HANZEL | HASNAH

24.2K 1.5K 106
                                    

“Tak minta lebih, cukup belajar untuk mencintai saya.”

PUAN SRI HASNAH duduk mencangkung menyiram bunga-bunga kesayangan miliknya ditaman. Dia tersenyum gembira melihat bunga-bunga itu membesar dengan sihat dan lebat.

Senangnya dalam hati. Ei.

Selepas siap sahaja dia menyiram semua tanaman miliknya. Dia menyimpan watering shower itu ketempat yang tersedia. Tubuhnya sedikit direnggangkan. Rasa macam nak patah tulang temulang dia. Biasalah kan kalau dah melonjak ke umur tua-tua ni.

Masuk sahaja kedalam rumah dia terserempak dengan Tan Sri Hanzel. Tapi dia hanya mengabaikan sahaja suaminya. Seperti orang yang tidak wujud. Berpura-pura tidak melihat susuk tubuh itu.

Tan Sri Hanzel hanya merenung tubuh Puan Sri Hasnah yang semakin menghilang. Dua bulan sudah berlalu, layanan Puan Sri Hasnah juga tidak seperti dahulu. Sejak dia meminta wanita itu untuk menjauhinya.

Kerana didalam hatinya hanya ada Shofia Adriana. Arwah isterinya.

Terkilan juga dia apabila Puan Sri Hasnah bersikap acuh tidak acuh kepadanya. Tapi dia sedar itu adalah permintaan dirinya sendiri.

Rindu? Benarkah dia rindu?

Tan Sri Hanzel menghela nafas berat. Dia mengatur langkah menuju ke bilik kerjanya. Masuk sahaja kesana, potret wajah jelita dan ayu milik Shofia Adriana menyinggah pandangan mata.

Tangan Tan Sri Hanzel mengelus potret itu. Bibirnya berbisik lembut.

Hey, i miss you sayang.”

Rindunya dia kepada arwah isterinya hanya dia yang tahu. Buah hatinya, cinta hatinya. Yang telah melahirkan dia tiga orang permata. Bertarung melahirkan anak-anak mereka.

Klak!

Bunyi pintu kerja mengalih perhatian Tan Sri Hanzel. Puan Sri Hasnah sedang datang bersama sampul berwarna putih ditangan. Baru sahaja Tan Sri Hanzel mahu bertanya, Puan Sri Hasnah terlebih dahulu memberitahu.

“Pembantu awak bagi saya tadi.” Itu sahaja yang dikatakan sebelum Puan Sri Hasnah mengatur langkah pergi dari situ.

Tan Sri Hanzel gigit bibir bawahnya.

“Has,” Panggil Tan Sri Hanzel. Rasanya pertama kali dia memanggil wanita itu dengan suara yang lembut.

Langkah Puan Sri Hasnah terhenti. Dia memalingkan tubuhnya. Kedua-dua kening diangkat.

“Malam ni saya dinner dengan client. Nak ikut?” Berdebar-debar juga Tan Sri Hanzel bertanya.

Puan Sri Hasnah diam. Berfikir seketika. Rasanya malas nak keluar rumah. Lagi baik dia tidur ataupun pergi mengulit cucunya. Rindu pula dengan Hezad Qarish dan Mawar Hemilin. Terbayang wajah comel cucunya dibenak.

Puan Sri Hasnah menggeleng. Menolak pelawaan Tan Sri Hanzel.

Wajah hampa Tan Sri Hanzel kelihatan jelas tapi Puan Sri Hasnah hanya diam. Buat apa dia nak fikir tentang orang yang tak fikirkan dia pun kan?

“Has,”

“Apa?”

“Kau jauhkan diri dari aku?”

𝐁𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡Where stories live. Discover now