Part 13 : Nasi Kandar

Start from the beginning
                                    

Jeda.

Cara berlalu pergi. Buatlah apa pun, jikalau jawapannya tidak maka tidaklah.

"Cara!" Carl memanggil.

Sekali gus Cara memandang harapan. Mana la tahu taktik tadi itu menjadi.

"Cara boleh masak tapi dengan syarat..Lissa kena tolong Cara." ujarnya.

"Yeayyy macam ni baru lah Cara sayang." giginya dipamerkan ketika senyum.

Carl hanya menggeleng kepalanya.

-

SELEPAS daripada itu, bermulalah peperangan didapur.

"Aryan suka makan apa? Cara tahu masak makanan orang Melayu je." jelas Cara.

"Itu lagi bagus. Pernah ke kita orang bagi Cara makan makanan bukan Melayu? Ish Cara ni lupa lah tu." jelas Lissa sambil menggelengkan kepalanya.

"Eh haah la macam mana Cara boleh terlupa. Hehe.." terus digaru kepalanya yang tidak gatal.

Semenjak dia duduk di sini, dia memang dihidangkan dengan makanan orang Melayu sehingga membuatkan dia merindui tanah airnya.

"Cara rasa Cara nak masak Nasi Kandar! Dah lama Cara tak makan tau. Air tangan Cara sedap tauu." menyempat dia memuji dirinya.

"Wow, mesti sedapkan. Lissa tak pandai masak Nasi Kandar boleh lah nanti Lissa belajar." ujar Lissa teruja.

"Okay, jom!!"

-

SETIBANYA Aryan dan Ray di rumah, buka sahaja pintu perghhh semerbak bau Nasi Kandar yang dimasak dengan penuh kasih sayang oleh Cara memasuki rongga pernafasan mereka.

"Sejak bila ada mamak dalam rumah kita ni." siapa lagi kalau bukan Ray.

Aryan menjegilkan matanya kerna dia juga tahu siapa yang masak. Ini kerana dia tidak pernah dihidangkan Nasi Kandar oleh Lissa.

"Eh hai awak. Saya baru je siap masak. Lepas mandi kejap lagi awak turun tau." tegur Cara dengan penuh senyuman.

"Jom ikut aku naik atas."

"Ba..baik."

Setelah mereka masuk ke bilik, Aryan merenungnya lama.

"Kau masak?"

"Ha..haah." Cara hanya memandang bawah tidak mampu merenung iris turquoise milik suaminya.

"Kau tahu?" soal Aryan.

"Tahu? Tahu apa?" Cara terus memandang wajahnya.

"Yang aku suka Nasi Kandar." Aryan merenung wajah polos isterinya.

"Sini.."

"Come closer.."

Cara menghampiri Aryan. Iris matanya keatas dek kerana ketinggian yang sangat ketara.

"Damn, you're so beautiful.." Kedua-dua tangannya diletakkan pada bahu Cara.

"I don't know how to thanks to you.."

"But thank you, tesoro (darling).." Satu kucupan hangat singgah di dahi Cara.

Matanya terus kebawah. Senyuman nipis singgah di bibirnya. Aryan suka mengujinya.

"Tesoro, look at me." arah Aryan.

"Hm." gumam Cara dan terus memandang Aryan.

"I just want to tell you. Thank you for trusting me. I promise you, I will make you the happiest as you can be. Okay, dolce cuore." senyuman Aryan dipamerkan.

Dup dap dup dap dalam hati Cara. Siapa je tak terkesan dengan kata-kata dan senyuman manis Sir Aryan? Setahun sekali je dapat.

"Okay.." Cara membalas senyuman suaminya.

"Aku nak mandi dulu. Nak ikut?" Senyuman sinis diukir. Ha mula lah tu!

"Ehh taknak. Bye byeee." Cara terus melarikan diri. Risau dirinya diusik seperti semalam.

-

ARYAN membersihkan dirinya manakala Cara dan Lissa sedang sibuk menghidangkan makanan di dapur. Carl dan Ray terlebih dahulu menghampiri meja makan. Dah kebulur agaknya.

"Eh awalnya. Tahulah kebulur sebab Cara masak sedap kan kan." Cara terlebih dahulu memulakan percakapan.

"Eleh tah tah takde rasa. Pengantin baru kan." Ray mengusik.

"Apa kena mengena dengan pengantin baru? Eee dah tak ada topik la tu nak usik Cara lepastu libatkan benda tak logik." Cara menjelirkan lidahnya.

"Kau orang berdua ni tak habis-habis ya cari pasal." tiba-tiba Aryan mencelah.

"Eh tak ada lah. Ray ni sebenarnya dia lapar tapi dia menafikan." jelas Cara.

"Lapar sikit je tapi nak jugak rasa Nasi Kandar tu mana la tahu tak ada rasa."

"RAYYAN!" ditekan kuat suara Aryan.

Cara tergelak kecil. Biar padan muka si Ray tu ha. Kan dah kena marah dengan Aryan.

"Jom lah makan semua. Dah siap dah ni." Lissa mengajak.

"Jommm..baca doa dulu yaaa." terus Carl mencelah. Depan rezeki tak baik bergaduh.

Masing-masing sedang fokus menjamu selera. Sedap la tu..Tapi taknak mengaku.

"Okay Cara for the first time in my life, aku nak puji. Sumpah sedap weh memang rasa dia kawww." terbatuk-batuk Ray memuji masakan Cara. Makanan penuh dalam mulut pun bercakap lagi.

"Makan tu bagi habis kang tercekik mati siapa susah?" Carl mencelah.

Ray hanya menjeling.

"Thank you." kenyitan mata dihadiahkan. Bangga dipuji Ray. Bukan selalu.

Cara memandang Aryan yang berada disebelahnya. Sungguh berselera suami dia sorang ni!

Aryan turut memandangnya. Dia mengjongketkan keningnya.

Cara hanya menghadiahkan senyuman manis buatnya. Happy dapat membahagiakan suaminya dengan cara begitu. Kerna dia masih belum bersedia untuk perkara yang selayaknya diterima oleh Aryan.

Aryan mengambil tangan Cara dan menggenggam erat tangan milik Cara.

Dia mendekatkan dirinya dengan Cara dan berbisik..

"Sedap la, darling. Mungkin lagi sedap kalau.."

"Ish janganlah awak!" Cara terus mencelah apabila sudah agak apa yang akan dikatakan Aryan.

Mereka yang sedang makan terus memandang tepat pada mereka berdua.

"Apa pandang-pandang?" serentak Cara dan Aryan berkata. Benarlah kata orang, kalau jodoh tak kemana. Eh?

Dan seterusnya mereka pun terus menghemburkan tawa tatkala melihat telatah Cara dan Aryan.

So guys macam mana jalan cerita setakat ni? Author sedang berusaha untuk buat part sweet Aryan dengan Cara sebab nak korang merasakan single yang teramat hm HAHAHA gurau okayyy. Btw korang boleh la comment. Kesian la kat author ni dah buat cerita tapi taktahu perasaan readers yang membaca. Jangan lupa comment and vote okay? Thankyou semuaaaa <3

Mrs. Aryan HerriezWhere stories live. Discover now