E N D I N G

79K 3.8K 1.3K
                                    

BUNGA QAISARAH memandang pelik suaminya yang sedang menggeliat tidak selesa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

BUNGA QAISARAH memandang pelik suaminya yang sedang menggeliat tidak selesa. Ada air mata yang mengalir jatuh dipipi Luth Arreyan. Suami dia mimpi buruk ke sampai menangis?

"Abang..." Badan Luth digoyang perlahan. Cuba membangunkan Luth dari tidurnya. Mulut suaminya itu terkumat-kamit mengatakan sesuatu yang tidak jelas. Dahi Luth pula sudah berkeringat berpeluh-peluh.

"Abang..." Panggil Bunga sekali lagi apabila Luth masih tidak bangun-bangun.

Bunga meringis apabila bayi dalam kandungannya menendang-nendang. Aktif betul anak umi dalam tu. Sihat-sihat ya sayang.

"Abang, bangunlah." Bunga mencuba lagi. Dia mengesat peluh didahi Luth. Kesian suaminya, mimpi apalah sampai menangis dalam tidur macam ni sekali.

Dia menepuk-nepuk pipi Luth. Kalau tak bangun pun baik dia simbah air tapi nanti kena cop sebagai isteri derhaka pula. Tak nak dia.

"Abang! Argg... Sakit!" Jerit Bunga sedikit kuat.

Luth terus bangun terduduk dengan nafas yang tercungap-cungap. Wajahnya yang sudah basah dengan peluh tidak dipedulikan tetapi dia pantas berdiri dan mendekati isterinya dibirai katil. Tanpa aba-aba, tubuh mungil itu dicempung.

"Abang!" Bunga pegang bahu Luth. Badannya dinaikkan sedikit apabila Luth memeluk pelipat lututnyaa.

"Sayang nak beranak ke?" Soal Luth yang masih mamai. Dengar je jeritan isterinya terus sahaja dia menjadi kalut.

"Turunkanlah sayang! Abanglah ni kan mesti tak ada ambil wudhuk dengan lupa nak baca doa tidur sebab itulah abang mimpi buruk! Sempat mengigau lagi tadi." Bebel Bunga. Lengan suaminya ditepuk-tepuk.

"Aduh sakitlah sayang..." Ringis Luth. Semenjak mengandung anak ketiga mereka ini Bunga menjadi lebih sensitif dan suka memarahi dirinya biarpun kesalahan yang dia buat kecil. Kadang-kadang yang bukan salah dia pun kena marah!

Bila malam jadi kucing yang mengawan pula. Siap manja-manja lagi dengan dia. Tapi dia tahulah itu semua hormon ibu mengandung.

Luth membaringkan tubuh isterinya dikatil semula. Dia naik menindih tubuh Bunga. Kedua tangannya ditongkat disisi kepala Bunga supaya tidak menghimpit perut isterinya.

"Ya Allah , nasib apa yang abang mimpi tadi tu tak jadi betul-betul." Dia merenung tepat dalam anak mata isterinya.

Bunga berkerut pelik. Lagi hairan apabila mata suaminya berkaca-kaca.

Bunga sentuh pipi Luth. "Abang mimpi apa?"

"Abang mimpi- sayang dah tinggalkan abang dengan anak-anak. Nasib baik cuma mimpi. Abang takut kalau mimpi tu jadi betul-betul." Adu Luth manja. Air matanya sudah mengalir keluar. Tak sangka yang Bunga masih hidup. Dan isterinya masih ada didepan matanya.

Setitis air mata Luth jadi diwajah Bunga. Bunga terpempam melihat suaminya menangis. Dia menghela nafas. Tangannya dilingkarkan dileher Luth.

"Abang, tak perlulah nak nangis. Tak kacak dah suami Bunga kalau menangis. Kan Bunga masih hidup lagi. Mana ada Bunga tinggalkan abang dengan anak-anak. See? Bunga masih hidup lagi." Pujuk Bunga sambil mengesat air mata suaminya. Kesian Luth.

𝐁𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡Where stories live. Discover now