Fifth Dream : "Life With Melodies"

36 11 10
                                    

Notes :

Dilarang sama sekali untuk plagiat. Semua cerita ini adalah sekadar imaginasi dan hiburan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup dan mati. Sekiranya ada, ianya hanyalah kebetulan.












Lukisan kelima : Hidup yang dipenuhi dengan melodi

Hari ini adalah hari yang cukup sibuk bagi semua pelajar sekolah Melody Highschool kerana mereka melangsungkan acara yang cukup penting iaitu acara tahunan 'Musical Shows'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari ini adalah hari yang cukup sibuk bagi semua pelajar sekolah Melody Highschool kerana mereka melangsungkan acara yang cukup penting iaitu acara tahunan 'Musical Shows'. Sebahagian besar pelajar wajib terlibat dalam acara itu dengan mempersembahkan apapun bakat mereka melalui sebuah persembahan bertemakan muzik.

Dan, Aira merupakan antara pelajar yang cukup sibuk kerana dia mengetuai acara orkestra utama. Dia dilantik sebagai konduktor dan harus mengendalikan lebih kurang 30 pelajar yang diasingkan kepada tiga bahagian iaitu bahagian biola, viola dan cello. Ada dua orang yang diasingkan untuk bahagian piano dan bass berganda.

Sekarang, gadis itu sedang sibuk mengarahkan prestasi dengan pergerakan tangan dan lengan secara lembut. Peranannya penting untuk menyatukan orkestra, menetapkan tempo, membentuk bunyi seimbang dan memberikan arahan kepada para pemuzik mengenai tafsiran mengenai muzik yang sedang dilakukan. Mereka semua harus berlatih dahulu di bilik muzik yang cukup luas, supaya memastikan persembahan mereka dilakukan dengan baik dan berjalan dengan lancar.

"Good job, semua. Saya yakin persembahan kita tidak akan mengecewakan para penonton terutamanya guru-guru." ujar Aira sebaik sahaja instrumen yang dimainkan telahpun diarahkan berhenti.

Mereka kini berehat sebentar di kantin kerana acara akan dimulai sekitar dua jam lagi. Separuh pelajar yang tidak terlibat dengan persembahan membantu guru-guru untuk persiapan majlis.

"Penat?" tanya Kira sembari menghulurkan sebotol air mineral kepada Aira yang sedang menikmati buah apple.

Pembetulan, sekolah mereka merupakan Melody Girls Highschool di mana semua pelajarnya adalah pelajar perempuan termasuk guru. Hanya dua pekebun dan dua pengawal keselamatan sahaja lelaki di kawasan sekolah itu. Dan, sekolah mereka lebih kepada pembelajaran muzik dan hanya beberapa persatuan untuk kokurikulum. Permakanan mereka kebanyakan makanan berkhasiat seperti buah-buahan, jus dan sayuran untuk menjaga intonasi suara mereka sebagai pelajar sekolah muzik. Meskipun ada sebahagian menu yang agak berlemak tetapi pihak kantin akan melebihkan sayuran dan mengurangi gula dan garam.

"Hum, pegal jugak tangan." ujar Aira sembari menjulurkan kedua lengannya ke hadapan.

"Sejak minggu lepas lagi berlatih, semalam dan pagi ni rehearsel, boleh patah lengan saya."

Kira terkekeh sembari menempatkan tempat duduknya di sebelah Aira.

"Tak sangka, ini adalah acara terakhir untuk kita." ucap Kira sambik tangannya membuka penutup botol dan meneguknya sekilas.

Evanescent : Dream Journey ✅Where stories live. Discover now