BAB 19: SERANGAN MENGEJUT

Start from the beginning
                                    

"Akhirnya, kau main juga permainan aku... Let's start with Level 1." Kata Encron yang sedang berdiri di atas sebuah tiang besi di atas atap bumbung. Encron meletakkan tangan kanannya di atas dada kiri kemudian tunduk kecil di hadapan Rudy dan Djin. "Serang mereka." Kata Encron perlahan.

Swush..!

10 kelibat hitam mulai melompat dari kedudukan belakang Encron lalu mengajukan serangan ke arah Rudy dan Djin.

Djin menjeling ke arah Bobby yang sedang bersedia di suatu sudut gelap, dia menunggu signal daripada Djin untuk melakukan serangan. Djin mengelipkan matanya sebanyak dua kali kemudian menjeling ke arah sisi kirinya. Bobby mengangguk kemudian bergerak pantas untuk melakukan serangan hendap. Serangan ini dinamakan sebagai 'Serangan Kijang Tiga Penjuru'. Serangan dari kedua-dua belah pihak berlaga kemudian menghasilkan satu dentuman yang kuat lalu menghasilkan sebuah bunyi yang hebat.

Debush!

*****

Tup!

"Huh?"

"Kenapa, ni?"

Tiba-tiba, seluruh bekalan elektrik di dalam pasaraya Gegamall itu terpadam, dan penggera kebakaran tiba-tiba dibunyikan lalu membuatkan semua orang mula menjadi panik.

Kring!!! Kring!!!

Kring!!! Kring!!!

"API!!!" Jeritan kuat daripada seorang wanita telah membuatkan satu dewan itu mula menjadi huru-hara. Kesemua pengawal peribadi (Bodyguard) segera menjalankan tugas mereka dengan berlari ke arah majikan mereka sambil melindungi dan memimpin mereka ke jalan keluar kecemasan.

Pengawal-pengawal peribadi Bobby, Djin, Karya, Rizwan dan Rudy segera mencari majikan masing-masing, mereka berpecah di seluruh tempat.

Tap! Tap!

Tap! Tap!

*****

"Jumpa lagi, Ali." Kata Encorn sambil melemparkan sebuah alat berbentuk diamond berwarna hitam ke udara, apabila alat itu telah mencapai had masa di udara, secara automatik, alat itu meletup dengan debu pemedih mata berwarna hitam ke seluruh kawasan itu. Ali yang baru sahaja mahu melancarkan serangan ke arah Encron terus jatuh rebah di atas tanah. Ali menggosok kedua matanya menggunakan kedua lengan tangannya untuk menahan rasa pedih yang teramat sangat.

Djin membuat signal dengan mengangguk kecil, Bobby dan Rudy mengangguk kecil kemudian, dengan serentak, ketiga-tiga mereka menyeluk tangan kanan ke dalam poket kiri blezer hitam mereka lalu mengeluarkan sebuah kaca mata istimewa yang mampu melindungi mata pemakainya daripada sebarang asap pemedih mata atau bendasing daripada mendekati mata dalam jarak kurang daripada satu meter. Kaca mata ini direka khas oleh Ejen Muda Unit Tekno kepada kelima-lima ejen INVISO yang menyertai pertandingan ini.

 Kaca mata ini direka khas oleh Ejen Muda Unit Tekno kepada kelima-lima ejen INVISO yang menyertai pertandingan ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
PEWARIS SEBENAR IRISWhere stories live. Discover now