Niatnya adalah untuk mengacah pelajar lelaki itu sahaja, jauh sekali dia ingin memukul pelajar lelaki itu. Masakan tidak,hari ini merupakan hari pertamanya bersekolah di sekolah baharu ini. Tidak ada angin, tidak pula ada ribut untuk dirinya membuat masalah di hari pertamanya di sini.

"Kau tunggu budak."

"Memang mati kau kejap lagi."

"Nak tunjuk taiko dengan aku."

"Silap besar lah kau."

Firas Ishak bengang. Imej gengster yang selama ini dijaga rapi olehnya bagaikan sudah tercalar kesan dari torehan pelajar baharu itu yang cukup berani.

Dia terus berlalu pergi bersama rancangannya. Dia tidak akan mudah melepaskan pelajar baharu itu. Dia tidak akan membiarkan pelajar baharu itu bersenang-senang di hari pertama persekolahannya. Tunggu dan lihat sahaja apa yang bakal direncanakannya itu.

Terjengket-jengket kaki itu mencari tempat duduk bagi dirinya menjamu selera. Sepasang mata bundarya mula meliar memerhatikan sekeliling ruang kantin itu. Anak matanya masih tidak letih dari melila ke kiri dan ke kanan. Semua meja makan di kantin itu nampaknya telah penuh diduduki oleh pelajar lain.

"Balik-balik mesti Biebre Gurls duduk kat port biasa Suha. Macam lah takde tempat lain nak makan!"

"Tempat makan tu jugak lah nak duduk pun. Ish, memang menduga betul lah."

Ilya Nasuha berang. Masakan tidak, tempat makan kebiasannya sudah diambil oleh sekumpulan gadis itu. Kumpulan para gadis yang terkenal dengan gaya gedik dan menggoda mereka. Pirahhh!

10 minit telah berlalu.

Ilya Nasuha masih berdiri memerhati sekeliling kantin yang makin galak dipenuhi oleh pelajar. Lantas kakinya mula mengorak langkah dengan perlahan. Meja yang paling hujung sedikit, tersorok di belakang dinding menjadi destinasinya.

"Korang lama lagi ke?"

"Eh tak tak, duduklah. Kita orang dah sudah makan dah, kau duduklah."

"Oh okay, terima kasih."

"Sama-sama."

Nasi lemak serta ais lemon tea yang ditatang oleh Ilya Nasuha di dalam dulang diletakkan di atas meja. Tangan ditadah dan dia mula membaca doa makan. Lengan baju disinsing sedikit tinggi sebelum dia mula mengisi perut yang sedari tadi bergendang kebuluran.

"Bismillah."

Sedang dia asyik mengunyah nasi lemak itu, kerusi kosong dihadapannya itu terus sahaja diduduki oleh seseorang. Makanan yang berada di dalam dulang milik empunya badan dihentakkan kuat ke atas meja. Ilya Nasuha tersentak. Dia lantas mendongak bagi melihat empunya dulang yang bersikap biadab itu.

"Tak kelakar tau hentak makanan macam ni."

"Makanan tu rezeki. Re... ze... ki..."

Isyraf Nazran hanya memberi pandangan kosong pada gadis itu. Lalu, dia duduk dengan selamba di hadapan gadis itu. Dia terus menjamu selera tanpa menghiraukan gadis itu yang sedang memandangnya dengan pandangan aneh.

"Isy.."

Lunak suara gadis dihadapannya itu menghentikan dirinya buat seketika. Nasi goreng yang disumbat ke dalam mulut, mula terbantut. Pandangannya diangkat dan dihalakan tepat ke wajah manis itu. Wajah gadis itu masih sama seperti pertemuan mereka kali pertama. Dia sedikit terpesona dengan kecantikan itu.

"Doa? Tak baca?"

Isyraf Nazran buat tidak endah. Selang dua minit kemudian, dia mula mengangkat tangan dan membaca doa makan. Doa makan diaminkannya dengan pantas. Sejurus itu, dia kembali menyambung semula makanannya yang tergendala dek teguran itu.

DIA SI PEMBEKU CINTA : CWhere stories live. Discover now