C H A P T E R 1 0

56.3K 3.1K 439
                                    

LUTH ARREYAN tersenyum bahagia sambil memegang erat tangan Bunga Qaisarah. Satu lagi tangannya dimasukkan dipoket seluar. Luth mengerling sekilas wajah isterinya. Masam sahaja wajah itu.

Perdebatan mereka dikereta akhirnya dimenangi oleh dirinya. Siapa cakap lelaki tak pernah menang kalau lawan dengan perempuan? Elok je dia menang.

"Tak payahlah nak pegang-pegang tangan saya." Marah Bunga. Tangannya cuba dilepaskan dari terus digenggam oleh Luth. Rimas tau tak rimas? Tahulah dah halal tapi dia tetap tak suka.

"Aku pegang tangan isteri aku. Salah?" Tanya Luth sinis. Jarinya menyentuh puncak hidung Bunga.

"Isteri? Bukan perempuan simpanan?" Bunga mengangkat kedua keningnya. Lalu menjeling malas. Rasa macam nak mengamuk. Lagi-lagi bila dia tengah bendera merah sekarang.

Kalau boleh sepanjang masa dia nak mengamuk. Macam nak bertukar jadi makhluk hijau.

Luth hela nafas. Perempuan ni memang mulut dia memang pedas ke setiap masa? Argg, lantaklah. Dia kesah apa.

Tangan Luth yang menggengam tangan Bunga kini beralih kebahu isterinya. Terpaksa dia rendahkan sikit badan sebab ketinggian Bunga hanyalah paras dadanya sahaja.

Luth tersenyum geli melihat pandangan tajam dari isterinya. Marahlah tu, tapi dia peduli apa? Suka hati dialah nak buat apa dengan isteri dia.

"Nak aiskrim?" Tawar Luth.

Bunga mengerling Luth dari ekor matanya. Lambat-lambat dia menganggukkan kepala. Lagipun memang dia perlukan sesuatu yang boleh sejukkan hati dia. Nak redahkan hati yang sedia panas.

Luth tersenyum suka. Pipi Bunga dicium sekilas. Membulat matanya dengan tindakan tidak sopan suaminya itu. Dahlah cium orang dekat tempat awam. Eii, tak senonoh betul.

"Eii! " Geram Bunga sambil memukul lengan suaminya.

"Tak payah nak malu sangat. Lebih daripada ni pun kita dah pernah buat, kan?" Tanya Luth tanpa rasa malu.

Bunga memincingkan matanya. Kalau boleh dia nak ketuk kepala suaminya biar otak tu betul sikit.

"Gatal, pergilah cepat." Halau Bunga. Tubuh Luth ditolak berkali-kali.

Pasrah sahaja wajah Luth apabila badannya ditolak sebegitu rupa oleh isterinya.

BUNGA QAISARAH memandang lurus kehadapan. Tubuhnya disandarkan dikerusi panjang ditaman khas yang memang disediakan oleh Luth Arreyan sendiri.

Luth membawa dirinya ke Villa milik lelaki itu sendiri. Janji tinggal janji, bukannya lelaki itu membawa dia jalan-jalan dan meluangkan masa bersama ditempat yang dia inginkan tetapi disinilah dia.

Sejujurnya, dia tahu lelaki itu takut jika akan ada orang yang mengenali mereka. Kerana itulah, Luth membawa dia kesini. Itupun, mereka hanya sempat pergi melencong sekejap di shopping complex tadi.

Bunga memeluk dirinya sendiri. Merenung nasib diri. Dia sendiri tidak pasti jika perkahwinan mereka ini akan berakhir dengan rasa bahagia ataupun tidak.

Tetapi yang dia tahu, dia tidak boleh membiarkan dirinya jatuh cinta kepada lelaki itu. Takut jika dia sudah terlanjur sayang dan akhirnya dia yang akan tersakiti.

Sepasang tangan yang menutupi mata Bunga membuatkan Bunga terpaksa memejam mata erat.

"Eish, main-main pula dia." Ujar Bunga tidak puas hati sambil menepuk tangan Luth yang sedang menutup matanya.

Bunga mengalihkan tangan Luth yang menutup matanya.

Luth tersengih suka. Saja nak kacau sikit. Haha.

𝐁𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡Where stories live. Discover now