Hadeena dan Aryan tengah syok tonton video tutorial cara buat origami dekat Youtube. Origami naga, kucing, bunga. Nak buat koleksi kenangan cinta fasa tunang. Aryan gemar buat origami pada waktu lapang. Feels relaxing.

Zhan? Main game tak ingat dunia. Mengalahkan budak-budak. Tak padan umur tiga puluh tahun. Siap pegang gelaran master Shadow lagi. Dewasa tapi masih ada jiwa kanak-kanak.

"Hai. Termenung apa?" Gadis Flame menyedarkan Nawwar ke alam nyata.

"Nothing." Jawab Nawwar santai.

"Awak cantik. Seriously," puji Nawwar tatkala tudung cream menaikkan seri wajahnya.

"Thanks. Hm... Nawwar..."

"Ye? Kenapa?"

Pandangan Emara jatuh pada jarum branulanya. Bibirnya dikemam, seperti mahu mengungkapkan sesuatu.

"I... I love you."

Tak semena-mena mata Nawwar melebar sempurna. Automatik digit nombor cardiac monitor naik melambung. Jantung laju beb.

"I love you, Nawwar. Saya suka awak sebab nasib awak sama macam arwah mama. She's a healer, but she can't heal herself. She saved my father." Emara menarik nafas dalam-dalam. Cuba pertahankan kolam air matanya dari melimpah keluar.

"Saya... Bila saya ceritakan pasal cerita arwah mama dan ayah, sedih tau. Sebab ayah sayangkan mama sangat, tapi disebabkan sumpahan tu bawa nyawa dia pergi. Mama meninggal sebab jantung dia berhenti berfungsi..."

Gadis itu tewas akhirnya. Dia menangis. Tersedu-sedu mengingatkan semula cerita Tuan Ibrahim kepadanya.

"Saya... Saya taknak benda sama jadi dekat awak... Itu sebab saya berani nyatakan perasaan saya... Saya..."

"Shh... Don't cry my lovely Iris," pujuk Nawwar seraya mengesat air matanya dengan hujung jari telunjuknya.

"Lovely... Iris? You called me... Iris?"

Terukir senyum lebar pada bibir Nawwar. Emara terpegun. Kali pertama dia melihat Nawwar menunjukkan senyuman tampak ikhlas.

Tak ada lah muka garang sepanjang masa. Takut kita.

"Your eyes are as enchanting as white roses, captivating my heart with every glance." Mata amber itu ditenung. Bersinar terang bagaikan ada gugusan bintang pada iris matanya.

"The way they sparkle when you laugh, the warmth they exude when you look at me..."

Nawwar jeda seketika.

"You're my type."

Kawal diri, Emara. Jangan terjerit melalak. Tahulah hati berbunga-bunga. Jarang-jarang Nawwar bagi ayat manis terlebih gula. Sekali bagi...

Cair meleleh.

"That's why I called you my 'lovely Iris'. Your eyes are so lovely to me."

Tersipu malu Emara. Dia ketawa palsu. Menyorokkan rasa sedih dalam benaknya. Merasakan Nawwar mula jatuh hati padanya.

'Once I fell in love with you,there's no turning back.'

Kata-kata Nawwar terngiang dalam mindanya.

"Lovely, don't cry, please. Seeing you crying is one of my weakness," pujuk Nawwar. Dia tidak kuat melihat gadis yang dia suka menangis. Rasa bersalah.

"Guys! I've forgot to tell you something!"

Tergamam hebat semua orang. Suara nyaring Zhan menarik tumpuan kepadanya. Tengah elok main game tetiba seru macam kena rasuk.

Takdir You're My Healer [C]Where stories live. Discover now