Fourth Dream : "Time flies"

39 12 16
                                    

Notes :

Dilarang sama sekali untuk plagiat. Semua cerita ini adalah sekadar imaginasi dan hiburan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup dan mati. Sekiranya ada, ianya hanyalah kebetulan.


Macam mana chapter lepas? Saya tengok kat komen ada yang tak berapa nak faham. Dont worry, korang baca je balik atau kalau tak dapat jugak, tengok komen. Saya ada terangkan panjang lebar dekat komen bawah sekali untuk penerangan.


Terima kasih untuk segala vote dan komen! Selamat membaca!







Lukisan ke empat : "Masa Yang Mencemburui Keadaan"

Jika ada yang bertanya apa yang paling mencemburui kita? Jawapan yang lebih tepat adalah masa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Jika ada yang bertanya apa yang paling mencemburui kita? Jawapan yang lebih tepat adalah masa.

Dan, semua orang tahu itu. Masa itu sentiasa mahu cepat. Baru semalam kita merasai kita masih seorang kanak-kanak dan hari ini sudah menjadi seorang dewasa dengan kehidupan yang tidak terlalu indah.

Aira menghela nafas sembari membelek sebuah buku yang dia baca. Buku bertajuk Precious Rain karya penulis bernama seulrakim itu cukup menarik perhatiannya. Isi buku itu penuh manfaat dan sering dia baca untuk mengisi masa lapang. Setelah puas membaca bab terakhir, dia kemudian meletakkan di atas rak buku biliknya.

Bunyi notifikasi dari telefon pintarnya di atas meja belajar mengalihkan perhatiannya. Dengan cepat, dia mengambil benda pipih itu dan membukanya.

Abang Adam

- Papa dan mama tak balik rumah malam ni sebab nenek sakit. Jangan lupa kunci pintu. Nanti kalau abang dah datang, abang call.

Aira hampir lupa bahawa hanya dia sahaja yang ada di rumah itu sejak pagi tadi. Kalau diikutkan, dia mahu sahaja mengikuti ibu dan ayahnya ke kampung namun disebabkankerja sekolah semakin menumpuk, gadis itu harus menetap sahaja di rumah. Hanya berehat sebentar untuk melapangkan minda dengan membaca buku seperti yang dilakukannya tadi.

Tanpa berlengah, gadis itu terus menuju ke setiap pintu rumahnya untuk memastikan sama ada ianya berkunci atau tidak. Setelah puas dan memerhati dengan saksama, gadis itu kembali ke biliknya semula ke tingkat atas.

Tetapi sebaik sahaja Aira memegang tombol pintunya, tiba-tiba bunyi sesuatu yang terjatuh dari bilik bacaan ayahnya.

Dan entah mengapa, Aira berasa ingin tahu dan mempunyai keberanian untuk melangkah ke arah sana. Sebaik sahaja pintu dibuka, Aira masuk ke dalam dan mendapati ada sebuah buku yang terjatuh.

"Buku apa ni?" gumam Aira sembari mengambil buku itu. Buku itu berkulit keras dan tebal seperti buku Inggeris waktu dahulu.

Masa Yang Tertunda.

Evanescent : Dream Journey ✅Where stories live. Discover now