Third Dream : "Misterious Hostel"

38 12 44
                                    

Notes :

Dilarang sama sekali untuk plagiat. Semua cerita ini adalah sekadar imaginasi dan hiburan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup dan mati. Sekiranya ada, ianya hanyalah kebetulan.

Btw, saya nak ucapkan terima kasih kepada korang yang promote, vote, letak dalam reading list dan komen cerita ni even hambar dan tergantung. Terima kasih banyak tau! I purple you! ❤


Lukisan Ketiga : Asrama Sekolah Yang Misteri

Aira menghembuskan nafas perlahan sembari membaringkan badannya di atas katil, memerhati beberapa seniornya yang sedang giat mengemop lantai sebersih-bersihnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aira menghembuskan nafas perlahan sembari membaringkan badannya di atas katil, memerhati beberapa seniornya yang sedang giat mengemop lantai sebersih-bersihnya. Fikirannya menerawang kepada sikap semua senior tingkatan lima yang tampak aneh sejak minggu lepas. Mereka tampak penurut, tidak marah jika junior melakukan kesalahan dan rela dimarahi oleh warden atas kesalahan yang junior lakukan.

Dan hari ini, ada pelajar junior berulah dan menyebabkan semua pelajar senior didenda membersihkan semua kawasan dorm. Hal itu pula diterima baik dan senang hati oleh mereka.

Aira merupakan antara pelajar tingkatan satu yang baru sahaja menetap di asrama. Pada awalnya, mereka disogohkan dengan permandangan yang mungkin terbiasa jika dikaitkan dengan asrama. Senior buli junior, senior arah junior, itu mungkin sudah menjadi rutin kehidupan pelajar yang tinggal di asrama. Aira sendiri tidak ketinggalan kerana dia pernah diminta untuk menggosok dua helai baju oleh seorang senior. Dan dengan polosnya, dia menunaikan jua meskipun masih banyak rakan-rakan lain yang sedang menunggu termasuk senior tingkat bawah yang lain.

Namun, semenjak kedatangan warden baharu iaitu Cikgu Wanda minggu lalu, dunia asrama seakan terbalik. Pada awalnya, semua berjalan seperti biasa, sehinggalah ada kes yang disebabkan pelajar junior. Sebaik sahaja pelajar junior itu mahu mengakui kesalahan, tiba-tiba pelajar senior itu mengaku dirinya dibersalah dan mendapat anggukan dari pelajar senior yang lain.

Dan, yang paling mengejutkan, para pelajar senior itu tidak pernah mengeluh jika ada lagi kes yang melibatkan pelajar junior. Mereka akan menerimanya dan didenda dengan senang hati.

Pelajar tingkatan satu menjadi tingkatan lima dan sebaliknya. Sangat pelik.

Jika itu terjadi, mungkin sahaja pelajar tingkatan lima akan protes dengan seprotesnya namun apa yang berlaku hanyalah menurut tanpa apa-apa bantahan.

"Aira?"

Aira yang berbaring itu mula membetulkan posisinya kepada posisi duduk. Lupa dimaklumi, katil Aira berada di katil atas. Semua dorm mereka menggunakan katil dua tingkat untuk menjimatkan ruang yang sempit.

"Oh, Aisha. Kenapa?" soal Aira sebaik sahaja Aisha mula duduk bersila di hadapannya.

Aisha hanya mengemam bibirnya. "Awak tak rasa pelik? Apa yang berlaku pada para senior kita?"

Evanescent : Dream Journey ✅Where stories live. Discover now