BAB 4

4 0 0
                                    

BAB 4

Farisya terjaga dari tidurnya apabila terdengar pekikan ayam. Farisya mengerdipkan kelopak matanya berberapa kali bagi menghilangkan kabur matanya. Apabila matanya kembali segar, pantas Farisya bangun dari katil di bilik tamu itu dan terus menapak kearah bilik mandi dan mula mempersiapkan diri untuk solat subuh. Walaupun Farisya tidak menutup aurat, namun dia tetap menjalankan tugasnya sebagai umat nabi Muhammad SAW dan hamba Allah.

Selepas selesai sahaja menunaikan solat subuh, Farisya terus sahaja mempersiapkan dirinya untuk menyertai saudara maranya yang sudah riuh di bahagian dapur bagi menyiapkan sarapan pagi. Farisya menapak kearah dapur. Belum sahaja Farisya sempat berkata apa-apa, maklong terlebih dahulu menyapanya.

"Eh Isya dah bangun, marilah sini kita makan. Maklong dah siapkan nasi goreng kampung kegemaran Isya" Farisya hanya memaparkan senyum manis sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah ibunya. Tidak tahu sebab apa, semenjak dia pulang dari melanjutkan pelajaran ke luar negara ni, saudara maranya melayannya seperti anak raja. Mungkin mereka bangga dengan pencapaian Farisya.

Maklong pantas mengambil pinggan kosong yang ada di hapadannya lalu mencedukkan nasi goreng kampong hasil air tangannya lalu diberikan kepada Farisya. Farisya tersenyum manis menerima huluran nasi dari Maklongnya itu.

"Eh Maklong tak makan ke? Makan lah sekali dengan Isya" pelawa Farisya.

"Orang semua dah makan lah, kau je yang sedap membuta tak ingat dunia" perli Hajar sambil menjelingkan matanya.

"Eh apa cakap macam tu dengan kak Isya. Tak baik tau. Kak Isya tu lebih tua dari Hajar. Hajar patut hormat Kak Isya" Tegur Hajah Aisya. Hajah Aisya kurang berkenan dengan sikap anak buahnya itu yang suka meyampuk cakap orang tua.

"Buat apa nak hormat, suruh dia pakai tudung dulu, tutup aurat, baru Hajar hormat dia" getus Hajar sambil matanya dijulingkan ke atas.

"Eh budak ni aku korek biji mata tu baru tahu, mulut tu celupar sangat" bisik hati Farisya.

"Hajar! Jaga sikit mulut tu. Tak reti hormat orang langsung ke?" Suara garau milik Syaraff memenuhi ruang makan itu. Hajar hanya menundukkan kepalanya apabila sikapnya itu ditegur oleh Syaraff dengan tegas. Farisya hanya tersenyum melihat reaksi Hajar.

"Padan muka kau, tahu pun takut" bisik Farisya di dalm hatinya.

"Betul apa Hajar cakap tu, belajar tinggi mana pun atau jauh mana pun kalau tak reti tutup aurat tiada gunanya" sampuk makcik Fauzia, ibu kepada Hajar.

"Hm sampai dah makcik mulut celupar ni'' getus hati Farisya.

"Hm sampai dah makcik mulut celupar ni'' getus hati Farisya

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.
MENAGIH KASIHMUМесто, где живут истории. Откройте их для себя