6- Something Happened?

ابدأ من البداية
                                    

"Nazia?".

"Nazia?". Mereka bertiga berpandangan antara satu sama lain.

'Lah, siapa pula Nazia?'. Fikir Lee.

"Jasmine Nazia? Doktor semalam tu?".

Lantas, mereka mengangguk laju. Seakan baru mengetahui bahawa nama panjang doktor yang diculik semalam ialah Jasmine Nazia.

"You gave her my favourite Saint Laurent boots?". Runcing mata Caden memandang anak-anak buahnya itu. Terutama sekali Lee dan Melvin. Sekali lagi, Aidan terlepas daripada mana-mana kesalahan.

"Sorry wey. Aku lupa yang tu kasut kau".

Caden menarik nafas dalam-dalam, mahu bersabar. Sudah la itu kasut pemberiannya seseorang yang istimewa. Dia pula tidak suka berkongsi. Tambah pula dengan perangai sesuka hati Lee dan Melvin yang sesuka hati bagi dengan orang asing.

"Aidan, Alex, Lee, Melvin. Korang pergi dulu airport. Aku ada hal. Kalau korang sampai dulu means aku tertinggal flight, kau cakap dekat Дед (atuk) yang aku sampai lambat atau esok terus". Panjang dia berpesan kepada mereka.

Nampak sangat nak pergi ambil boots tu. Penting sangat ke sampai sanggup ketinggalan kapal terbang?

"Serius la, Gil? Demi kasut?".

"Kasut tu penting". Perlahan sahaja suaranya berbicara.

"Aidan, send me the coordinate of Dr. Nazia's house". Penuh arahan suaranya berbunyi.

"Alright, coming right up!".

🦋

DAHINYA berkerut seribu tatkala dia melihat pintu apartmen 0076 itu terbuka. Atau lebih tepat lagi, rumah Dr. Nazia. Ya, pintu terbuka luas.

'Betul ke ni rumah dia?'. Bicara Caden di dalam hatinya.

Lagi-lagi dahinya berkerut apabila mendengar bunyi tangisan dan bunyi seperti orang sesak nafas daripada dalam rumah itu. Dan suara itu sama seperti suara orang yang dicari-cari olehnya pada hari itu. Untuk datang mengambil kasutnya.

"Nazia!". Dia cuba memanggil nama wanita itu sambil kakinya melangkah masuk, tanpa dijemput ke dalam rumah itu.

"Nazia! Where are you?!". Mendengar tiada sahutan dan suara tangisan yang semakin kuat dan tersekat-sekat, dia memanggil sekali lagi.

Kakinya terus melangkah, maju ke arah bilik utama. Di mana punca suara-suara itu terhasil. Sepucuk Desert Eagle yang ada di bahagian belakang seluarnya bila-bila masa sahaja sedia untuk digunakan jika ada bahaya yang mengancam.

Pintu bilik utama yang sedikit terbuka itu ditendang perlahan dan terlihat lah figura Jasmine yang lengkap menutup aurat, berpakaian kerja sedang memeluk lutut. Nafasnya kedengaran berat.

Serta-merta Caden menghampirinya.

"Its okay, its okay. Breath. In... Out... Breath, sweetheart". Tangan kasarnya menggosok-gosok bahagian belakang badan wanita itu. Cuba untuk menenangkannya.

"Sekali lagi. Aku nak kau tarik nafas dan hembus macam biasa. Jangan panik, nanti jadi makin teruk".

Mendapat anggukan daripada Jasmine, dia sedikit lega. Eh lega? Kenapa pula dia yang lega?

"Are you okay now? Tell me what happened?".

"Perompak. Dia masuk dan ambil laptop I. Dia tolak I. Kepala-".

"Luka kau terbuka. Kepala kau berdarah, Nazia". Kedengaran cukup cemas suara yang terkeluar daripada dua ulas bibir milik Caden itu.

"I takut".

"No, no its okay sweetheart. Sekarang, biar aku tengokkan luka kau tu dulu".

Jasmine menggeleng.

"Kenapa?".

"Nanti I kena buka tudung. Aurat". Jelasnya. Mesti Caden terlupa ni. Perempuan Muslim, mesti menutup auratnya daripada hujung rambut sehingga hujung kaki kecuali wajah dan telapak tangan. Maklumlah, baru setahun menjadi ahli keluarga Muslim yang baru. Semua benda nak lupa.

"Then you treat yourself. Aku tunggu kau dekat ruang tamu. Ada first aid kit tak?". Suara penuh prihatin. Ini kalau Lee dan Alex tengok, mesti diorang gelak besar. Mana pernah ketua mereka ini bercakap dengan riak wajah dan suara prihatin seperti sekarang ini.

Jasmine sekadar mengangguk.

" Goodgirl. Treat the wound. Kalau teruk, aku hantar kau ke hospital. Aku tunggu kat ruang tamu". Terus dia berlari anak keluar bilik itu apabila dia seakan tersedar akan tindakannya. Tindakan yang...

🦋

Publish awal sikit chapter ni sbb author nak main PUBG malam ni BAHAHAHA.

Anyway, sweet tak Caden Gilbert?
Apa pendapat anda?

SAYF MALEEQ ||©حيث تعيش القصص. اكتشف الآن