Part 30 : Youre Mine

Start from the beginning
                                    

"Mengarut la awak ni. Awak tak buat apa-apa pun saya bahagia as long as awak ada depan mata saya ni." jelas Cara bersungguh-sungguh.

"So..Shall we.." Aryan menarik kerusi untuk Cara duduk. Aryan membacakan doa sebelum menikmati makan.

Sedang kami berselera menjamu hidangan, Aryan mengajukan satu soalan.

"What if one day kalau kau tahu semua kebenaran. Kau akan tinggalkan aku ke?" Cara tergamam mendengar soalan Aryan. Sudu dan garpu diletakkan perlahan.

"I will never leave you sayang. Never." Wajah suaminya ditatap lembut. Kenapa dalam banyak-banyak soalan, soalan itu juga yang ditanyakan?

"You promise?" soal Aryan. Cara terus menarik tangan Aryan dan menyatukan jari kelingking mereka.

"Promise."

"And what if one day, saya diapa-apakan lepastu terpaksa tinggalkan awak?" Serentak itu, Aryan terus memandang wajah Cara.

"Kau milik aku darling, aku akan bunuh semua orang yang cuba sentuh hak milik aku." tegas nadanya.

"Jangan macam tu. Isteri awak ni takkan dikacau orang tau." ujarnya lembut.

Aryan hanya memandangnya sekilas lalu menyambung makan.

-

"Kau dah habis makan?" soal Aryan sambil mengelap hujung bibirnya tanda dia sudah siap makan.

"Emm..Sudah. Kenapa husband?" soal Cara sambil menghirup jus oren yang telah disediakan.

"Wanna swim?" terus sahaja Aryan bangun dari kedudukan. Dia menuju ke suatu pintu. Cara yang terkedu itu terus mengawal riak mukanya.

Cara melihat Aryan dan hanya mengikuti langkahnya. Pintu bilik itu dikuak. Terdapat banyak baju renang yang telah disediakan Aryan.

"Ini semua aku belikan untuk kau darling. Just choose." arah Aryan sambil mempersilakan Cara masuk.

"Banyaknya. Awak beli satu pun dah cukup tau." matanya melilau memandang sekeliling.

"I know you love to swim. That's why aku beli banyak darling. Just choose one lepastu tukar kat dalam toilet tu." jari telunjuknya ditujukan pada toilet tersebut.

Cara hanya mengambil baju renang berwarna hitam dan terus menukar bajunya. Kalau tahu tadi baik tak payah pakai lawa-lawa.

"Come here.." ujar Aryan setelah Cara sudah selesai menukar baju. Cara memakai baju renang yang kembang di bahagian pinggang bersama dengan seluar. Tudung tidak dipakai olehnya dek kerana di situ hanya ada dia dan suaminya.

Dari atas ini jelas menampakkan pemandangan laut. Amat tenang.

Cara terus menghampiri Aryan. Tangan Aryan disambut olehnya.

"A-Awak ni memang nak mandi malam pun. S-Sejuk." menggeletar hebat badan Cara.

"Sini come closer." Aryan menarik perlahan tangan Cara. Sementelah itu, Aryan terus menarik Cara ke dalam pelukan.

"Feel better?" soal Aryan.

"Hmm. Thankyou." jawab Cara.

"Kolam ni dalam sangat la. Saya tak sampai." Cara mencebik apabila melihat kedalaman air kolam itu hanya tepat pada dada Aryan.

"Kau pendek." jawabnya mudah.

"Eyy pendek pun dangerous tau." wajahnya didongak untuk memandang Aryan.

"Your sweet husband is more dangerous." terus Aryan menarik Cara kasar. Tangannya melekap pada dada Aryan yang terdedah itu.

"No. Yang dangerous tu the other side of Aryan." bidas Cara.

"What is that supposed to mean?" soal Aryan sambil menatap wajah Cara. Rambut Cara yang masih kering itu diusap lembut.

"As you said before. The devil." wajah Cara menilik wajah Aryan. Jarinya dinaikkan dan menyentuh lembut wajah milik Aryan.

"Now is only your sweet husband tesoro." ujar Aryan lalu jari Cara ditangkap cepat oleh Aryan.

"Hmm. Awak kata lepas je kahwin, saya boleh kenal awak dengan lebih mendalam. Tapi sekarang..Saya rasa macam saya masih tak kenal suami sendiri." bibir Cara dikemam. Takut dia tersalah cakap bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

"The right time will come tesoro. But not now." tenang saja Aryan menjawab. Jantung Cara yang berdegup kencang tadi terus pulih.

"Saya rasa macam dah lama Aryan. Adik saya, Aydan pun masih tiada jejak." Cara memandang bawah. Hanya ada air jernih kolam.

Tiada kata-kata yang diujarkan Aryan selepas itu. Aryan tahu apa yang telah terjadi pada nasib adik Cara namun Aryan masih berahsia.

Semakin hari semakin banyak rahsia yang dipegang Aryan. Adakah perkara baik akan berlaku jikalau rahsianya terbongkar? Adakah Cara akan masih bersama Aryan setelah misteri tersebut dirungkaikan?

Sebelum konflik bermula, kita bagi la dia orang chance bersweet dulu kan?
Jangan lupa vote and comment <3

Mrs. Aryan HerriezWhere stories live. Discover now