"Sorry lah. Aku terpaksa." Jawab Valen. Matanya kemudian teralih pada Irfan yang sedang menggendong bayi lelaki. Dilempar senyum kepada Irfan.

"Your baby?"

Maira mengangguk. Valen mengusap perlahan lembut pipi bayi lelaki itu. Tidak mahu mengganggu tidur lenanya.

"Stay lama sikit tau."

"Memang lah tapi hotel kami kat kuching. Jauh sikit."

"Stay je sini. Nanti aku suruh staff aku sediakan vip beachhouse untuk kau." Balas Valen sebelum dia terus menelefon Faliq sekejap.

"Settle!"

Maira memandang wajah Valen dengan penuh tanda tanya, kening diangkat sebelah tanda menuntut penjelasan. Pasti Maira hairan kenapa dia boleh ads staff segala bagai.

"Later Maira. Jom masuk dulu."

******

Valen dan Maira duduk bersebelahan di atas pasir di persisiran pantai itu. Hanya ada samar-samar cahaya yang menghiasa gelapnya malam. Sengaja mereka duduk berdekatan gigi air, ingin sesekali merasa air laut menyentuh kulit.

"Macam mana kau dengan Ammar?" Maira terus membuka bicara. Tanpa perenggan pembukaan, tanpa mukadimah.

"Macam mana apa?" Valen sengaja berdalih. Dia tidak gemar membuka cerita rumah tangganya. "Kau kan yang bagitahu Ammar pasal abang-abang aku?" Valen membuat andaian. Melihat sengihan Maira yang sudah melebar, Valen semakin yakin andaiannya betul.

"Aku geram sangat. Esoknya tu dia nak nikah dengan Farisa, malamnya tu aku bagitau. Aku ajar dia setebal kamus dewan." Cerita Maira. Dengan tangan-tangan sekali bergerak.

"Lepas tu?" Valen menunjukkan sedikit minat.

"Tak jadi kahwin lah. Ammar tak datang majlis. Kecoh juga lah. Sampai masuk hospital uminya." Maira menyambung cerita. Terselit tawa di hujung ayatnya. Padan muka Puan Sri Ariana. Tak berkenan sungguh dia dengan mak long Irfan tu. Dah diuji dengan sakit teruk pun, masih juga mahu memilih menantu yang ada pangkat ada darjat. Macam boleh bawa mati.

"Kau tau tak Ammar dah berterus-terang pasal kau dengan family dia?" Soal Maira. Di hospital juga Ammar membongkar kebenaran ketika itu. Terus pengsan lagi uminya yang baru sedar. Nasib tak jadi arwah terus. Masih geram Maira mengenangkan Puan Sri Ariana yang sikit-sikit pengsan itu. Tengok perangai gedik Farisa tak pengsan pulak.

Valen menggeleng. "Dah terlambat juga Mai." Ada kekesalan di kata itu.

"Aku faham kalau kau susah terima Ammar.  Aku yang jadi saksi ni pun sampai sekarang trauma. Apa lagi kau. But one thing for sure, i know you still love him." Maira melontar tekaan. "Kan?"

"Bukan sehari dua aku dengan dia Mai. Bertahun-tahun dia buat aku bahagia. Tapi.. tak tau lah Mai. Perkara yang dia buat tu terlampau teruk. Aku susah nak move on." Sebak mula menghimpit dada. Andai saja malam itu Ammar memilih untuk bertanya dahulu, pasti mereka masih bahagia. Benar kata Maira, dia masih sayangkan Ammar. Mana mungkin rasa sayang dan cintanya pada Ammar boleh lenyap begitu saja. Sudah bertahun lamanya mereka berkongsi hidup. Kadang-kadang dia berharap perasaan ini boleh dilempar ke laut dalam di hadapannya ini. Kerana jika dia sudah tiada rasa sayang buat Ammar. Semuanya akan lebih mudah.

"Aku terfikir. Siapa agaknya yang bagi gambar tu kat umi Ammar. Ke dia upah penyiasat demi nak fitnah aku?" Valen tertanya-tanya.

"Entah." Maira melarikan pandangan matanya dan menjungkit bahu.

"Maira.. kau tahu ke?" Soal Valen. "Maira.."

"Aku rasa kau patut tanya Ammar."

"Dia tahu?"

Maira mengangguk.

"Bagitau aku Mai. Kalau kau tak nak cakap, aku lari lagi." Ugut Valen. Maira mengecilkan matanya memandang Valen. Kecik besar kecik besar je aku tengok dia ni.  Suka sangat lari. Dia nak lawan Usain Bolt ke apa?

"Iskandar." Maira menyebut nama itu. Nama adik iparnya. Valen menoleh, terkebil-kebil memandang Maira, dengan pandangan keliru dan tidak percaya.

"Iskandar? Iskandar adik Irfan?" Valen meminta kepastian. Maira mengangguk. Dia pun tidak sangka Iskandar sanggup melakukan perkara sedemikian.

"Astaghfirullahalazim."

"Bukan setakat gambar tu Val. Dia fitnah kau depan umi Am. Dia cakap dulu kau goda dia, perangkap dia sebab kau nak dia jadi pak sanggup untuk Mayya sedangkan kau mengandung anak orang lain." Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang sudah membuka cerita, jangan berhenti di perenggan tengah, biarlah sampai ke penutup.

"Ya Allah.. apa dosa aku dengan dia Mai." Valen sudah tidak mampu menahan tangisannya. Kenapa Iskandar sanggup bertindak begitu.

"Bila Am tahu itu kerja dia. Dia belasah Is. Kalau bukan sebab mama Irfan merayu, melutut depan Ammar. Aku rasa Iskandar dah ada batu nisan kot sekarang." Mendatar saja suara Maira bercerita. Teruk juga Iskandar dikerjakan oleh Ammar ketika itu. Sampai berminggu juga lah Iskandar menerima rawatan.

"Sebab cinta, manusia boleh jadi iblis."

"Apa sebenarnya hubungan kau dengan Iskandar?" Ingin juga Maira tahu. Melihat Iskandar yang sanggup buat kerja gila gara-gara Val, dia yakin mereka pernah ada masa lalu bersama.

"He was my boyfriend. We did mistakes. I mengandung, dia paksa i gugurkan. Then i run. Dia bapa kandung Mayya." Jelas Valen tanpa berselindung. Maira menekup mulutnya. Satu lagi rahsia Valen terbongkar malam ini.

"Jantan tak guna!" Maira memaki. "Memang keturanan mereka ni semua bodoh ke apa? Iskandar bodoh, Ammar kurang bijak!" Maira berdecit marah.

"Kau lupa ke laki kau tu abang Iskandar, sepupu Ammar, masih keturunan yang sama tau!" Valen mengingatkan.

"Ye tak ye juga." Maira menggaru kepalanya yang dibaluti selendang biru itu. "Tapi laki aku special edition. Bibit unggul! Iskandar dengan Ammar tu bibit expired kot." Sempat Maira membuat lawak bodoh. Dia kemudian membaca whatsapp yang dikirim oleh Irfan.

"Apa bibit unggul kau cakap?"

"Dayyan nak menyusu." Jawab Maira lalu bangun dari duduknya disusuli Valen. Langkah diatur untuk kembali ke rumah.

"Valen."

"Hmm."

"Aku sayang kau tau. Aku nak kau happy."

Sis #teamMaira anti umi Ammar. Tak sabar nak dia tahu Valen tu jauh lebih kaya dari dia. Hahahaha..
#byeiskandar
Vote and comment!

AKU ISTERI SIMPANAN | COMPLETED Where stories live. Discover now