BAB 5:EKORI

304 18 4
                                    

Setelah perhimpunan itu tamat, kesemua Ejen dibenarkan untuk buat apa sahaja yang mereka suka sama ada mahu balik, berlatih gadjet atau apa-apa pun kerana mereka semua dibenarkan rehat untuk sehari. Kelima-lima Ejen INVISO berkumpul di satu meja makan di Kafeteria untuk berbincang sesama mereka mengenai pertandingan pada hari esok. Ali dan kawan-kawannya yang lain kebetulan sedang duduk bersebelahan meja dengan meja mereka mencuri dengar perbualan mereka.

"Aku ada dapat tugasan pertama kita berupa sampul Surat tadi dari Ejen remaja kita, Khai." Rizwan tunjuk sampul Surat berwarna hitam di tangan kanannya kepada empat calon INVISO itu. Dia meletakkan sampul Surat itu di atas meja makan mereka yang berbentuk segi empat tepat bersaiz A4. Kelima-lima mereka melihat tajam ke arah sampul Surat itu.

"Pelik. Bukankah tugasan kita akan bermula pada hari esok? Mengapa awal sangat?" Soal Karya sambil meletakkan dagunya di atas tangannya. Rizwan hanya mengangkat bahu.

"Apa isi kandungan di dalam sampul Surat, tu?" Tanya Bobby kepada Rizwan.

"Aku tak buka lagi. Ada seseorang suruh Rudy yang bukakan sampul Surat itu." Kata Rizwan sambil menjeling ke arah Rudy. Rudy membalas jelingan Rizwan.

"Kenapa saya?" Tanya Rudy sambil dahinya dikerutkan. Rizwan mengangkat bahunya tanda tidak tahu apa-apa. Rizwan membuka plastik lolipopnya lalu memasukkannya ke dalam mukutnya smbil tersenyum sendirian.

"Apa-apa je lah, cepatlah buka Rudy." Kata Bobby sambil mengambil lalu menghulurkan sampul Surat hitam itu kepada Rudy. Tanpa banyak soal, Rudy menyambut sampul Surat itu dan terus membukanya. Mata-mata empat Ejen INVISO itu memandang tajam ke arah Rudy. Termasuklah Ali. Alicia yang terperasan bahawa Ali tidak berbual langsung dengan Ejen-ejen remaja yang lain lalu terus menolak bahu kirinya dengan sopan. Ali cepat-cepat memandang ke arah Alicia.

"Kenapa?" Soal Ali.

"Kau curi dengar perbualan mereka ke?" Tunjuk jari Alicia ke arah meja Lima Ejen INVISO itu. Muka Ali terus malu. Ejen Neuro memang hebat! Boleh tahu apa orang lain sedang buat dengan sekali teka sahaja.

"Ali, kenapa kau tak makan-makan spegeti Bolognese tu? Tak sedap ke?" Tanya Khai kepada Ali.

"Eh, Tak adalah. Sedap je spegeti ni." Balas Ali dengan senyuman paksa. Dia cepat-cepat memasukkan segulung spegeti pada garfu besi yang dibawanya sendiri dari Rumah ke dalam mulutnya.

"Memandangkan kau selalu intip diorang, mesti kau tahu kan apa yang dibualkan oleh mereka?" Tanya Moon kepada Ali dengan wajah ingin tahu.

"Ish, kau ni! Jangan menyebok Hal mereka boleh Tak?" Marah Khai pada Moon yang duduk bersebelahan dengannya.

"Apa? Aku nak tahu, je." Balas Moon. "Mika, Roza, Bulat, lepasni jom ikut Aku pergi arena, kita berlatih. Manalah tahu nanti kot-kot Ketua-ketua Teras nak bagi pada kita ke IRIS tu." Kata Moon dengan gembiranya sekali lagi.

"Aku on!" Kata Roza.

"Aku pun, on!" Kata Mika.

"Jom!" Kata Bulat.

"Jet, Khai, Zass, korang join team ambo. Kito kalahkan team depa semua ni." Kata Chris dengan semangat juang yang tinggi sambil membuat gaya silat dihadapan meja makan mereka.

"Naisu!" Kata Khai.

"Hmmpp! Kacang je ni!" Kata Jet dengan muka berlagaknya. Zass hnya mengangguk kecil. Ali kembali mendengar perbualan Ejen-ejen INVISO itu. Alicia berasa tidak sedap hati dengan kelakuan Ali.

Di dalam sampul Surat itu, kelihatan Lima keping gambar lukisan seni serta sekeping Surat terlipat yang ditulis diluarnya, 'Rudy, baca.'. Rudy meletakkan Lima keping gambar itu di atas meja lalu dibacanya Surat itu.

PEWARIS SEBENAR IRISWhere stories live. Discover now