BAB 40

18.4K 872 46
                                    

9 bulan kemudian.

"Sayangg kenapa ni?"Soal Darren dan melangkah mendekati isterinya seperti menahan sakit.

"Sakit sikit tapi tak apa Aira okeyh"Diusap perutnya perlahan. Darren mencium perut Aira yang membuncit.

"Abang kasihankan sayang."Diusap rambut Aira perlahan. Gadis tu hanya tersenyum manis. Wajah tu sangat manis bila mengukir senyuman bergitu ditambahkan pula dengan aura mengandung nya pula.

"Tak apa lah abang. Aira kan tengah bawa anak kita."Darren mengucup ubun ubun Aira lama. Terasa sebak dihatinya.

Muka Aira mula berkerut menahan sakit yang mula hadir.

"Abang sakit!"Terkejut Darren mendengar jeritan tersebut. Dicempung tubuh kecil tu keluar dari bilik nya dengan cepat.

Diletakkan perlahan lahan di seat penumpang dan berlari ke arah seat pemandu.

"Tahan ya sayang sikit ja lagi kita dah nak sampai."Tangan kanan Aira digengam erat dan isterinya membalas gengaman tersebut.

Setibanya di hospital, Darren memanggil nurse yang berada disitu untuk membawa isterinya.

"Encik nak masuk jugak ke?"Darren berfikir dahulu. Hatinya berbolak balik mahu atau tidak. Dianggukan jugak kepalanya.

"Bila saya sebut teran puan teran ya."Aira menganguk dengan tangan kanan mengengam erat tangan si suami nya.

"teran puan."

Darren mengigit bibir bawahnya apabila cengkaman si isteri sangat kuat di lengannya.

Tidak lama kemudian lahirlah bayi lelaki yang bernama King Dean Nafizan.

Aira menghela nafas lega. Darren mengucup ubun ubun isterinya. "Terima kasih." Diukir senyuman manisnya.

"Darren? Aira macam mana?"Soal Papa Dayyan yang berada di kerusi menunggu bersama yang lain.

"Alhamdulillah dah selamat bersalin. Jom lah masuk jenguk Aira."Ajak Darren dan mereka mengatur langkah masuk ke dalam wad tersebut.

"Huwaa bestiee tahniah dah bersalin. Mana anak kau?"Tanya Riana sambil mencari anak sahabatnya.

"Ada dekat nurse"Darren menjawab soalan tersebut kerana Aira masih penat. Mama Zainina menolong Aira untuk minum.

"Tahniah bro dah jadi ayah"Nicho menepuk bahu Darren. Jejaka tu kekal tersenyum manis. Mana tak gembira kerana cahaya mata yang ditunggu selama ni sudah lahir ke dunia ni.

"Alhamdulillah."Ditoleh ke arah Aira yang memejamkan matanya kerana penat.

"Terima kasih sayang untuk semuanya." Diatur langkah mendekati Aira dan dikucup lama dahi isterinya menyalurkan kasih sayang nya.

"Ni anak encik."Mereka menoleh ke arah seorang nurse yang membawa bayi lelaki. Darren mengambil anaknya.

"Sini papa azankan Dean ya."Dia melangkah menjauhi sedikit daripada ahli keluarga nya. Ditundukkan kepalanya sedikit.

"Allahuakbar Allahuakbar."

Aira yang mendengar suara seseorang yang sedang azan mencelikkan matanya memandang si suami. Terukir senyuman manis di bibirnya.

Ezana menaikkan katil Aira sedikit. "Terima kasih"ucap Aira dan sahabatnya menganguk saja.

Darren mendekati Aira semula dengan membawa anak mereka. Aira mengambil anak lelakinya.

"King Dean Nafizan."Dikucup dahi si anak.

"Papa harap rumah tangga kamu berdua bahagia sehingga ke Jannah. Perlakukan Dean dengan baik. Jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap anak. Jangan leka."pesan Papa Dayyan.

"In shaa Allah pa."balas Darren dan Aira serentak.

"Terima kasih sayang sebab lahirkan anak kita. Sayang dan Dean anugerah dari Allah yang sangat berharga buat abang. Abang bersyukur mempunyai sosok seorang isteri macam sayang. Terima kasih sebab terima abang sebagai suami sayang. I love you so much babygirl. " Panjang lebar Darren berkata.

"Sama sama. Dah jadi tanggungjawab Aira untuk lahirkan Dean. I love you too King Darren."

......Dia lah isteri.

...... Dia lah matahari.

....... Dia lah segala galanya.

Naira Arzwina hanya milik King Darren selamanya.

TAMAT

KING DARREN : HIS LITTLE ANGEL✓Where stories live. Discover now