Seventh Dream : "Blue Maple Leaf"

49 5 34
                                    

Notes :

Dilarang sama sekali untuk plagiat. Semua cerita ini adalah sekadar imaginasi dan hiburan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup dan mati. Sekiranya ada, ianya hanyalah kebetulan.

Btw, sorry sangat sebab lambat updated. You knowlah, real life is lot of pain 🤭 And, actually memang banyak sangat benda nak kena settle, bukak wattpad pun gituw², huwaa i miss to write so much!

By the way, semoga chapter ni boleh membayar penantian readers sekalian ya!  ✨ Saya buat panjang gila untuk menebus ketungguan kalian yang sudah sekian lama...





Lukisan ketujuh : "Daun Maple Biru,"

Lukisan ketujuh : "Daun Maple Biru,"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Pelik.

Aira tidak menyangka festival tahunan sekolah terletak di sebuah area pergunungan yang sangat cantik. Rasanya setelah dia menerima kad undangan beberapa hari yang lalu, rasanya alamat yang diterima adalah di sebuah daerah. Sebenarnya, Aira merupakan bekas pelajar di situ stau bahasa yang lebih sopan, alumni. Ya, dia alumni dan diundang ke festival itu.

Mungkin daerah pergunungan? Aira kurang pasti. Tapi kali ini, dia tidak tahu. Bahkan dia sedikit hairan, bagaimana pihak sekolah mahu membuat festival di area sini? Kenapa bukan di sekolah? Rasanya kawasan festival jika dilakukan di sekolah rasanya tidak terlalu mustahil kerana sebelum ini mana-mana festival pasti akan diadakan di perkarangan sekolah.

Mungkin... Pihak sekolah mahukan kelainan?

"Aira!"

Aira menoleh tatkala mendengar namanya dipanggil. Sekuntum senyuman terbit begitu sahaja dibibirnya.

"Aisha,"

Mereka berdua berpelukan melepas rindu. Maklumlah mereka adalah alumni dan sudah lama tidak berjumpa secara bersemuka. Kalau di virtual, itupun hanya sekali sekala kerana kehidupan sebenar mereka itu sibuk.

"Awak pun diundang juga?" tanya Aisha riang. "Saya baru je datang, takut juga nak pergi sebab saya takut saya seorang sahaja yang diundang. Nampak awak kat sini juga rasa takut itu hilang,"

Aira terkekeh. "Haah, saya pun diundang. Tapi, kita berdua sahaja ke? Kawan yang lain?"

Aisha menoleh ke sekitar mereka, mendapati suasana jalan gunung persekitaran mereka yang agak sunyi membuatkan suasana menjadi sedikit seram.

"Hum, rasanya pihak sekolah jemput kut? Atau dieorang dah datang awal dan masuk?" duga Aisha.

Aira mengangguk. Ada benarnya kata Aisha. Mereka berdua memutuskan untuk masuk ke dalam.

Evanescent : Dream Journey ✅Where stories live. Discover now