𝓐𝓻𝓮𝓼'𝓼 | 00

Start from the beginning
                                    

Dengan wajah yang polos, Love Kaylene  mengulang ayat yang sama. Membuktikan dia betul-betul serius kali ini. Dia tiada masa untuk bermain-main. Hatinya memang sudah terpaut dengan lelaki yang dia jumpa di media sosial itu. Pelik tapi inilah hakikatnya.

"Mummy, daddy. I said I want to get married, I'm serious!" Bibir dicebik manja.

"Kahwin?" tanya Encik Darren. Dia inginkan kepastian. Anaknya itu baru saja berumur 17 tahun. Mana mungkin?

"Yes!"

"Dengan siapa sayang?" soal Puan Lina lagi. Tangannya ligat menuang kopi ke dalam cawan. "Lene kenal dia di sosial media je mummy." Encik Darren yang sedang menghirup kopi tersedak. Terbatuk kecil mendengar ayat anaknya.

"Love Kaylene . Mana you yakin yang dia itu baik dan boleh dijadikan suami? You pernah berjumpa dengan dia? Atau mummy yang tak tahu you selalu jumpa dengan dia?" Puan Lina bertanya lembut. Dia bangun sedikit, mendekati anaknya yang berdiri berlandaskan lutut di hadapan mereka. Lalu kepala anaknya diusap lembut.

"I'm sure! Very sure. I dengan dia dah pernah berbincang tentang perkara ini beberapa minggu lepas. Dia baik orangnya. And-"

"And what my princess?"

Love Kaylene menggigit bibir perlahan. Rasa gugup mula menyelubungi diri.

"I nak u guys masuk meminang dia untuk I, I nak cop dia awal-awal." Automatik Encik Darren berdiri sambil memandang anaknya dengan senyuman yang lebar. Sangat lebar.

"Kenapa pula mummy dengan daddy yang perlu meminang dia? Sepatutnya dia lah kena meminang you, barulah gentleman," tanya Puan Lina lagi, ingin menyerkap jarang kepada anaknya.

"Apa salahnya ikut kelakuan isteri baginda, Siti Khadijah?" Encik Darren makin tersenyum. Pantas bahu kedua anaknya dipegang erat.

"Kalau itu yang you nak, I'll do it for you." Love Kaylene Delara tersenyum gembira.

"Tapi, I dengan dia nak nikah gantung, atau nama lainnya nikah khitbah. Sebabnya I dengan dia hanya sekadar tidak mahu ada sebarang istilah ikhtilat antara kami berdua walaupun I dan dia dah buat keputusan untuk tidak bertemu selagi waktunya belum tiba." Love Kaylene senyum setelah menerangkan tujuan utamanya. Encik Darren mengangguk faham.

"Maksudnya you dan dia nak fokus dengan kehidupan tapi pada masa yang sama, you nak memilikinya dan takut kalau dia kahwin dengan orang lain kan?" Laju gadis itu mengangguk. Dia tersengih kerang busuk. Pantas dia bangun dan menghempaskan tubuhnya di atas sofa.

"This is unexpected. My daughter dah pandai fikir tentang perkara macam ni. Syabas sayang." Kepala anak tunggalnya diusap penuh kasih. Puan Lina tersenyum manis.

Bahu Love Kaylene ditepuk berkali kali oleh Puan Lina. Sudah berkali-kali wanita itu menjerit memanggil nama anaknya.

"Kaylene!"

Mata gadis itu terbuka luas, mematikan lamunan. Ingatan 2 bulan lepas mula berlalu pergi. "Your husband nak sarungkan cincin tu." Melihatkan gadis itu yang agak blur, Ares Ishan Deveruex ketawa macho. Love Kaylene tersengih gedik.

Usai saja cincin disarungkan, pantas Love Kaylene mencium tangan suaminya. "You're Mrs Deveruex now little love." Makin lebar senyuman Love Kaylene mendengar ayat suaminya. 'Little love', itu nama samaran yang diberi lelaki itu untuknya.

"And you're mine too!" Love Kaylene menjerit kuat dan dengan selamba dia mencium bibir suaminya sekilas. Bibirnya sempat melabuhkan ciuman di kedua belah pipi Ares Ishan Deveruex. Jejaka itu ketawa malu. Telinganya sudah memerah, menahan malu.

"Okay enough dear." Tangannya naik ke tengkuk, digosok perlahan. Wajahnya ditundukkan sedikit. Senyuman penuh makna yang dia lihat dari bibir kedua orang tuanya dan orang tua mertuanya dia abaikan.

Payah juga ada isteri selamba macam ni.

"Hey hey, behave little love." Ares Ishan Deveruex bersuara lembut, menegur si isteri. Tangannya mengusap lembut kepala si isteri yang berbalut dengan tudung. Love Kaylene mencebikkan bibir. Itu salah, ini salah. Dia berpeluk tubuh. Menjauhi Ares Ishan Deveruex.

"Kau nak buat perangai, tunggu di rumah. Sekarang kita depan masjid dear." Love Kaylene mendengus geram, dia mengangguk. Ares Ishan Deveruex tersenyum nipis.

"Macam ni lah isteri aku." Love Kaylene tersengih lebar. Dia merapati tubuh ke arah tubuh Ares Ishan Deveruex. Kedua tangannya naik ke tengkuk jejaka itu, memeluk erat. Ares Ishan Deveruex merangkul kembali pinggang erat isterinya.

"Janji tau."

"Janji apa?"

"Bila kita dah dewasa, you cari I dekat sini. Tau?" Ares Ishan Deveruex angguk. "Mestilah." Gadis itu senyum lebar. Sangat lebar sehinggakan lesung pipit belah kirinya terlihat.

"I love you my wife."

•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


© ALL RIGHT RESERVED
RAISYNEE 2023

y'all want it so here you go, i tak edit apa apa pun cuma bab 1 and the others tu maybe i akan tambah sikit hehe

𝐓𝐫𝐨𝐮𝐯𝐚𝐢𝐥𝐥𝐞 𝐐𝐮𝐞𝐫𝐞𝐧𝐜𝐢𝐚Where stories live. Discover now