BAB 1

7 1 0
                                    

BAB 1

Farisya sibuk membantu ibunya mengemas pinggan mangkuk yang telah digunakan untuk dicuci. Pejam celik, sudah hampir seminggu Farisya pulang ke tanah air.

"Minggu depan kita balik kampung tau, ada kenduri doa selamat" ujar Haji Kareem.

Hajah Ainun hanya mengangguk lembut sambil tangannya sibuk membersihkan dapur yang sudah digunakan.

"Mak dengan abah je lah baik, Isya malas lah nak ikut" ujar Farisya.

"Mana boleh macam tu, Isya dah lama tak berjumpa dengan saudara mara. Mereka semua teringin nak berjumpa dengan Isya. Lagipun mak dah cerita dekat semua orang yang Isya dah balik KL. Nanti apa pula diaorang kata" ujar Hajah Ainun dengan lembut cuba memujuk.

Farisya hanya menghela nafas lemah. Farisya memang tidak rapat dengan sepupu sepapat belah ibunya itu dari kecil lagi. Lagi lagi dengan adik beradik Haji Abdul Halim Khan atau Paklongnya itu. Bukan apa, dari kecil lagi Farisya sering diperli dan dikutuk oleh mereka kerana tidak menutup aurat. Bukan dia tidak mahu namun masih tidak besedia.

Setelah sejam setengah masa berlalu akhirnya keluarga Haji Kareem sampai di perkarangan rumah Haji Halim Khan di Ayer Keroh, Melaka. Sampai sahaja di rumah Haji Halim, kereta mewah Proton X50 berwarna merah milik Haji Kareem diparkir di hadapan rumah Haji Halim. Kelihatan perkarangan rumah Haji Halim dipenuhi dengan khemah – khemah besar berwarna putih. Kerusi dan meja juga sudah siap dipasang dan disusun di bawah khemah.

"Eh Ainun" jerit Hajah Aisya kegembiraan setelah melihat satu satunya adiknya itu sudah tiba di perkarangan rumahnya.

Hajah Ainun menyapa kakak kesayangannya itu dengan bersalaman dan berpelukan. Farisya yang baru keluar dari perut kereta ayahnya itu juga turut menyalami ibu saudaranya itu.

"Isya sihat?" Tanya Hajah Aisya dengan mesra.

"Alhamdulillah, sihat je maklong" jawab Farisya dengan ringkas.

"Marilah masuk, kita makan tengah hari sama sama" pelawa Hajah Aisya.

Keluarga Haji Kareem pun menutur langkah merekadengan laju ke bahagian dapur rumah Haji Halim. Maklumlah, lapar la katakan.Dari KL ni tak makan lagi hehe.

Dari KL ni tak makan lagi hehe

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
MENAGIH KASIHMUWhere stories live. Discover now