BAB 37

17.3K 884 17
                                    

Mata Darren sekejap sekejap memandang jam di dinding. Dia nak balik jumpa isteri nya. Harini Aira tidak ikut dia ke office itu yang buat dia terseksa menahan rindu.

Butang interkom ditekan.

"Sekejap lagi saya tak busy kan?"Soal Darren kepada Azwan.

"Tak boss. Nak balik jumpa isteri ke?" Usik Azwan dengan gelakkan kecil.

"Tak. Saya tak masuk harini. Rasa tak sehat pula."Setelah tu dia bingkas bangun dan mengambil bag nya. Kaki mengatur langkah keluar dari offices.

Setibanya di rumah dia berlari naik ke tangga untuk berjumpa dengan isteri kesayangan nya..

"Raraa abang dah balikk."Didakap tubuh kecil tu erat. Aira mengusap perlahan rambut si suami.

"Awalnya abang balik. Rindu Aira eh?"Darren menganguk.

"Ren rindu Rara."Diusap kedua pipi gebu tu dan dipicit perlahan.

"Pergilah mandi dulu. Masyam tau."Darren memandang tajam ke arahnya. Dia bingkas bangun dan mengepit kepala Aira di ketiaknya.

"Sayang cakap abang masyam? Sayang lagi masyam tau"Aira tergelak besar.

"Abang memang masyam pun eee taknak Aira duduk dekat abang nanti bau busyukkk."Membulat mata Darren dan terukir senyuman sinis di bibir. Tubuh kecil tu dicempung olehnya dan dibawa ke bilik mandi.

"No no no Aira taknak! Aira dah mandi lah!"Dia meronta untuk dilepaskan namun Darren mengucup lembut pipi Aira. Terdiam gadis tu.

"Aik? Baru cium dah diam?"Dijongket keningnya.

"Aira nak turun. Aira dah mandi lah."Dipandang wajah suaminya mahu minta simpati. Darren menurunkan Aira.

"Tunggu abang sekejap."Dibuka baju kemejanya dan melangkah masuk ke dalam bilik air.

Aira melangkah mendekati katil mereka berdua dan dilabuhkan punggung nya. Dia dan Darren sudah pindah ke rumah Darren sendiri. Katanya mahu privasi.

Dibaringkan badannya dan dipejamkan mata seketika. Darren yang melangkah keluar dari bilik air tu ternampak isterinya sedang tidur. Diatur langkah ke arah Aira dengan kain tuala di pinggang saja.

Dia merangkak naik ke atas katil dan tangan kirinya digunakan untuk menongkat kepala. Dielus lembut pipi isterinya.

"Sayang tidur ke hm?"Dilihat gadis tu langsung tidak memberikan riaksi apa apa menandakan dia benar benar hanyut ke dalam mimpi.

"I like your eyes, your lips and everything about you i like it. How can I be crazy like this?. Tak tengok muka kau sehari pun aku dah jadi macam orang gila."Katanya sambil menatap wajah cantik tu. Dikucup pipi Aira.

"Hm abang."mata cantik tu terbuka memandang dirinya.

"Ya sayang."

"Nak peluk abang boleh?"tanya nya.

"Wait abang pergi pakai baju dulu."Dia bangun dan melangkah ke closet. Setelah selesai bersiap dia mendekati Aira semula. Tubuh kecil tu dianggkat ke atas agar kepala Aira berlapik bantal.

"Shhh tidur ya sayang."Ditepuk tepuk bahu Aira. Rambut isterinya diselitkan di belakang telinga. Kening Aira diusap olehnya.

"Tapi tidur sekejap ja tau. Sekejap lagi dah nak solat Zohor."Aira bergumam saja.

KING DARREN : HIS LITTLE ANGEL✓Onde histórias criam vida. Descubra agora