BAB 3

6 1 0
                                    

BAB 3

Lembut dan tenang sahaja bacaan doa yang dibaca di majlis kesyukuran yang diketuai oleh Syaraff dan adik lelakinya Syariff. Tersengih - sengih para jemaah wanita yang hadir dalam majlis itu mendengar alunan dzikir dan doa yang dibaca. Dah macam kerang busuk dah.

Setelah tamat majlis, para tetamu dijamu dengan nasi arab hasil air tangan Haji Halim sendiri dan satu persatu para tetamu mula beredar setelah mereka selesai menjamu selera. Farisya dan Hajah Ainun juga tidak kurang sibuknya melayan para tetamu wanita yang hadir. Ada juga tetamu yang dekat dengan keluarga tuan rumah sibuk membungkus lebihan makanan untuk dibawa pulang ke rumah masing – masing.

Setelah selesai majlis, Farisya melabuhkan punggungnya di sofa yang ada dibahagian ruang tamu. Tangannya mencapai iphone 12 berwarna biru miliknya kemudian tangannya laju menekan keyboard. Mesej dihantar kepada Haikal, teman lelakinya yang terlah menjalinkan hubungan dengannya sejak di bangku sekolah lagi. Farisya mempamerkan senyuman nipis apabila membaca mesej dari kekasihnya itu.

"Amboi senyum lebar nampak" tegur Syaraff sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Farisya. Farisya mengalihkan sedikit badannya agar tidak terlalu dekat dengan Syaraff. "Boyfriend la tu" tambah Syaraff apabila tegurannya tidak dilayan oleh Farisya. Farisya yang sibuk membaca mesej dari Haikal Itu hanya mendiamkan diri.

"Lepas dah habis belajar ni Mawar nak buat apa? Dah cari kerja dah?" soal Syaraff

"Tak lah. Mawar ingat Mawar nak rehat dulu untuk beberapa minggu baru Mawar start cari kerja" jawab Farisya dengan matanya yang masih tertumpu di skrin iphonenya.

"Kalau Mawar nak kerja dengan abang dulu boleh jer. Mawar hantar jer resume Mawar dekat abang" pelawa Syaraff. 

"Abang nak suruh Mawar buat kerja apa dengan abang? Nak suruh Mawar buat rumah? Buat istana pasir Mawar reti la" Syaraff tertawa mendengar kenyataan dari Farisya. Betul juga, Farisya tu pelajar lepasan fashion design, apa dia nak buat kalau berkerja dengan syarikat Syaraff yang menawarkan khidmat arkitek itu

"Abang jangan nak suruh Mawar jadi tea lady pula, dah belajar jauh – jauh balik Malaysia jadi tea lady." Tergelak besar Syaraff mendengar amaran dari adik sepupu kesayangannya itu.

Jauh di sudut dapur terlihat Hajar yang sibukmeneliti setiap gerak geri Farisya dan Syaraff. Hajar merupakan anak kepadaadik Haji Halim iaitu Haji Hamas. Gadis berumur 21 tahun itu telah lamamenyimpan perasaan terhadap abang saudaranya itu namun setiap usaha yang dialakukan tidak membuahkan hasil. Berkali – kali dia cuba mendekati Syaraff namunberkali – kali juga Syaraff memberitahunya bahawa dia hanya menganggap gadisitu tidak lebih daripada seorang adik perempuan.

 Berkali – kali dia cuba mendekati Syaraff namunberkali – kali juga Syaraff memberitahunya bahawa dia hanya menganggap gadisitu tidak lebih daripada seorang adik perempuan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENAGIH KASIHMUWhere stories live. Discover now