"Aku dah bagitahu dia awal-awal masa first day kau masuk hospital." jelas Aryan sambil memandang wajah Cara.

"Dia kata apa?" soal Cara lagi. Dia nak tahu juga.

"Dia terkejut la. Lepastu yang paling dia terkejut masa aku bagitahu dia yang aku ni husband kau. Kau tak bagitahu dia ke?" Soalan Aryan membuatkan Cara tersentak. Sememangnya dia tidak pernah beritahu sesiapa pun bahawa dia sudah bergelar isteri orang.

"Err..Bukan..Saya-" Belum sempat menghabiskan kata-kata Aryan terlebih dahulu memotong.

"Takpe aku faham. Azriel pun aku dah maklumkan pasal kes ni." ujarnya lagi.

"Awak kenal Azriel?" soalnya lagi. Sudah tentulah Aryan tahu.

"Your work partner right?" Cara sekadar mengangguk.

"Sebenarnya kan Aryan jealous.." Carl mencelah. Cara terus memandang wajah Aryan. Betul ke?

"Betul ke husband?" soalnya bersama senyuman terukir.

"Maybe yes maybe no. Dah la jangan banyak cakap." terus sahaja dia ingin menutup topik itu. Mereka yang berada di situ hanya tergelak kecil.

"But wait..Macam mana awak boleh tahu pasal diaorang?" soal Cara ingin tahu. Pelik juga.

"Your phone." jawab Aryan ringkas. Cara mengemam bibirnya. Jadi Aryan tahu la password dia? Sudahlah wallpaper pun gambar Aryan. Apabila ditanya Laura, dia hanya mengatakan bahawa gambar tersebut diambil daripada pinterest.

"Why? Anything bother you darling?" terus sahaja Aryan mengukir senyuman. Dia tahu apa yang sedang difikirkan Cara.

"Ey takdepape lah." lengan sasanya dipukul Cara. Belum apa-apa dah kena pukul.

Aryan terus sahaja membetulkan posisi tubuh Cara untuk membaringkannya. Tiba-tiba..

"If it's about your password, I don't know you would put it as our marriage date. And about wallpaper-" Sedang Aryan membisik di telinganya, Cara terus sahaja menghadiahkan cubitan.

"Auch..Pedih darling." Aryan merungut kesakitan.

"Padan muka!" Tiba-tiba sahaja Ray mencelah.

Aryan menjeling sebelum menghadiahkan kucupan sekilas di dahi Cara.

"Sexy wallpaper." bisik Aryan lagi. Cara terus menjegilkan matanya. Mananya tak! Gambar wallpaper dia merupakan gambar tubuh kekar Aryan yang diambilnya daripada belakang. Ketika itu Aryan sedang merenung langit malam di balkoni bilik mereka.

SNAP!

ARYAN yang mendengarkan itu terus sahaja memusingkan badannya untuk mencari dari mana datangnya bunyi itu.

"Darling? Kau kat mana?" matanya meliar mencari Cara. Namun ketika itu Cara menyembunyikan dirinya di bawah katil. Gila!

Pintu tandas dan pintu wardrobe dibuka namun masih tiada. Terus sahaja dia menapak ke arah katil mereka.

Tiba-tiba dia merasakan kakinya dipegang erat. Rupa-rupanya Cara menyorok di bawah katil. Terus sahaja Aryan menggamit lengannya untuk ditarik keluar.

"Main-main dengan aku eh." Aryan menggeletek tubuh Cara. Terbahak-bahak tawa Cara ketika itu.

"Eee tak tak janji buat lagi."

"Apa?"

"Janji tak buat dah."

"Salah tu darling."

"Janji. Buat. Lagi." ujar Aryan lalu terus sahaja tubuh Cara dicempung sebelum Aryan meletakkannya di atas katil.

"Repeat again darling.." Aryan terus menindih tubuhnya. Berdebar hebat jantung Cara ketika itu. Dia hanya mampu memejamkan matanya.

"What darling?" soalnya lagi. Cara masih diam tidak berkutik.

Tiba-tiba terasa seakan benda hangat yang singgah dibibirnya. Sah! Siapa lagi kalau bukan Aryan.

"Okay okay janji buat lagi..." bibirnya dikemam kuat. Takut diragut Aryan.

"What?" wajah Aryan didekatkan pada wajahnya. Helaan nafas Aryan menerpa elok di wajahnya ketika itu.

"Eee takmau la takmau." Kedua tangannya menutup mukanya. Aryan ni suka mengusik tau!

Aryan terus sahaja menghadiahkan beberapa kucupan di seluruh tangan yang menutup mukanya. Tergelak kecil mereka berdua ketika itu.

CARA tersenyum sendiri apabila memori mereka berdua ketika itu menjengah fikirannya.

"Senyum apa tu tesoro? Hm?" soal Aryan sambil kepalanya diusap lembut.

"Senyum sebab teringat awak." jujurnya.

"Aku depan mata kau je darling.." Cara mendongak untuk memandang Aryan tika itu.

"I'm really happy sayang.." lengan kekar Aryan dipeluk.

-

"Makan darling..Nanti kau sakit balik kalau tak makan." ujarnya sambil menyuakan nasi ke dalam mulut Cara.

"Sa-Saya kenyang la awak." Makanan yang penuh di dalam mulut hanya diendahkan.

"Mulut penuh jangan bercakap." tegas Aryan memesan isterinya.

"Yelah sorry." Cara terus menjeling Aryan. Suka paksa orang makan banyak-banyak.

"Tak baik buat muka dekat husband." kedua tangannya memicit pipi isterinya.

"Mana ada buat muka." matanya tajam memandang Aryan.

"Ni ni bukan buat muka ke?" terus sahaja pipinya dipicit lagi. Habis pipinya berubah warna.

"Itu bukan muka tapi wajah!" Dengan pantas Cara bangun sebelum melarikan diri dari Aryan. Tergelak-gelak dia ketika itu.

"Kau lari dari aku eh.." Aryan terus mengejar isterinya melalui kawasan lain. Cipta strategy kena lah bijak!

Sedang Cara memandang ke belakang untuk mencari suaminya tiba-tiba dia terlanggar tiang. Seakan deja vu. Ini bukan tiang tapi Aryan!

Aryan terus mengangkat tubuh Cara sebelum memusingkannya ketika itu.

"Nak lari lagi tak?" ujarnya sebelum melepaskan tubuh Cara.

"Taknak taknak saya dah serik." senyum sinis dipamer. Terus sahaja dia berlari menuju ke tangga untuk naik ke atas. Dia meninggalkan Aryan begitu sahaja. Padan muka!

"Cara Estella!!"

Aryan terus menapak naik ke tangga untuk mengejar isterinya. Riuh rendah keadaan rumah agam Aryan pada pagi itu.

Sudah lima hari sejak Cara pulang ke pangkuan Aryan. Mengambil masa juga lah untuk memujuk Cara tinggal di Italy.

Katanya dia sayang untuk meninggalkan kerjanya di New York walaupun dia sudah apply menjadi P.I di Italy. Laura pun sedih apabila mengetahui Cara bakal diambil balik oleh suaminya.

Namun akhirnya Cara akur juga. Nak buat macam mana? Tempat isteri di sisi suaminya. Lambat laun dia akan ikut Aryan juga. Lagipun macam best je kerja kat Italy kan kan?

~

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

"And of His signs is that He created for you from yourselves mates that you may find tranquillity in them, and He placed between you affection and mercy. Indeed in that are signs for a people who give thought."

(Surah Ar-Rum, 30:21)

Mrs. Aryan HerriezWhere stories live. Discover now