C H A P T E R 4 (OV)

59.5K 3.5K 344
                                    

LUTH ARREYAN mengangkat tubuh ramping Bunga Qaisarah yang masih berbalut selimut itu dengan selamba

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

LUTH ARREYAN mengangkat tubuh ramping Bunga Qaisarah yang masih berbalut selimut itu dengan selamba. Langkahnya diatur menuju keruang kamar mandi bilik hotel itu.

Selepas itu, tubuh Bunga diletakkan di tab mandi. Tangan Luth cuba mengalihkan selimut yang melilit dibadan Bunga tetapi Bunga menggeleng perlahan.

Tidak menghiraukan gelengan Bunga, Luth tetap membuka selimut yang melilit ditubuh perempuan itu. Bunga yang merasa malu hanya memejamkan mata.

Luth membuka paip dan membiarkan air mengalir memenuhkan tab mandi itu.

"Mandi, bersihkan diri kau. Aku tunggu kau kat luar." Ujar Luth dengan nada yang lembut.

Bunga hanya mengangguk lemah. Tiada guna dia melawan kata-kata lelaki itu kerana di akhirnya dia yang akan mendapat padahnya.

"Jangan cuba buat benda yang bukan-bukan yang buat aku marah." Luth membongkokkan badan sedikit sehinggakan wajahnya berdepan dengan wajah Bunga. Sangat dekat hinggakan nafas Luth terasa diwajahnya.

"Or else i will do things that make you regret it." Usai mengatakan itu, Luth kembali menegakkan badannya.

Dia berjalan keluar daripada ruang kamar mandi itu. Membiarkan Bunga membersihkan dirinya.

Bunga termenung jauh sebelum satu titis air mata mengalir jatuh dari pelupuk matanya. Mulutnya ditekup menahan esakan supaya lelaki itu tidak tahu.

Tanda kemerahan yang berada ditubuhnya membuatkan Bunga semakin jijik dengan dirinya sendiri. Lalu dengan pantas Bunga menyabuni dirinya dengan kasar berharap kesan kemerahan yang ditanda lelaki itu pada tubuhnya akan hilang serta merta walaupun hakikatnya tanda itu tidak akan hilang.

Bunga menangis sendirian di tab mandi itu. Kepalanya semakin memberat tetapi dia gagahnya juga diri untuk membersihkan dirinya. Takut jika lelaki itu melakukan perkara yang dia tidak inginkan untuk berlaku.

BUNGA QAISARAH memakai hoodie hitam yang besar dan lebar dipadankan dengan seluar slack yang juga berwarna hitam seperti yang diarahkan oleh lelaki itu.


Haih, pelik betullah.

Helaan nafas berat terhela dibibir pucat Bunga.

"Let's go." Ujar Luth kepada Bunga. Lelaki itu mendekati Bunga lantas kepala hoodie itu disarungkan untuk menutupi kepala Bunga.

"Nak pergi mana?" Tanya Bunga. Luth hanya mendiamkan diri. Tidak menjawab soalan Bunga. Luth justeru mengambil telefon bimbitnya dipoket seluar lalu menelefon seseorang.

"Tolong lepaskan saya. Awak dah puas kan? Saya nak balik." Rayu Bunga. Tetapi Luth tetap tidak menghiraukan rayuan Bunga.

"Jangan harap. Aku dah cakap aku nak jadikan kau sebagai perempuan simpanan aku." Bidas Luth marah.

𝐁𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡Where stories live. Discover now