"Hmm. Tak apa lah." Ujar Hazzel sedikit hampa kerana dia benar benar ingin tahu siapa yang memberikan bunga ini padanya.

"Er. Cik Mia? Boleh Hazzel nak bercakap sekejap dengan Cik Mia?" Soal Hazzel berhati hati. Mia diam seketika sebelum dia mengangguk sebagai jawapan.

Mak seri yang faham mereka menginginkan ruang terus meminta diri untuk menyambung kerjanya.

"sebenarnya Hazzel nak Tanya pasal surat berhenti tu. Er..cik Mia setuju ke?" Soal Hazzel terus tanpa mahu membazir masa.

Mia terdiam. Gadis itu terus menayang wajah sedih pada Hazzel.

"Hazzel betul betul nak berhenti ke ni?" Soal Mia sayu. Dia mencapai tangan Hazzel.

Hazzel merenung wajah Mia seketika. Dia mengigit bibir, tak sampai hati melihat riaksi Mia. Hazzel mengangguk kepalanya.

Terdengar keluhan kecil keluar dari mulut Mia. Sebenarnya, Hazzel pun berat hati ingin berhenti bekerja sebagai pembantu rumah Mia, tapi Hazzel ada sebabnya yang tersendiri.

"erm. I terima surat tu. But listen, if Hazzel nak kerja dekat sini balik I akan terima u dengan hati yang terbuka. I sayang u macam adik I dah tau?" Mia mencebik menahan tangis lalu menarik Hazzel ke dalam pelukannya. Hazzel tersenyum kecil. Dia sedih namun dalam masa yang sama dia rasa bahagia kerana Mia menghargai kehadiranya.

" Ya Cik Mia. Saya lagi sayang Cik Mia!" Ujar Hazzel.

" Thank you Cik Mia sebab layan saya baaaaiikk sangat! Saya janji bila free saya datang jenguk Cik Mia." Ujar Hazzel lagi. Mereka meleraikan pelukan.

"By the way, kenapa u nak berhenti eh?" Soal Mia panasaran. Hazzel senyum nipis.

____________

Hayyan hanya memerhati kelakuan Jayden. Jejaka berkulit putih itu sedikit pelik melihat sahabatnya itu tersenyum seorang diri dari tadi.

"Kenapa happy sangat kau ni?" Engan membuang masa, Hayyan menghampiri Jayden lalu menegur lelaki itu. Hayyan mengambil tempat di hadapan Jayden.

Jayden tersentak dari lamunanya.

"huh?"

Hayyan mengeleng kepalanya beberapa kali. "Sah. Aku rasa kau ni angau lah Jay." Ucap Hayyan selamba.

"kenapa pula? Masa bila aku angau?" Soal Jayden tidak puas hati.

"You are.. Kau fikirkan siapa tadi? Maid Mia tu ke? Termenung jauh sampai ke bulan aku tengok." Teka Hayyan. Jayden kaku di tempatnya. Dia hanya mampu menelan air liurnya kesat setelah kelakuannya tadi terkantoi di hadapan Hayyan.

"Mana ada." Jawab Jayden sedikit tegas. Cuba menafikan kelakuannya sebentar tadi.

Jayden mengeluh kesal. Mia memang tak boleh simpan rahsia ke? Cepat betul nak sebarkan berita.

"Rileks bro. I'm just asking. Eh, aku dapat tahu yang kilang baru kita nak bukak dah minggu depan. Kenapa aku baru tahu hari ni?" Hayyan mecebik. Sampai hati tak ada sesiapa memberi tahu nya soal itu. Itu pun dia dapat tahu sendiri sebab terdengar perbualan staf.

" buat apa nak bagi tahu kau? Kau kesah ke? Kerja kau kan datang office just nak tayang muka then hujung bulan claim gaji. Kerja kau orang lain yang buat. Kan Hayyan?" Kata kata Jayden seperti pisau yang menikam dada Hayyan. Lelaki itu hanya tersenyum kambing sambil tangannya naik memegang dadanya seakan kata kata Jayden tadi benar benar menikam hatinya.

" ups. Terkantoi. " Macam mana pula Jayden tahu soal ini? Cis, ni mesti ada yang mulut kepoci pergi bagi tahu Jayden. Dasar anak ayam.

" Mana Ethan? " Soal Jayden setelah menyedari ketiadaan ethan di situ. Selalunya di mana ada Hayyan, disitu lqh ada Ethan.

" Jay, sekarang ni dah waktu lunch. Dia dah pergi lunch dengan Mia lah. " Mendengar itu Jayden terus melihat jam.

"Tulah, busy sangat sampai waktu lunch pun tak perasan. Jom pergi lunch. Aku lapar." ajak Hayyan. Jayden tidak membantah kerana dia juga rasa lapar sekarang. Mereka sama sama menapak keluar dari pejabat Jayden.

______________

Hai guys! Author dah update.  By the way, jangan lupa vote and comment. (maaf ler lambat update.)

Di Dalam Genggaman Mr. Jayden Where stories live. Discover now