C H A P T E R 2 9

50.6K 2.9K 182
                                    

SETELAH diberi penjelasan barulah dia faham. Tapi sejujurnya banyak lagi persoalan yang bermain di mindanya ketika ini. Berkira-kira mahu bertanya ataupun tidak.

"Awak..."

"Hmm..." Luth elus perut Bunga yang sudah membuncit sedikit. Nasib baik tiada apa-apa yang terjadi terhadap Bunga dan anak mereka didalam kandungan Bunga.

"Jadi selama ni awak berlakon lah eh?" Tanya Bunga bagi mendapatkan kepastian.

Luth angguk sekali. "Aku tahu aku banyak sakitkan hati kau dengan kata-kata dan perbuatan aku selama ni. But trust me, aku pun terpaksa untuk lakukan semua ni. Kau ingat aku suka ke tengok kau menangis sebab aku? Tapi aku tak mampu nak buat apa-apa. Ingat yang masa kau nak kena rogol tu?" Kali ini, giliran Luth pula bertanya.

"Kenapa?"

"Aku dapat tahu yang orang tua tu yang upah jantan bertiga tu untuk rogol kau. Dia nak tengok aku datang untuk selamatkan kau atau tak."

Luth tarik nafas dalam-dalam lalu memejamkan matanya. Malam dimana Bunga hampir sahaja dirogol oleh orang upahan Dato Hezri, dia juga teragak-agak ingin datang dan menyelamatkan Bunga. Tapi dia tiada pilihan, kalau terjadi sesuatu yang buruk kepada isterinya takkan dia cuma berdiam diri sahaja?

Mujur dia ada adik kembarnya, Luthfirash untuk dia harapkan menjaga keselamatan Bunga.

"Tapi awak datang..." Ujar Bunga perlahan. Tangan Luth yang mengelus perutnya digenggam lalu ditautkan bersama. Dapat dia rasa kedinginan tangan suaminya biarpun mereka sedang memakai comforter yang tebal.

"Ya, aku datang. Orang tua tu memang taknak tengok aku senang. Sebab..." Luth hentikan bicaranya seketika lalu comforter itu diselak menampakkan abdomennya yang berotot. Tetapi dapat Bunga lihat terdapat satu parut yang besar dibahagian kiri perut suaminya.

"Parut ni aku dapat masa datang nak selamatkan kau. Konco-konco orang tua tu datang serang aku guna senjata padahal aku tak bawa apa-apa pun masa tu. Masa aku tengah fight dengan dorang aku tak sedar yang ada seorang datang dari tepi aku dan cuba nak tikam aku. Nasib baik aku sempat elak jadi aku dapat parutnya ni jelah." Sambung Luth panjang lebar. Menjelaskan bagaimana dia mendapat parut yang baginya besar juga. Nasib baik dia peka dengan keadaan disekeliling dia kalau tak dah lama dia dapat title arwah.

Bunga tergamam. Allahu, berdosanya dia. Dia tak sangka yang Luth sanggup selamatkan dia biarpun nyawa sendiri jadi taruhan.

Bunga sentuh parut yang besarnya kira-kira 5cm itu. "Sakit ke?" Polos sahaja Bunga bertanya.

"Sekarang ni taklah. Tapi masa aku nak datang selamatkan kau tu memang sakit sangat. Tapi aku boleh tahan lagi. Tapi kau beratlah masa aku pergi angkat badan kau tu. Makan apa?" Usik Luth. Dia tipu je, manada berat. Dahlah isteri dia pendek lepas tu berat pun taklah berat sangat.

Tapi yang dia tak tipu tu bila dia cempung tubuh kecil isterinya masa dia dalam kesakitan lepas dapat luka goresan dekat bahagian perut dia. Memang pedih. Tapi dia abaikan semua sebab bagi dia Bunga lagi penting.

"Eee, mana ada berat!" Protes Bunga sambil memuncungkan bibirnya. Suka hati je cakap dia berat. Sempat tangan kecilnya mencubit geram perut Luth yang tidak berlapik apa-apa.

Luth ketawa besar. Tahu yang perempuan sensitif bila cakap berkenaan tentang berat badan.

"Suka hati awaklah. Malas saya nak layan!" Dia rasa nak merajuk. Ada ke cakap macam tu. Dia tak berat tau!

"Mana kau tahu kau tak berat? Aku angkat kau berat ah." Luth pula semakin mengusik Bunga. Alis keningnya dijongket sebelah. Suka pula dia tengok Bunga merajuk dengan dia.

𝐁𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡Where stories live. Discover now