BAB 2

11 1 0
                                    

BAB 2

"Isya bila balik?" tanya Hajah Aisya

"Minggu lepas Maklong" jawab Farisya dengan ringkas.

"Macam mana belajar kat sana? Okay?" tanya Hajah Aisya lagi

"Okay je maklong, tak ade masalah besar pon" jawab Farisya ringkas. 

"Ish orang tengah sedap makan ikan pari masak asam pedas ni.. jangan la tanya banyak soalan" getus hati Farisya. Farisya terlalu sibuk menjamah nasi lauk asam pedasnya hingga tidak diendah apa yang berlaku di depannya.

"Assalamualaikum" suara garau lelaki yang baru masuk ke dalam rumah itu memecah kesunyian.

"Ha, Raff mari masuk makan sekali, lauk sedap - sedap ni" pelawa Hajah Aisya kepada anak lelaki sulungnya. Lelaki yang berbadan kekar dengan tinggi lebih kurang 183 cm itu pun melabuhkan punggungnya di meja makan setelah bersalaman dengan ibu bapa saudaranya.

"Maksu dengan paksu bila sampai?" tanya Syaraff. 

"Baru jer Raff. Marilah makan, Isya tu kalau dapat makan memang dia tak akan endahkan orang lain dah" ujar Haji Kareem. Syaraff hanya tergelak kecil sambil mata berwarna kelabunya mengerling kearah Farisya yang sedang rakus menelan makanan itu.

Setelah selesai makan tengah hari, Farisya pun keluar mengambil angina di belakang rumah Haji Halim yang dipenuhi dengan pokok-pokok buah seperti pokok rambutan, manga dan jambu. Mata hazel milik Farisya tekun melihat kerengga yang memenuhi batang pokok jambu milik Haji Halim itu. Badannya terhinjut hinjut menahan geli melihat kerengga yang sangat banyak itu sibuk mengangkut serpihan – serpihan kecil berwarna putih di belakang badan mereka. Entah dari mana lah mereka kutip benda putih ni.

"Jangan dekat sangat, kerengga kalau gigit sakit tau" suara garau lelaki menerpa ke gegendang telinga Farisya membuatkan gadis yang tingginya hanya 155 cm itu terkejut dan hampir tersadung kebelakang. Namun belum sempat badannya mencecah ke tanah, sepasang tangan kekar menyambut tubuh kecil wanita itu dari terjatuh. Farisya cepat-cepat memalingkan wajahnya ingin melihat siapakah gerangan yang menyambut badannya. Terkejut Farisya apabila orang yang menyambutnya itu ialah Syaraff. Farisya terus menegakkan kembali badannya. Rambutnya yang panjang separa pinggang itu diselakkan kebelakang telinga.

"Mawar sihat?"soal Syaraff. Farisya hanya mengangguk mengiyakan tanpa memandang wajah Syaraff. Kekok terlalu kekok. 6 tahun sudah dia tidak berjumpa dengan lelaki dihadapannya itu.

"Lama sangat dah abang tak jumpa dengan Mawar, Mawar nampak makin cantik" puji Syaraff. Farisya hanya tersenyum manis mendengar pujian dari lelaki kegilaan para wanita di kampungnya itu. Syaraff memang sudah terkenal di kalangan anak dara orang kampung kerana wajah kacukan arabnya yang sangat tampan itu.

 Syaraff memang sudah terkenal di kalangan anak dara orang kampung kerana wajah kacukan arabnya yang sangat tampan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENAGIH KASIHMUWhere stories live. Discover now