Bab 38 Manja

1K 82 90
                                    

"Betul ke sayang pregnant ni? Kenapa tak beritahu abang? Sampai hati sayang." Muncung ditarik sedepa. Fikir Suci hendak memujuknya. Tidak kuasa Suci hendak melayan.

Melihat Suci selamba aje menatap komputer ribanya, Johan merapatkan dirinya di sebelah Suci.

"Sayang ni masih merajuk lagi ke? Takkan tak nak maafkan abang. Abang ni kurang romantik agaknya ke?"

Pandangan redup dilemparkan ke arah isterinya. Suci menutup komputer ribanya dan diletakkan di sisinya . Mata redup suaminya yang cukup menggoda itu ditatap kasih. Tapi tidak ditunjukkan sangat. Kena jual mahal dulu.

"Hmm, abang benar-benar dah sedar kesilapan yang abang lakukan ke? Kalau abang dah sedar, Suci maafkan abang tapi ada satu syarat."

Bila mendengar ucapan Suci, Johan merapatkan duduknya di sebelah si isteri. Harap syarat yang biasa-biasa aje.

"Apa syaratnya tu sayang? Abang akan lakukan apa sahaja demi isteri abang tercinta." Mendayu-dayu suara Johan.

"Errr..." Jarinya diketuk- ketuk pada dagu yang runcing.

"Cepatlah sayang. Tak sabar abang nak tahu ni."

"Suci nak abang masakkan untuk Suci selama seminggu. Masak tanpa bantuan ibu atau sesiapapun. Google dibolehkan."

Gulp! Apa punya syaratlah isterinya ini. Masak tu bukan yang difikirkan Johan. Tidak pernah. Kerana hendakkan kemaafan Suci yang cukup mahal itu, terpaksa Johan mengangguk lemah.

"Tapi sayang, abang seumur hidup tak pernah ke dapur. Goreng telur pun abang tak tahu."

"Itu Suci tak nak ambil tahu. Ni, anak dalam perut Suci nak makan masakan buatan chef Johan selama seminggu."

"Bila tu sayang?"

"Hari ni dah mula. Menu pertama adalah nasi ayam. Ayam bersihkan sendiri tanpa hantar proses." Tanpa rasa simpati Suci mengenakan syarat pada Johan. Namun hatinya seperti digeletek melihat cemberut wajah si suami.

Johan mengeluh perlahan.

"Adoiiii, macam mana ni. Terpaksa juga lah aku buat. Untuk kau isteri , apapun akan aku lakukan." Berkata Johan di dalam hati.

🌸🌸🌸🌸🌸

Aisyah mengemop lantai syarikat tempat dia bekerja. Akhirnya dia redha dengan nasibnya bekerja sebagai cleaner di sebuah syarikat yang boleh tahan besarnya.

Sedang dia mengemop lantai, tiba-tiba tangannya dicengkam oleh seseorang. Sakit terasa akibat cengkaman itu.

"Adoiii..." jerit Aisyah.

"Ya Allah... sorry cik... saya tak sengaja. Tadi saya hampir jatuh," ujar lelaki itu.

Aisyah yang hendak memarahi lelaki itu, terpaku melihat ketampanan lelaki yang sedang memandangnya. Lelaki itu turut terpaku sama melihat Aisyah.

"Cantiknya cleaner ni? Kenapa perempuan secantik ini, boleh bekerja sebagai cleaner? Agaknya tak habis belajar kut," bisik lelaki itu di dalam hati.

"Encik Azam..." Seorang staf di situ menegur Azam. Mati terus lamunan Azam. Rupanya syarikat itu kepunyaan Azam bekas suami Zura.

"Ye..."

"Encik tak apa-apa ke?"

"Saya okey kak Sal. Cuma kak Sal tengokkan tangan cik ni. Tadi saya tercengkam kuat lengan dia."

"Baik encik..." Sejurus itu, Azam meninggalkan Aisyah dan kak Sal.

"Meh, kak Sal tengok tangan adik tu. Takut cedera pula."

Berikan Aku Secebis Kasih (Completed)Where stories live. Discover now