Bab 42 Sakit Hati

981 72 56
                                    

"Ini semua kau punya pasal. Kalau tak, tak jadi macam ni. Sekarang aku terpaksa nikah dengan kau." Bahasa pun sudah kasar.

Inilah lelaki yang tak bertanggungjawab macam Azam. Perempuan pula mudah terpedaya dengan pujuk rayu dan lembut gigi dari lidah. Ambil kau dari sayang dan abang , jadi aku dan kau.

Aisyah hanya menunduk sambil teresak-esak menangis. Bila sudah jadi begini, hanya dia dipersalahkan. Bukan dia mengajak Azam ke Zouk club tu. Tempat yang macam tu pun dia tak pernah dengar.

"Kau dengar sini. Aku tak nak kau hebohkan hal tangkap khalwat dan pernikahan kita ni. Jangan harap aku nak bertanggungjawab sepenuhnya pada kau. Kau faham tak? Perempuan murah!"

Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Nasi sudah menjadi bubur. Segalanya sudah berlaku. Kalau dapat diundurkan masa, pasti dia takkan mengikut Azam ke Zouk club itu. Menyesal pun tidak berguna.

"Sudah!!! Jangan nak menangis aje kerja kau. Buat fikiran aku bertambah kusut."

Keluar dari pejabat agama, Azam meninggalkan Aisyah jauh ke belakang. Mengekori Azam ke tempat parkir kereta.

"Kau ikut aku ni dah kenapa? Kau nak ibu dan ayah aku tahu ke? Kau balik sendiri. Aku call kan grab."

"Abang ... Kita kan dan nikah. Takkan abang nak biarkan Aisyah balik sendiri."

Membulat mata Azam memandang Aisyah. Tertunduk lagi Aisyah.

"Kau tu isteri tak aku hadap. Jadi kita buat hal sendiri aje. Kau jangan mimpi nak aku layan kau macam seorang isteri." Azam masuk ke dalam keretanya. Enjin kereta dihidupkan dan meluncurkan keretanya meninggalkan Aisyah termangu-mangu di tempat parking.

Melissa dengan liuk lintuknya memasuki Syarikat Menara Holding. Tujuannya untuk berjumpa Johan.

"Hello... Encik Johan dah sampai tak?"

Berkerut kening penyambut tetamu di lobi Syarikat Menara Holding. Siapa pula perempuan yang nak dikatakan minah salih, tapi macam minah sarkas. Islam ke bukan ni? Mungkin bukan Islam agaknya. Salam pun takde. Hanya hello sahaja, fikir penyambut tetamu itu.

"Hoiii!!! I tanya you. Encik Johan dah sampai tak? You tenung I macam nak telan ni dah kenapa?"

"Errr, Cik sarkas... Eh! Cik boleh duduk dulu kat sofa tu tak? Encik Johan tak sampai lagi."

Menjeling tajam Melissa pada penyambut tetamu itu.

"Kalau you kerja kat syarikat I, dah lama I pecat you." Berlalu dia ke sofa yang ada di lobi untuk menunggu ketibaan Johan.

"Ek eleh... Aku bukan kerja kat syarikat kau pun..." bisik penyambut tetamu itu perlahan.

Johan tersengih-sengih masuk ke pintu utama syarikatnya. Gembira kerana mempunyai isteri yang sempurna akhlak dan bakal anak yang akan lahir nanti.

"Assalamualaikum... Selamat pagi," sapa Johan pada staff dan penyambut tetamu.

"Waalaikumussalam... Selamat pagi Encik Johan..." sahut staff dan penyambut tetamu.

Penyambut tetamu itu memuncungkan mulutnya ke arah Melissa yang sedang duduk di sofa. Baru Johan hendak menoleh, Melissa sudah bangun melangkah kakinya menghampiri Johan. Ternganga mulut Johan. Hendak larikan diri tidak sempat.

"Hai Encik Johan."

"Kenapa datang ke syarikat saya ni? Rasanya kita takde meeting apa-apa hari ni kan?" Johan tanpa memberi salam terus bertanya pada Melissa.

Melissa yang tidak peduli dengan sindiran Johan terus membuat gaya menggoda dan terliang liuk badannya. Tali beg tangannya dimain-mainkan dengan jarinya. Gedik! Penyambut tetamu yang melihat pun terasa hendak muntah melihat gelagat Melissa.

Berikan Aku Secebis Kasih (Completed)Where stories live. Discover now