Last Dream : "Blue Wolf"

23 1 0
                                    

Notes :

Dilarang sama sekali untuk plagiat. Semua cerita ini adalah sekadar imaginasi dan hiburan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup dan mati. Sekiranya ada, ianya hanyalah kebetulan.

Assalamualaikum! Ada yang masih menunggu buku ni? Hehe. Saya nak minta maaf kalau lambat sangat update buku ni. Biasalah, kehidupan dekat dunia oren dan realiti ini berbeza. Kadang-kadang memenatkan, sehingga dunia yang satu lagi tu turut terkena tempias yang sama.

By the way, ini adalah part terakhir sebelum epilog. Niat buat books ni memang nak ngam2 10 part je, hehehe..

Apapun, selamat membaca guys!!!

Sorry kalau ada yang tertypo

Lukisan terakhir : Serigala Jadian Biru

Deruan ombak memenuhi deria pendengaran Aira yang kini sedang menutup mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Deruan ombak memenuhi deria pendengaran Aira yang kini sedang menutup mata. Meskipun deruan itu tidak asing baginya, ianya tetap menjadi salah satu bunyi yang paling Aira gemari. Bahkan, dia dapat mendengarnya lagi keesokan hari bahkan sampai bila-bila.

Sang ayah baru sahaja membeli villa mewah yang terletak betul-betul berhampiran pantai. Seperti kepulauan Malvides yang biasa orang-orang kaya atau berkemampuan bercuti.

Tetapi, villa ini lebih besar lagi. Ditambah beberapa tembok sekeliling bagi mengelakkan hempasan ombak jika terjadinya air pasang atau ombak kuat musim tengkujuh. Semuanya sudah direka khas. Di sebelah villa, terdapat bukit yang dinamakan sebagai 'Blue Wolf'.  Dia ada terdengar desas-desus khabar angin mengatakan ada serigala laut di sana. Rupanya seperti seekor serigala yang buas dan berwarna biru. Tapi kebanyakan orang hanya mengatakan itu hanya mitos dari orang-orang yang tinggal di bukit itu beberapa ratus tahun dahulu. Aira juga tidak menghiraukannya kerana tidak mungkin perkara begitu terjadi.

Aira tentu berasa teruja. Villa ini menjadi salah satu bucket list hidupnya meskipun dirinya sudah hidup secara mewah sejak kecil lagi. Tinggal di kediaman mewah dengan permandangan yang membiru. Jauh dari kesesakkan ibu kota dan orang-orang.

Namun, kadang-kadang dia juga berasa sunyi kerana tidak ada orang yang boleh menemaninya kecuali Reyna, asistan peribadinya dan beberapa tukang masak dan tukang kebun. Sebelum ini, Aira dapat bermain bersama-sama jiran dan kawan-kawan di sekolah.

Sang ayah dan ibu tidaklah selalu ada di rumah kerana mereka harus bekerja. Aira pula terpaksa belajar online kerana jarak kawasan pantai ke sekolah sangat jauh.  Selain belajar online, setiap tiga kali seminggu, akan ada seorang pengajar datang untuk mengajarnya.

****


"Macam mana? Okey duduk sini?" jelas Reyna ketika mereka berada di ruang makan. Itupun hanya Aira sahaja yang makan. Ditemani Reyna yang sedang menatap tablet untuk meneliti jadualnya.

Evanescent : Dream Journey ✅Where stories live. Discover now