Bab 22 Kejadian Malang

915 61 71
                                    

Lagu Bila Cinta Didusta...

"Suci...?"

Mak Long Gayah tidak berkelip matanya memandang Suci. Penampilan Suci benar-benar berlainan dari yang dulu.

"Makcik kenal saya?"

Mak Long Gayah menghampiri Suci dan mencapai tangan Suci.

"Ini Suci kannn? Ini Mak Long Gayah lah nak. Mak Long Gayah isteri Pak Long Amir."

"Haah, saya Suci. Maaf, saya tak kenal makcik. Saya takde saudara. Saya dan adik saya anak yatim piatu dan tak punya saudara." Pedih hati Suci menuturkan ucapan begini pada Mak Long Gayah.

James yang ada di situ hanya membisu. Dia tahu Suci tidak berniat dengan ucapannya. Suci pasti sedih sekarang ini.

"OOO... Takpe lah. Makcik salah orang agaknya." Nampak sedih dan sayu wajah Mak Long Gayah. Tangan Suci dilepaskan dari genggamannya.

"Suci, abang minta diri dulu ye?"

"Baiklah abang James."

Abang James meminta diri keluar dari banglo Suci. Biarlah Suci meluangkan masa dengan ibu saudaranya.

"Makcik kena halau dengan anak makcik ke?" sergah Suci sambil melabuhkan punggung di sofa.

Mak Long Gayah tidak menjawab pertanyaan Suci. Pedih hatinya mengenangkan anaknya yang tidak kenang budi itu. Dia hanya menundukkan kepalanya memandang lantai berkilat di banglo itu. Mungkin lantai yang berkilat itu dapat menenangkan hatinya sekarang ini.

"Mak Long duduk lah!" Akhirnya perkataan Mak Long keluar juga dari mulut Suci.

Menitis air mata Mak Long Gayah. Mengangguk dan melabuhkan punggungnya di sofa berhadapan dengan Suci.

"Mak Long takde tempat tinggalkan?"

"Takde Su... Suci."

"Mak Long tinggal di rumah ni. Mak Long buat apa kerja yang Mak Long boleh buat."

"Maafkan Mak Long Suci..." Air mata berjuraian juga di pipi Mak Long. Esakan mula kedengaran.

Suci juga menitis air matanya. Kalau ikutkan hati jahatnya memang susah untuk dia memaafkan kesalahan Mak Long Gayah. Tapi bila difikirkan manusia tidak lari dari melakukan kesilapan dan Mak Long Gayah juga sudah tua, Suci dengan ikhlas melupakan kejadian lama dan memaafkan Mak Long Gayah.

"Suci maafkan Mak Long. Mak Long duduklah dekat sini selama Mak Long nak. Nanti Suci suruh Mak Leha sediakan bilik dan makan untuk Mak Long. Mak Long berehat lah nanti."

Tiada kata-kata yang dapat diucapkan oleh Mak Long. Terasa sedih, malu dan bersalah pada anak yatim piatu ini. Kesal semestinya. Kalau lah dapat diundurkan masa, pasti Mak Long Gayah akan melayan Suci dan Airel elok-elok. Tidak akan dipersiakan kedua beradik itu.

🌸🌸🌸🌸🌸

Amy menangis tersedu sedan. Si kecil dibiarkan terkurung di dalam bilik. Mak Nah yang mendengar tangisan si kecil berumur tiga tahun itu hanya mampu simpati. Dia juga banyak kerja. Kemudian diberi amaran oleh Zura agar berkemas bilik yang dihuni oleh Mak Long Gayah. Katanya tidak mahu ada sisa atau bekas orang tua itu di dalam bilik yang dihuni Mak Long Gayah sebelum ini.

Zura asyik membelek telefonnya. Selepas kantoi dengan Johan di taman rekreasi tadi, dia hanya melihat wajah Johan yang dijadikan wallpaper telefon bimbitnya.

"Kenapa perempuan cacat tu jadi pilihan Jo? Jo tahu tak dia tu kan cacat. Miskin pula. Kalau Jo pilih Zura, pasti hidup Jo lebih bahagia."

Zura tidak mengetahui lagi yang Suci sudah hidup mewah. Fikirnya Johan yang keluar duit untuk menukar imej Suci.

Berikan Aku Secebis Kasih (Completed)Where stories live. Discover now