Prolog : "Wake Up From Dream"

113 18 6
                                    

Assalamualaikum dan hai semua!

By the way ni first time saya buat buku genre fantasi. Maaf kalau tak sesuai dengan ekspetasi. Sekali sekala nak ceburkan diri ini juga dalam dunia fantasi.

Dan maaf kalau ada adegan yang tidak logik, ala namanya fantasi. Kalau ikan terbang tu memang dah logik kan dalam fantasi? Haha.

By the way, apa-apa kritikan mengenai semua yang ada dalam cerita ni saya terima.

Oh ya, saya terlupa nak bagitahu sesuatu. Buku ni cuma short story, bukan satu cerita satu novel. Kalau panjang sangat akan dibuat dua bahagia atau kalau panjang sangat berbahagian-bahagianlah jawapnya.

Dan diingatkan sekali lagi, buku ini hanyalah imaginasi saya semata-mata.


Sebelum start tulis cerita, suka saya untuk beri cuplikan ringkas cerita yang merangkumi semua cerita.

Sedia?








Let's read!!

Bunyi rintik hujan mula kedengaran di luar jendela membuatkan seorang gadis yang sedang sibuk mewarna sebuah kanvas terjeda seketika

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bunyi rintik hujan mula kedengaran di luar jendela membuatkan seorang gadis yang sedang sibuk mewarna sebuah kanvas terjeda seketika. Sembari meletakkan berus yang diguna, dia membuka tingkap yang tertutup dek tempias hujan yang mungkin sahaja akan memusnahkan hasil lukisannya.

Suasana terang menghiasi matanya dengan warna-warna alam yang tampak memenuhi indera penglihatannya. Sebentar tadi hanya warna-warna kusam dek dimamah matahari yang terik, kini digantikan dengan harum tanah dan suasana yang dingin dan menyenangkan.

Sambil terus menyiapkan lukisan terakhir pada kanvas, gadis itu sedikit menyisip coklat panas yang berada di sebelahnya untuk mengelakkan tekaknya kering. Sudah perkara biasa terjadi untuk suasana yang dingin.

Terasa sudah siap dan puas, gadis itu bangkit dan menaruh papan kanvas yang masih belum mengering di suatu sudut ruangan yang dipenuhi puluhan kanvas yang lain dengan lukisan dan saiz yang berbeza.

Ada kanvas yang kecil dan ada kanvas yang besar.

Ada yang hanya diwarnakan hanya dengan warna hitam sahaja.

Dan semua itu adalah lukisan...












Daripada mimpi gadis itu,











Aqila Nuwairah atau dikenali sebagai Aira, seorang pelukis yang berperibadian introvert.












Pendek je kan? Hehe by the way anggap je tu treaser sebab saya memang tak rajin nak buat video-video.


By the way, ada yang tertarik nak baca cerita dalam buku ni?




Evanescent : Dream Journey ✅Where stories live. Discover now