Part 32 : The truth

Start from the beginning
                                    

"Bodoh! Kau tahu tak Aryan tu dah bunuh keluarga kau!" nadanya naik seoktaf.

"A-Apa maksud kau?" riak mukanya jelas tidak faham dengan apa yang baru Lucas katakan.

"Yes sweetie. Dia dah bunuh keluarga kau."

"NO! Aku tak percaya." air matanya mengalir. Kebenaran apa pula kali ini?

"Jangan menangis sweetie. Tapi aku kena la bagitahu juga kan Aryan tu dah bunuh siapa.." senyum sinis terukir. Cara hanya memejamkan matanya.

"Dia yang langgar Hafiy. Dia juga penyebab Aydan dibunuh dengan kejam. Silap-silap ayah kau pun mati sebab dia." sekaligus Cara membuka matanya. Dia tersentak. Tidak..Ini mungkin hanya mimpi.

-

ARYAN sudah lama memasuki kawasan hutan tersebut namun isyarat telefonnya tiba-tiba hilang. Carl, Ray dan anak buahnya yang lain turut serta berada di belakang Aryan.

"Everyone separates. Find that fucking mansion now!" Mereka semua berpecah setelah mendengar arahan Aryan.

Matanya melilau pada sekeliling.

"Signor!! Someone said that house is in the north." jerit salah satu anak buahnya.

"Go now!" Aryan memasuki perut kereta dan terus memandu laju ke rumah tersebut.

Mereka memarkir kereta sedikit jauh dari kawasan rumah agam itu. Mereka mengaturkan strategi dek kerana banyak orang-orang Reez yang sudah berada di kawasan luar rumah agam Reez.

Aryan memulakan serangan terlebih dahulu sebelum anak buahnya yang lain. Aryan mengeluarkan dua pucuk revolver dan melepaskan beberapa tembakan. Dia terus berlari masuk ke dalam rumah untuk mencari mangsanya.

The victim. Fareez Eimann.

"Carl! Find Cara now!" arah Aryan dan terus beredar.

"Buon!" jawab Carl ringkas.

Aryan terus menapak naik ke tingkat atas untuk mencari Reez. Pelurunya diisi baru sebelum melepaskan tembakan pada orang-orang Reez yang berada di atas.

"Sial kau Reez! Kau memang dah plan elok-elok." Aryan melepaskan tembakannya. Setelah itu, dia terus mengambil pisau yang diselitkan sebelum menusuk dada seseorang yang cuba menyerangnya dari belakang. Pisaunya dilap dan diselit kembali.

Aryan meraupkan rambutnya kebelakang sambil matanya melilau mencari Reez. Matanya terus tertangkap pada cermin besar yang telah memantulkan tubuh Reez. Reez sedang senyum sinis.

Aryan terus menuju kepadanya. Mayat-mayat orangnya dipijak begitu sahaja.

"Welcome to my mansion Aryan. Kau nak minum apa?" soal Reez sambil menuangkan air teh ke dalam cawan.

"Darah kau." jawab Aryan.

"Darah aku ke darah kau? Atau...Darah Estella.." nadanya meleret. Aryan terus mengacukan revolver pada kepala Reez.

"Don't your dare to mention my wife's name!" Rahangnya diketap kuat sebelum Aryan mengetuk dahi Reez dengan menggunakan revolver. Serentak itu, air teh yang panas itu dituangkan pada tangan Aryan yang memegang revolver itu. Sangkaannya revolver itu akan terlepas dari tangan Aryan tapi tidak.

"I'm a devil. Did you forget about it?" senyum sinis terukir.

"Devil yang tak dapat selamatkan isteri?" Reez membidas.

"Kau kena ingat Reez. Masa dengan The Arsonist kau kalah. Dan sekarang pun kau akan kalah la bangsat!" tembakan dilepas tepat terkena pada perut Reez. Kaki Reez terus diangkat untuk menyepak revolver Aryan. Belum sempat Aryan mencapai revolver miliknya, dua pucuk pistol hinggap di kepalanya oleh dua orang anak buah Reez.

"Kalini kau akan kalah Aryan. Aku akan bunuh isteri kau depan mata kau sendiri!" seorang anak buahnya mencampak pistol pada Reez sebelum dia melepaskan tembakan terkena pada lengan kiri Aryan.

"Bodoh!" Aryan terus bangun dan mencapai pen yang terdapat di atas meja lalu terus menikam mata kiri Reez manakala tangan kirinya melepaskan dua tembakan pada anak buah Reez.

"Arghhh sial kau Aryan!" Tangan Reez menekup matanya yang sudah berdarah. Reez terus melepaskan satu lagi tembakan hingga terkena pada perut Aryan.

Aryan mengerang sakit. Rahangnya diketap kuat. Pisau yang diselit itu dikeluarkan lalu terus ditusuk pada dada Reez beberapa kali.

"Memang silap besar la kau cuba sentuh Estella milik aku." Aryan tersenyum sinis. Reez mengerang sakit apabila dadanya ditusuk banyak kali.

"Lucas dah lama sentuh Estella kau." nadanya penuh sinis. Masih tidak mahu kalah. Aryan terus menghadiahkan tumbukan pada mata Reez yang sudah buta sebelah itu. Serentak itu, satu tumbukan singgah pada rahang Aryan oleh Reez sendiri.

Sekali lagi pisau tersebut ditusuk pada bahagian leher Reez. Reez hanya tinggal nyawa-nyawa ikan.

Pistol anak buah Reez diambil sebelum Aryan melepaskan tiga tembakan pada kepala Reez. Sejurus itu, pisau ditangan Aryan menghiris urat-urat pada tubuh Reez. Banyak darah yang memercik keluar. Muka Aryan turut dipenuhi darah. Bilik itu sudah dipenuhi bau yang amat hanyir.

"Signor!!" Aryan terus memaling ke belakang apabila mendengar Carl memanggil.

"Cara dekat bilik atas. Bilik tu soundproof sebab tu dia orang tak dengar apa-apa." jelas Carl.

Mereka berdua terus menuju ke bilik tersebut. Ray turut mengekori Aryan dan Carl apabila ternampak kelibat mereka.

To be continued..

Jangan lupa vote and comment !!
Have a nice day guys <3

Mrs. Aryan HerriezWhere stories live. Discover now