BAB 15: PERCANGGAHAN PENDAPAT

263 19 12
                                    

Rudy segera menukar pakaiannya ke suit blezer hitam pertandingan di rumahnya kemudian terus bergegas ke HQ M.A.T.A.

Setelah beberapa minit berlalu, Rudy telah tiba di tempat rakan-rakan sepertandingannya sedang berkumpul.

Seperti biasa, mereka akan berkumpul di padang, Rudy menyapa mereka berempat sambil berlari-lari anak.

"Apa misi kedua kita?" Tanya Rudy sambil berdiri diantara Rizwan dan Bobby.

"Ini." Karya mula menunjukkan satu pemacu kecil berwarna hitam di tangan kanannya.

"Ada apa dalam tu?" Tanya Bobby sambil mengangkat keningnya ke atas memandang Karya. Karya hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu akan isi kandungan pemacu itu.

"Kita akan tahu sekarang." Karya menyerahkan pemacu itu kepada Djin, Djin mengeluarkan sebuah android tablet kemudian mencucuk pemacu itu kepada tabletnya.

Semua orang mula mendekatkan diri ke arah Djin, kelihatan status sedang loading. Mata-mata mereka tidak berkelip memandang tablet itu. Kemudian, mereka terkejut apabila melihat apa yang sedang terpapar di kaca skrin tabletnya.

Gambar menunjukkan mereka perlu log masuk ke dalam sistem portal itu dengan memasukkan username dan password yang betul.

"Djin, cepat masukkan password dia." Arah Bobby tanpa mengalihkan pandangannya daripada kaca skrin itu.

"Password apa? Aku mana tahu password dia." Selepas mendengar kata-kata daripada Djin itu, terus semua mata memandangnya.

"Apa? Kau tak tahu password dia?" Tanya Bobby sekali lagi. Djin menggelengkan kepalanya.

"Kau biar betul, Djin..." Tanya Karya sambil menegakkan postur badannya dan memandang ke wajah Djin.

"Betullah. Aku sign in pun belum, macam mana nak tahu password dan username benda alah ni." Djin mengangkat tabletnya ke atas.

Semua orang mula mengeluh panjang dengan nada mengecewakan. Punyalah lama mereka menunggu, akhir sekali tak tahu apa-apa.

"Karya, selain daripada pemacu ni, ada jumpa benda lain tak dalam bom masa tu tadi?" Tanya Djin kepada Karya. Karya menggelengkan kepalanya beberapa kali.

"Tak ada, cuma pemacu tu je ada dalam bom masa tu." Jawab Karya sambil menjeling ke sebelah kirinya yang terletaknya bom masa yang sudah tidak aktif itu.

"Cuba je lah apa-apa, janji kita dapat log masuk." Kata Bobby, kemudian, mereka semua mula mendekatkan kepala mereka ke arah tablet Djin.

Djin mula memasukkan satu nama dan satu kata laluan yang berkaitan tentang pertandingan ini.

Username: INVISO
Password: INVISO

Selepas siap menaip, Djin menekan butang Log In. Seperti yang disangka, kata laluan dan username itu salah. Dan apa yang paling tidak disangka-sangka oleh mereka...

Anda diberi percubaan lagi empat kali, jika gagal memasukkan username dan kata laluan yang tepat, pendrive ini akan meletup dengan sendirinya.

PEWARIS SEBENAR IRISWhere stories live. Discover now