Bab 47 Epilog

1.6K 82 44
                                    

Lagu Cinta Sejati


          Bayi kecil perempuan di dalam katil bayi ditatap dengan penuh kasih. Itulah buah hati pertamanya yang dilahirkan 6 bulan yang lepas.

"Comelnya anak mama, Nur Kasih..." Itulah nama yang dipilih oleh Suci dan dipersetujui oleh suami dan mertuanya. Tiba-tiba ada lingkaran tangan yang memeluk pinggangnya dari belakang.

"Abang dah pulang? Penat eh?" Suci memusingkan badannya dan matanya menatap mata suaminya yang nampak keletihan itu. Sejak menjawat jawatan penting menggantikan Suci di Syarikat Amar Global Holdings, Johan selalu pulang lewat. Nasib ada abang James yang membantunya.

Syarikat Menara Holding miliknya pula diterajui oleh Taufik dibantu oleh Zura. Syarikat Dato' Fakir diterajui oleh Dato' Fakir semula dibantu oleh Airel.

"Ye sayang. Penat sangat hari ni. Meeting sepanjang hari pasal projek perumahan fasa ketiga di Taman Berlian."

"Kesiannya suami Suci."

"Abang rindukan Suci..." Johan memusingkan badan Suci menghadapnya. Dia mendekatkan wajahnya pada Suci dan mengucup bibir Suci lembut. Suci membalas kucupan Johan . Mendalamkan lagi ciuman mereka. Tangan Johan nakal membuka butang baju Suci. Tiba-tiba dalam khayalan mereka...

Uerk! Uerk!

Nur Kasih di dalam katil bayi menangis. Menyedarkan Johan dan Suci, ada makhluk kecil di dalam bilik tidur mereka. Terhambur ketawa keduanya.

"Abang, Kasih dah menangis tu. Abang lepaskan lah tangan abang ni."

"Kan dah diam tu sayang. Sekejap je. Abang rasa sejuk pula. Dah hujan pun kat luar tu. Hmmm, rasa lain macam pulak hujan-hujan ni. Sedapnya peluk sayang," usik Johan sambil tersenyum nakal.

"Abang jangan nak mengada eh? Suci nak susukan baby Kasih. Abang tu pergi mandi."

Johan menghampiri katil bayi baby Kasih. Anaknya diambil keluar dari katil bayi dan diriba.

"Hai, anak papa." Dikucupnya pipi baby Kasih.

Uerk! Uerk! Baby Kasih menangis lagi.

"Mama, baby Kasih nak minum susu lah mama..." rengek Johan persis anak kecil. Baby Kasih bertukar tangan pada Suci.

"Sayang bagi baby Kasih susu botol? Kan baby Kasih baru 4 bulan sayang. Berilah susu badan. Kedekutnya mama Kasih ni." Johan sengaja mengusik isterinya lagi.

Menjeling Suci. Dia berura-ura membawa baby Kasih ke sofa yang ada dalam bilik itu, tetapi dengan pantas Johan menariknya duduk di atas ribanya di atas katil. Suci tidak membantah dan duduk di atas riba Johan sambil menyusukan baby Kasih. Sempat Johan menjenguk baby Kasih yang sedang menyusu badan.

"Laparnya anak papa. Papa pun lapar juga... Nak sikit boleh mama..." Suci mengetap bibirnya. Menjadi gatalnya sang suami lantas tangannya pantas mencubit lengan Johan kuat.

"Aduh! Sakitlah sayang..."

"Padan muka. Gatal sangat." Johan ketawa kecil.

"Abang pergi mandi dululah sayang. Nanti kita solat maghrib dan makan malam." Sebelum beredar masuk ke bilik air sempat Johan mengucup baby Kasih hampir di dada Suci.

"Aippp... Abang ni..."

Johan  mencapai tuala mandi dan  mentertawakan Suci. Suci turut tersenyum melihat gelagat suami kesayangannya. Nakal sangat suami tercinta.

Sekarang Suci sudah menjadi suri rumah sepenuh masa. Johan yang memintanya berhenti demi menumpukan kepada baby Kasih dan menjaga kebajikannya. Dengan rasa ikhlas di hati , dia memenuhi permintaan si suami. Cuma kadangkala rimas Suci bila pulang dari kerja, Johan tidak boleh berenggang dengannya. Rindu katanya. Asyik mengekor ke mana Suci pergi. Walhal berada dalam banglo mereka sahaja. Kalau bershopping kenalah tunggu hari cuti. Dia tidak membenarkan Suci keluar sendirian. Mesti adanya bersama.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 29, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Berikan Aku Secebis Kasih (Completed)Where stories live. Discover now