BAB 21 : WASIAT HILANG?

Magsimula sa umpisa
                                    

"Kita ada masalah."

"Biar aku teka, Ali terlibat?"

Rudy mengangguk kecil, "Pening aku nak handle sorang-sorang benda ni."

"Kenapa kau pula yang kena handle?" Rudy tidak menjawab terus pertanyaan Alicia, wajahnya mulai sayu, dia menjawab dengan nada sayu.

"Sebab aku dah janji dengan seseorang." Alicia faham apabila nada Rudy menjadi sayu, dia sangat mengenali Rudy serta kenalannya. Dia tahu bahawa Rudy sedang maksudkan arwah Niki. Sedang mereka berjalan, mereka terlanggar seseorang dari hadapan.

"Urgh!"

"Maaf, saya tak sengaja... Huh?"

"Tak apa."

"Rudy? Alicia? Kenapa awak berdua bersama?"

"Eh? Iman?"

"Iman?"

Mereka bertiga terkejut seketika melihat wajah sesama mereka, Iman terkejut apabila melihat Rudy berjalan bersama dengan Alicia, mereka berdua kelihatan rapat, semakin hari semakin rapat.

"Aku dengan Alicia ada hal sekejab, tolong maklumkan pada Ejen Rizwan, ya." Minta Rudy kepada Iman, Iman mengangguk kecil dengan senyuman sayu di wajahnya.

"Urm... Urusan apa?" Tanya Iman.

"Rahsia." Balas Rudy.

Iman memandang ke arah Alicia, dengan harapan agar dia memberitahu kepadanya apakah urusan tersebut, namun, Alicia hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali secara perlahan-lahan.

"Iman, ayah dengan mak awak macam mana? Sihat?" Tanya Rudy dengan nada lembut kepada Iman.

"Alhamdulillah, mereka sihat. Ayah saya selalu sebut tentang awak, dia suka awak dengan gaya awak bekerja." Kata-kata Iman telah membuatkan Alicia dan Rudy terkejut.

"Wei, Rudy! Kau bagitahu apa dekat Ayah Iman haritu?" Bisik Alicia di telinga Rudy.

"Mana ada aku cerita apa-apa, Rizwan yang uruskan semuanya, dia cakap aku ni pembantu peribadi dia, tu je."

"Kau pernah kerja depan Tan Sri ke?"

"Jangan mengarutlah! Aku pergi offices Rizwan pun tak pernah, inikan pula nak tunjuk kepakaran dekat depan dia."

"Peliklah korang ni..." Mereka berdua berbisik sesama mereka menyebabkan Iman berasa sedikit tidak senang hati.

"Awak berdua bisik apa, tu?" Tanya Iman sambil menjaga nada suaranya agar tidak kedengaran seperti cemburu.

"Tak ada apa..!" Balas Rudy dan Alicia serentak.

"Eh? Rudy, cepatlah!"

"Yalah..! Yalah..!"

"Jumpa lagi, Iman!" Jawab mereka berdua serentak dengan lambaian ke belakang. Iman membas lambaian mereka dengan lambaian sayu. Ali yang kebetulan berada berdekatan dengan kawasan itu datang ke arah Iman dan menegurnya.

"Iman? Kau okay?" Tanya Ali.

"Rudy dengan Alicia... Memang rapat ke..?" Iman memandang ke arah Ali.

"Huh?" Ali memandang ke arah Rudy dan Alicia yang sedang berlari ke arah pintu keluar Akademi M.A.T.A. "Entah, tak kot... Kenapa?"

"Saya tengok mereka berdua semakin rapat..." Iman memberikan wajah sayu dan melihat ke bawah lantai.

"Hmm? Tak apa Iman! Kalau Rudy tak nak, aku kan ada..." Kata Ali dengan nada mengusik kepada Iman. Iman tergelak kecil dengan lawak jenaka Ali.

PEWARIS SEBENAR IRISTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon