BAB 6

23.5K 1.2K 36
                                    

"faham tak apa yang aku dah ajar?"Tanya Darren setelah satu jam dia mengajar Aira untuk bertugas sebagai PA nya.

"Faham faham!"Jawabnya dengan teruja. Darren mengusap kepala Aira perlahan.

"Goodgirl. Jadi setiap pagi kau perlu datang dekat bilik aku dan bagitahu jadual. Kalau aku nak berjumpa dengan client atau pergi mana mana kau perlu ikut."Dilihat gadis tu mengangguk lagi.

"Aku keluar dulu. Buat kerja jangan curi tulang even kau salah seorang ahli keluarga aku."Jejaka tu mengatur langkah keluar dan menuju ke biliknya yang berada di sebelah bilik Aira sahaja.

"Kenapa you rapat sangat dengan perempuan tu siap bagi jadi PA lagi? I yang nak minta jadi PA langsung you tak bagi."Stesy mendekati Darren dengan lagak gedik nya.

"Aku boss ke kau boss? Suka hati aku lah nak lantik siapa pun."Stesy menjulingkan matanya.

"Perempuan tu layak duduk dekat kaunter bawah tu ja. I ni lagi mahir dari dia dalam hal office macam ni. You tak percaya?."Dia masih mencuba nasib.

"I trust my wife. Enough?" Terkejut Stesy mendengar kata kata Darren. Jejaka tu hanya membuat isyarat jari supaya gadis tu keluar. Gadis tu menghentak kaki dan melangkah keluar.

"ABANG!"terjah Aira dengan sengihan. Darren menjongket keningnya menandakan apa.

"Jom lunch!! Ayokkk jom."Ditarik tarik tangan sasa tu namun langsung tidak bergerak. Dengan sekali rentapan, Aira duduk di pehanya.

Rambut adik angkatnya diselak ke belakang telinga. Dia akui Aira mempunyai rupa paras yang cantik. Mata yang bulat, bulu mata yang lentik dan bibir nipis merah delima. Tidak lupa juga lesung pipit di kedua pipi.

"Aira nak makan apa hm?"Tanya Darren. Gadis tu meletakkan jari di dagu.

"Nak makan chicken chop boleh? Aira lapar."Dijuihkan bibirnya. Darren menganguk perlahan.

"Kiss first before we go out for lunch"ditunjuk pipinya. Aira mengeleng.

"Taknak cium bubyeee"Dia bangun dan berlari keluar dari bilik abang angkatnya dengan ketawa.

"Aira!"Darren mengejar langkah gadis tu.

AIRA cemberut kerana Darren mengambil pinggan nya yang mengandungi chicken chop.

"Abang bagilah Aira lapar. Tak kasihan dekat Aira ke"Dipandang redup mata abang nya. Darren hanya beriak tenang.

"Tak."balasnya selamba dan mencuri kentang dalam pinggan Aira. Sengaja mahu buat gadis tu panas hati.

"Jahatt hiks. Mama"Terkejut Darren melihat mata cantik tu berair. Cepat cepat dihulurkan chicken chop tu.

"Nangis ja kerja. Manja."Disuap geram isi ayam dalam mulut nya. Geram dengan kecomelan adik angkat nya.

"Biarlah manja pun nanti orang tu mengamuk pulak sebab kita tak manja. Kan kan?"Menajam mata Darren bila Aira menyindirnya.

"Dah pandai sindir abang hm?"Kening kanan dijongket.

"Ha ah. Mestilah berani."dijelir lidah nya dan menyambung makan.

"Really? Berani?"Aira mengangguk.

"Mestilah. Abang kan sayang Aira."Darren memandang menyampah. Dipandang ke arah lain.

"Betul lah tu."katanya perlahan.

"Abang cakap apa? Mengutuk Aira eh?"Diangkat garfu nya dengan mata menikam tajam ke arah Darren.

"Tak ada masa aku nak mengutuk kau."Aira mencebik mendengar kata Darren.

KING DARREN : HIS LITTLE ANGEL✓Onde histórias criam vida. Descubra agora