaran memberi semangat baru buat Adifa.

      “Dan lepas ni, saya nak bawak awak jumpa dengan anak-anak kita pulak,” sebut Jimmy memerangahkan Adifa.

      “Anak-anak?”
  
      “Anak-anak gelandangan yang awak selalu bagi makan tu, sekarang dah jadi anak-anak kita. Saya jaga dorang dengan baik sama macam awak jaga dorang dulu,” terang Jimmy menambahkan keharuan di dada Adifa. Lantas, tubuh lelaki itu dipeluk kasih. Berterima kasih dengan apa yang telah lelaki itu lakukan untuknya. Dia yakin Jimmy benar-benar telah berubah.

       Kini, Adifa memulakan hidup barunya bersama anak-anak gelandangan yang tinggal di rumah pangsa milik Jimmy. Bahagia setelah rujuk semula dengan Jimmy sebelum mereka kembali tinggal sebumbung. Panggilan mereka juga sudah diubah dengan panggilan lebih manja, ‘Bie’ dan ‘sayang’ atas permintaan Adifa.

      🌺🌺

Kruh kruh...

DENGKURAN halus kedengaran menyentakkan Adifa yang baru balik dari DAMMY Mega Mall’s. Bukan lagi A&F Mega Mall’s.

      Langkah gontainya menuju ke sofa antik di ruang tamu. Tercari-cari suara dengkuran yang didengari.

       Tergoyang kepala tatkala kanta matanya tercampak ke arah sekujur tubuh terbongkang tidur. Nampak letih benar. Dia menyusun langkah dan mengambil tempat di sisi tubuh itu.

countless love s2(on Going) Where stories live. Discover now