Bab 9 Tangkap Basah

985 56 44
                                    

Ketawa riang memenuhi ruang tamu rumah teres dua tingkat itu. Puan Lina dan Mak Long Gayah bercerita dengan penuh semangat. Sesekali mereka ada menyelitkan akan menikahkan Zura dengan Azam. Zura yang keluar dengan Azam tidak pulang lagi. Mereka menghabiskan masa bersama setelah masa itu diabaikan semenjak Azam dan Suci bernikah. Mereka semua langsung tidak sedikit pun menjaga hati Suci.

"Alhamdulillah... akhirnya terungkai juga rahsia jahat budak cacat tu," kata Puan Lina.

"Memang saya dah duga yang si Suci tu punya angkara. Saya kenal anak saya si Zura tu. Takkan sanggup mengkhianati orang lain," balas Mak Long Gayah dengan yakinnya.

Encik Hadi hanya membisu. Sebenarnya ada juga rasa simpati pada Suci, namun kesalahan Suci amat dikesalinya. Tidak disangka juga begitu sekali Suci gilakan anaknya.

Tok! Tok!

Suci yang sedang menatap gambar adiknya dan Johan semasa balik dari sekolah. Gambar kenangan yang masih disimpan. Sebak ,sayu dan rindu pada kedua mereka. Tapi di mana harus Suci mencari.

Suci bangun dan membuka pintu biliknya. Tercegat Mak Long Gayah di muka pintu. Suci memberi senyuman nipis pada Mak Long Gayah. Namun wajah tua itu nampak bengis.

"Mak Long..."

"Kau jangan panggil aku Mak Long setelah kau busuk hati dengan anak aku Zura. Orang yang macam kau ni, elok je pergi mati atau jadi pelacur."

"Astaghfirullah... apa yang Mak Long cakap ni? Suci tak salah. Suci berani bersumpah yang Suci langsung tak buat jahat pada Zura. Zura yang minta Suci gantikan dia masa tu. Demi Allah, Mak Long..."

Mak Long Gayah yang mendengar ucapan Suci, masuk ke dalam bilik Suci. Kepala Suci ditunjal kuat.

"Kau jangan berani nak bersumpah pula. Kau ingat aku nak percaya. Kau ni memang jahat. Kau sedar diri kau tu buruk, tu sebab kau cari jalan nak rampas Azam dari Zura. Bukan aku tak tahu niat buruk kau tu. Sama macam wajah kau juga. Lepas ni kau bersedia lah nak jadi janda, bila Azam bernikah dengan Zura nanti." Sebelum Mak Long Gayah keluar dari bilik Suci sempat dia menunjal kuat kepala Suci lagi.

🌸🌸🌸🌸🌸

Azam dan Zura memadu kasih di tempat parking di sebuah taman tempat remaja melepak.

"Bila agaknya kita nak bernikah ye Azam? Zura tak sabar nak jadi isteri Azam. Zura menyesal mengikut telunjuk Suci. Kalau Zura tahu takkan Zura ikut ugutan yang Suci buat." Masih menuding jari pada Suci di atas kesalahan yang dia sendiri buat.

"Sabar ye sayang. Azam pun tak sangka Suci sanggup buat macam tu kat Zura dan Azam. Kalau Azam tahu dah mesti Azam tunggu Zura dan tak bernikah dengan gadis jahat tu."

Zura buat muka terkejut.

"Gadis? Maksud Azam... Azam tak pernah sentuh Suci?"

"Tak... Azam langsung tak teringin dan tak selera nak sentuh si cacat tu. Geli Azam..."

Tersenyum suka Zura. Satu ciuman melekap di pipi Azam.

Tok! Tok!

Cermin tingkap Honda Hybrid itu diketuk. Terbeliak mata Azam melihat empat orang berkopiah putih berdiri di luar keretanya.

"Buka pintu ini sekarang!" arah salah seorang lelaki berkopiah itu.

Azam terpaksa membuka pintu keretanya.

"Kami pegawai dari jabatan agama. Apa yang kamu berdua buat tadi? Kamu suami isteri ke? Boleh keluarkan kad pengenalan kamu berdua."

"Encik... Kami bukan suami isteri. Tapi kami nak kahwin tak lama lagi," jelas Azam pada pegawai itu.

Berikan Aku Secebis Kasih (Completed)Where stories live. Discover now