BAB 7

20.4K 1.1K 40
                                    

"Airaa anak mama bangun sayang"kejut Mama Zainina dengan lembut. Aira merengek tidak mahu.

"Aira ngantuk."Ditarik comforter ke muka nya. Mama Zainina memetik jarinya perlahan seolah mendapat satu idea. Dia keluar dari bilik anak perempuan nya dan menuju ke bilik anak lelaki.

"Darren pergi kejutkan Aira. Liat sungguh nak bangun."Ternaik kening jejaka tu dibuatnya. Dah kenapa dia pula kena kejut?. Tapi Aira pun ada kejutkan dia.

Dianggukan kepalanya perlahan tanda menyetujui. Diatur langkah ke bilik Aira. Masuk saja dia melihat susuk tubuh diselubungi dengan kain selimut tebal.

"Aira bangun."Kejut Darren.

"Nantilah ma. Aira ngantukk."Rengeknya dengan mata terpejam. Darren mengukir senyuman sinisnya dan mencondongkan sedikit badannya sehingga wajahnya dekat dengan wajah Aira yang sedang tidur.

"Ni abang Darren tau bukan mama. Nak abang kejutkan cara kasar atau cara lembut hm?"Diusap perlahan pipi gebu tu.

Aira yang mendengar suara garau tu di tepi telinga segera membuka mata. Terkejut dia apabila benar orang tu adalah abang Darren bukan mama nya.

"Tengok aku kenapa hm? Mama nak ajak pergi cari barang dapur tu. Bangun cepat."tegas suara Darren dan ditolak comforter ke tepi.

"Tapi Aira nak tidur."Mencebik bibir gadis tu.

"Ada nampak muka aku kesah? Tak kan?"Diselitkan tangannya di celah ketiak Aira dan ditarik agar bangun.

"Abang pergi lah sekali."Dijuihkan bibirnya. Darren mengeluh perlahan.

"Okeyh abang pergi sama. Sekarang mandi dulu okeyh sayang?" Pujuk Darren. Jika dia tidak berbuat bergini pasti Aira takkan mandi.

"Okeyh"Aira bingkas bangun dari duduknya dan melangkah masuk ke dalam bilik air.

"Darren? Aira dah bangun?"Jejaka tu mengangguk sebagai balasan.

"Dah tapi Darren kena ikut mama juga kalau tak menangislah Aira tu nanti."Tuturnya.

"Aish Aira tu manja sangat dengan kamu Darren. Papa dengan mama dah bincang nak satukan Aira dengan anak kawan kami. Yelah asyik berkepit ja dengan Darren menyusahkan kamu ja nanti."Tutur Papa Dayyan panjang lebar. Raut wajah Darren mula berubah.

"Satukan?"Soalnya. Oh shit. A big no!.

"Ya satukan. Supaya Aira hidup berdikari."Sokong Mama Zainina.

"Darren tak sokong."Papa dan mama menoleh ke arah anak lelaki mereka.

"Kenapa Darren tak sokong pula?"Tanya mama tidak faham.

"No!. Darren boleh jaga dia. Sepuluh tahun Darren jaga dia takkan mama papa nak lepaskan Aira dekat orang lain?.  Keputusan mama papa nak satukan Aira dengan orang lain.." Darren berhenti seketika.

"Adalah keputusan yang Darren takkan sesekali terima."Jelas rahangnya bergerak gerak menandakan dia benar benar marah.

"Barang dapur biar Darren ja beli dengan Aira."Ditoleh ke arah tangga dimana gadis tu sudah turun dengan senyuman manis nya.

"Come"Darren menghulurkan tangan nya dan disambut oleh Aira.

Mama menoleh ke arah suaminya yang mengukir senyuman lebar. Mama Zainina turut mengukir senyuman.

"Abang. Mana sos? Aira tak jumpa."Darren mengaru keningnya. Tangan sasa kirinya mencapai sos di atas kepala Aira.

"Pendek."cemberut wajah Aira. Di ambil sos tu dengan kasar.

"Merajuk macam budak budak."Digeleng kepalanya perlahan.

"Heh! Woi. Eish budak ni."Darren mengejar langkah gadis tu yang sudah meninggal kan dirinya. Laju betul kaki pendek tu berjalan.

KING DARREN : HIS LITTLE ANGEL✓Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt