BAB 1

49.5K 1.6K 43
                                    

[SPECIAL RAMADHAN]

"abang. Bangun dah pagi."kejut Naira Arzwina. Mata kelabu milik abang angkatnya terbuka memandang dirinya.

"Mama dengan papa panggil turun makan."Katanya namun King Darren hanya menatap wajah gadis polos tu kosong.

"Kenapa abang tengok Aira macam tu?"Soalnya. Darren menarik tangan gadis tu dan itu membuatkan Naira dekat dengan Darren.

"Kau lupa."Ditunjuk pipinya. Naira mengucup sekilas pipi tersebut.

King Dayyan dan Zianina menoleh melihat ke arah tangga dimana anak teruna dan anak angkat perempuan mereka melangkah turun ke dapur.

"Morning ma pa"Sapa Aira dengan senyuman manis nya.

"Morning too. Sini makan."Darren mengambil tempat duduk sebelah Aira.

"Darren kamu tak kerja harini?"Dia yang mahu mencedok nasi menoleh ke arah papa nya.

"Off day." Ringkas dia membalas dan kembali mencedok nasi.

"Aira harini taknak keluar?"Tanya mama Zianina. Aira mengeleng kepalanya.

"Bukan kau tak boleh duduk rumah ke? Sana sini keluar."Aira menunduk mendengar kata kata abang angkatnya.

"Tapi kan Aira.."

"Tak payah nak melawan." Aira kembali diam dan disuap nasi ke dalam mulutnya.

"Kamu ni Darren jangan lah marah dengan adik kamu tu."Darren memandang mama nya.

"Tak boleh manjakan sangat ma nanti pijak kepala."Dipandang sekilas ke arah gadis tu dan disuap nasi ke dalam mulutnya tanpa riak bersalah.

"Aira dah kenyang."Mereka memandang gadis tu yang bangun mencuci pinggan. Setelah itu dia berlalu naik ke bilik.

"Darren, kamu masih tak boleh terima Aira sebagai adik kamu?"soal papa.

"Entah lah pa."Balasnya acuh tak acuh.

"Tapi dah 10 tahun Naira jadi adik angkat kamu. Umur Darren dah 27 takkan masih nak anggap Aira sebagai orang luar?"Mama nya bercekak pinggang.

Mereka mengambil Aira sewaktu gadis tu berumur 13 tahun. Dan sewaktu tu Darren berumur 17 tahun. Jejaka tu memang dari dulu dia antikan Aira.

"Kamu pun tahukan dia tak pernah dapat kasih sayang dari ibu ayah dia. Bahkan adik beradik pun dia tak ada. Curahkan lah sikit kasih sayang kamu sebagai abang dekat dia."Mama nya mengusap lembut bahu anak teruna nya.

"Nantilah Darren fikirkan balik."Dia bingkas bangun untuk membasuh pinggan.

Aira berlari mendapatkan abang angkatnya. Perangainya tidak ubah seperti budak budak.

"Abang abang."Darren menoleh dengan wajah kosong nya.

"Siapa abang kau?"Dijongket keningnya. Aira menunduk. Buku lukisan nya ditunjuk ke arah Darren.

"Cantik tak lukisan Aira?"Soalnya. Darren mengambil buku lukisan tersebut dan dilihat. Terpegun dia melihat lukisan itu. Memang tak dinafikan, Aira mempunyai bakat yang terpendam.

"Boleh lah."Diserahkan semula lukisan tersebut.

"Boleh lah? Tak cantik ke?"

"Boleh lah tu sedang sedang jelah. Tak buruk sangat tak cantik sangat."balasnya malas.

"Hm oke terima kasih."Diatur langkah ke bilik nya semula.

"Lukisan tu cantik Aira."Perlahan suaranya.

KING DARREN : HIS LITTLE ANGEL✓Where stories live. Discover now