Second Dream : "School With Zombies"

62 12 27
                                    

Notes :

Dilarang sama sekali untuk plagiat. Semua cerita ini adalah sekadar imaginasi dan hiburan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup dan mati. Sekiranya ada, ianya hanyalah kebetulan.



Lukisan kedua : Lawatan sekolah yang mengerikan

Lawatan sekolah kali ini cukup menarik sekaligus pelik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lawatan sekolah kali ini cukup menarik sekaligus pelik. Berencana melawat sekolah yang sangat besar namun dipenuhi dengan zombie. What do you mean?

Aira kini bersama beberapa orang rakannya sedang memasuki area sebuah sekolah yang sangat berprestasi dan luas sejauh mata memandang. Sekolah itu mempunyai banyak lorong yang menyambung dari mana-mana sudut. Dari bangunan atas ke bangunan bawah, semuanya seakan tangga bergerak yang menyambung antara satu sama lain. Walhal, ia hanyalah lorong koridor seperti koridor sekolah yang lain. Ibarat mereka berada di sebuah mall yang besar dan sekolah itu sangat tinggi, diperkirakan mencapai ketinggian gunung Everest.

Dan sekolah itu juga begitu unik, ada sekolah menengah agama, sekolah berprestasi tinggi, ada sekolah antarabangsa. Boleh dikatakan ia adalah bangunan yang merangkumi ketiga-tiga sekolah itu.

"Baiklah, di sebelah sana adalah bangunan untuk pelajar sekolah agama." salah seorang guru pembimbing mengenalkan kepada kami pada sebuah lorong yang sangat besar berserta bangunan yang tinggi. Dan, pada masa yang sama segerombolan pelajar lelaki yang tampak sebaya keluar melalui koridor menggunakan songkok dan kopiah. Wajah mereka mempamerkan sikap ramah dan tersenyum ke arah para pelawat yang datang.

"Mereka ramah kan?" soal Bella di sebelah Aira. Sedari sejak mula masuk gerbang sehinggalah di sini, gadis itu tampak diam seakan mengagumi keunikan sekolah itu.

Okey, satu makluman yang belum diberitahu. Sekolah ini tiada nama, dan terletak di hujung bandar kawasan pedalaman. Meskipun begitu, sekolah ini adalah sekolah yang sangat terbaik di dunia. Pelik, namun ianya benar.

Hanya di dunia mimpi ditambah fantasi.

"Hum," Aira hanya mengiyakan sahaja. Dia kembali mendongak ke atas, melihat ramai pelajar yang berjalan melalui koridor seakan ke udara. Ada yang berjalan berkumpulan seiring gelak ketawa. Pakaian mereka tampak bercampur dari sekolah berbeza dan hal itu membuatkan Aira berasa takjub. bukankan menarik jika berkawan di sekolah yang lain tetapi berada di persekitaran yang sama?

Aira jadi teringatkan sahabat lamanya, Haura yang berpindah dan cukup lama mereka tidak bertemu. Apa khabar rakannya itu sekarang ya?

"Aira, kita kena pergi makan sekarang." Bella menepuk pelan bahu Aira membuatkan perempuan itu mengerjap seketika.

"Ha?" Dahi Aira berkerut, menandakan dirinya benar-benar blank.

Bella menghela nafas seketika. "Tu la, orang cakap depan tak dengar. Mengelamun jah."

Evanescent : Dream Journey ✅Where stories live. Discover now