BAB 14

18K 990 35
                                    

"abangggg Darren!!!"Aira berlari masuk ke dalam rumah dengan mata berkaca. Darren yang menuruni tangga tu berkerut dahi nya melihat mata si adik berair.

"Kenapa ni Aira? Siapa buat adik menangis ni?"Diusap perlahan pipi gebu tu.

"Uwaissss"Mengeras rahang Darren mendengar nama yang tidak asing bagi nya.

"Dia buat apa dekat adik?"Menajam mata helang tu memandang Aira yang sudah tersebek sebek menahan tangisan.

"Dia ugut benda sama."Terlepas keluhan kasar dari bibir Darren. Tubuh kecil tu ditarik ke dada tegap nya.

Semasa Aira masuk ke sekolah Star highschool ramai yang tidak menyukai kehadiran gadis tu. Kerana apa? Kerana dia akrab dengan Darren yang nak dikatakan badboy sekolah tu dan menjadi pelajar top 1 yang paling tampan.

Di pertengahan bulan, Aira menjalinkan hubungan dengan Uwais dan tidak disangka jejaka tu gamak mahu merampas makhota Aira. Disebabkan Darren mengetahui, jejaka tu langsung berjumpa dengan Uwais dan menyuruh Uwais putuskan hubungan dengan adik angkatnya.

"Sini abang nak cakap sikit."Dibawa Aira ke sofa ruang tamu. Gadis tu duduk di peha nya.

"Dengar baik baik apa abang nak pesan. Kalau nak keluar bagitahu abang dulu. Kemana Aira pergi, info dekat abang. Adik tahukan Uwais tu macam mana? Dia akan buat apa dia cakap. Adik tu perempuan jadi kalau abang tak ada macam mana hm?."Dipandang sayang wajah Aira.

"Sorry sebab tak bagitahu abang. Aira lupa. Janji tak buat dah."Dicantumkan jari telunjuk nya antara satu sama lain.

"Sayangkan abang tak?"Aira menganguk.

"Sayang sangat."Darren tersenyum nipis mendengar balasan Aira.

"Tadi keluar jumpa kawan dekat mana? Mall?"tanya Darren dan dibalas anggukan oleh Aira.

"Ha ah tapi tak banyak pun beli barang. Abang tadikan Aira nampak satu pasangan ni. Diorang bergaduh dekat tengah mall. Lelaki tu hampir nak tampar muka perempuan tuu."Cerita Aira.

"Seriuslah nak tampar? Dia nak jadi dayus lah tu. Lepastu dia tampar tak?"Darren suka melihat mulut kecil tu bercakap depan nya. Jadi dia layankan saja.

"Tak sempat sebab ada yang tahan tangan laki tu. Hensem laki yang tahan tuu. Kulit putih tapi tak dapat kalahkan abangg."Darren yang awalnya mahu cemburu terus tidak menjadi.

"Tapi Aira ada dengar tau perempuan tu tengking laki tu. Dia cakap macam ni 'you ni selalu pukul i dera i. Semua i buat semua tak kena! I ni isteri you tau.' lebih kurang macam tu lah. Aira takut lah kalau nanti dapat suami kaki pukul."Dijuihkan bibirnya. Darren setia mendengar cerita Aira.

"Kalau abang jadi suami Aira nak?"Terpancul soalan tu dari bibir Darren dan seketika jejaka tu mengetap bibir kerana terlepas cakap.

"Nakk sebab abang full pakej. Baik! Tak pernah naik tangan dengan Aira."Terkedu Darren mendengar tu. Aira nak? Oke mantap.

"Tapi Aira adik abang."Dimuncungkan bibirnya. Darren menyelitkan rambut Adik angkat nya ke belakang telinga.

"adik angkat. Tak ada hubungan darah daging tak jadi masalah."Balas jejaka tu tenang.

"Hehe."Sengih Aira.

"Sini telefon."Darren menghulurkan tapak tangannya. Aira meletakkan telefonnya di atas tapak tangan jejaka tu.

Sudah menjadi kebiasaan telefonnya dicheck oleh Darren. Lagipun dia tidak akan sembunyi kan apa apa dengan abang angkatnya. Dari umur 13 tahun lagi, Darren selalu memantau apa yang dia lakukan.

Memanglah privasi tapi sebagai seorang abang dia perlu pantau adik nya dalam keadaan yang baik. Dia tidak mahu adiknya pendam seorang diri.

"Banyak chat yang adik tak balas. Kenapa?"Soal Darren. Aira tersengih.

"Malas."Darren tergelak kecil dan dia terpandang chat nya di pin. Terukir senyuman nipis di bibirnya.

Pipi Darren dicucuk oleh Aira. Ditoleh ke arah nya dan dijongket kening kanan.

"Senyumlah manis. Ini nipis jee tak nampak lah."Tanpa sedar Darren mengukir senyuman manisnya untuk si adik. Terserlah lesung pipit di bahagian kanan pipi Darren.

"Adik save nombor Uwais?"Aira menganguk.

"Saja nak tengok dia beria."Terlepas ketawa gadis tu. Darren tergelak kecil.

KING DARREN : HIS LITTLE ANGEL✓Where stories live. Discover now