"Aku masuk dulu eh." Aryan terus mengambil langkah untuk memasuki bilik wad Cara. Dari jauh sudah terlihat wajah polos milik isterinya itu.

Wajah yang dia sangat rindu. Senyuman yang tidak pernah pudar di bibir Cara turut dia rindui. Namun sudah lama dia tidak melihat senyuman itu.

"Assalammualaikum sayang..Kau kuat sangat sayang..Aku mimpi kau tadi. Aku mimpi kau tinggalkan aku. Aku tak dapat bayangkan kalau kau betul-betul dah tinggalkan aku. Cukup la selamani kau pergi jauh dari hidup aku tapi bukanlah jauh sehingga bayang kau pun aku takkan nampak dah lepas ni. Aku cintakan kau Estella. Bangun cepat ya darling.." wajah isterinya diusap lembut sebelum kucupan dihadiahkan pada pipi dan dahi isterinya.

Air mata Aryan yang menitis itu terkena pada pipi Cara. Terus sahaja dia mengesat air mata itu. Dia telah berjanji apabila Cara sedar dari coma, dia tidak akan membiarkan walau setitik air mata pun mengalir di pipi isterinya itu.

Dia akan bahagiakan Cara selepas ini. Dia takkan sesekali menyakiti isterinya lagi.

Angin dingin singgah pada wajah Aryan. Dia melihat tingkap yang terbuka itu lalu terus menuju ke situ untuk menutupnya. Kelihatan di luar hujan sedang membasahi bumi. Ingatannya terus mengimbas kembali memorinya bersama Cara.

"AWAK, tengok tu dekat luar hujan la." ujarnya penuh teruja.

"Biarlah hujan. The rain didn't bother you right?" Aryan menjawab tanpa melihat wajah isterinya.

"Bye." ujar Cara sepatah lalu dengan cepat dia berlari menuju ke luar. Sebenarnya memang dia berniat nak bermain hujan.

"Darling no! Nanti kau demam la sayang." Terus sahaja Aryan mendapatkan Cara.

"Ala please..Awak taktahu ke air hujan ni rahmat tau. Orang selalu kata air hujan ni asid la boleh demam la apa la tapi saya ada dengar satu ceramah ni tau." percakapannya dibiarkan tergantung sengaja mahu Aryan meneka.

"Apa?" soalnya sepatah. Lengan Cara turut dirangkul kemas.

"Kan saya cakap hujan ni rahmat. Bila kita mandi hujan, air hujan ni boleh buangkan sakit-sakit yang ada dekat badan kita. Senang cerita dia boleh sembuhkan penyakit." ujarnya lalu senyuman sinis terukir. Perlahan-lahan dia melepaskan rangkulan tangan Aryan semasa Aryan sedang asyik berfikir.

"Oh sebab tu-" belum sempat dia menghabiskan percakapan, kelibat Cara terus menghilang.

Dia mencari dimana batang tubuh kecil itu. Siap la kalau dia jumpa! Kornea matanya menangkap seseorang yang sedang berlari ke pantai. Sah! Itu mesti Cara. Eh degilnya budak kecil ni..

Aryan terus berlari laju untuk mendapatkan Cara. Sedikit demi sedikit sehinggalah dia dapat menangkap tubuh Cara.

Dia mengangkat tubuh Cara lalu dipusing-pusing seolah-olah sedang bermain dengan bayi kecil.

Cara terjerit kecil apabila Aryan mengangkatnya. Habis terhambur segala gelak tawa ketika itu.

"Haa main-main lagi. Meh aku bawa kau main pusing-pusing." Aryan memusingkan lagi tubuh Cara setelah berhenti beberapa saat.

"Stop..Stop sayang. Saya penat gelak aaaa.." namun Aryan hanya mengendahkan sahaja. Semakin lama semakin kuat gelak tawa mereka berdua.

Mereka bergelak tawa seakan hanya mereka berdua di situ. Seperti di dunia yang terdapat mereka berdua sahaja.

Sejurus itu, tubuh Cara dicempung lalu Aryan mengaturkan langkah ke hadapan.

"Awak nak bawa saya pergi mana ni?" soalnya sambil merangkul erat leher milik suaminya.

"To my world." jawab Aryan ringkas. Senyuman terbit di bibir mereka berdua.

Tubuh mereka yang sudah dibasahi air hujan itu hanya diabaikan. Kini mereka berdua betul-betul berada di depan air pantai. Sementelah itu, dia terus memasuki air itu.

"Eee awak ni hujan-hujan mandi pantai bahaya laa." dada Aryan ditumbuk perlahan. Aryan ni gila ke?

"There's nothing gonna happen as long as you with me. You'll safe in my hug." iris turqoisenya menatap iris hazel Cara. Cara terus sahaja menghadiahkan kucupan sekilas pada bibir suaminya.

Tiba-tiba Aryan seolah-olah mahu melepaskannya. Cara terus merangkul erat leher suaminya.

"Ey awak jangan lah lepas. Takut.." wajahnya dibenamkan di sebalik leher suaminya.

"Aku terkejut je."

"Terkejut kenapa?" soal Cara yang masih terpinga-pinga dengan soalan Aryan.

"Kau kiss aku.." nadanya meleret.

"Tak boleh ke?" Bibir bawahnya digigit. Apa Aryan ni suka betul mengusik dia.

"Kenapa sekejap sangat?" wajahnya didekatkan pada wajah Cara. Terus sahaja Cara menutup mukanya dengan kedua tangannya. Nasib baik tak jatuh apabila dia melepaskan pelukan.

"Awak gatal!" rungutnya disebalik tangan yang sedang menutup mukanya.

"Fine." ujarnya sebelum mereka berdua ditenggelam air pantai.

TERSENYUM kecil Aryan dibuatnya tatkala memori itu menjengah fikirannya. Andai dapat diundurkan masa, sudah lama dia lakukan.

Aryan menapak untuk menuju ke katil Cara. Dia melabuhkan punggung di atas katil itu. Sejurus itu, tangannya mengelus lembut wajah isterinya itu.

"Aku tunggu kau tau sayang. Goodnight dolce cuore.." Aryan menghadiahkan kucupan di dahi Cara. Lama.

Before this, it was only your memories that repeatedly came back to me. But this time, I wish you to come back instead. But don't bring me the thoughts that you would again go away. Please, come back.

Aku cintakan kau Cara Estella Binti Nuk Hakeem.

Maaflah author saja je prank korang malam ni. Goodnight semoga mimpi indah! Jangan jadi macam Aryan okie :p

Mrs. Aryan HerriezDove le storie prendono vita. Scoprilo ora