C H A P T E R 6 (OV)

57.1K 3.3K 588
                                    

"ABANG tak perlulah risau dengan Bunga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ABANG tak perlulah risau dengan Bunga. Mungkin dia tidur kat rumah kawan dia tapi tak bagitahu kita."

Puan Aisy datang menghampiri suaminya didepan pintu rumah utama. Sudah dua hari suaminya menunggu anak angkat perempuan mereka didepan pintu rumah.

"Abang risau kat Bunga. Bunga tu perempuan , saya takut apa-apa jadi kat dia. Sekarang ni dah banyak terjadi kes rogol." Encik Rahfi menghela nafas berat. Hati tuanya risau terhadap anak perempuan mereka.

Puan Aisy hanya mengangkat bahu. Suaminya saja yang terlebih risau. Lagipun Bunga bukanlah anak kandung mereka tetapi hanyalah anak angkat mereka yang diambil dari rumah anak-anak yatim.

"Nanti dia baliklah tu. Abang je yang lebih-lebih nak risau pasal dia." Tutur Puan Aisy dengan nada menyampah.

"Kenapa sayang cakap macam tu? Bunga tu kan anak kita. Mestilah abang risau." Encik Rafi memarahi isterinya. Sedikit tidak suka apabila isterinya berkata sebegitu rupa. Walaupun pada hakikatnya Bunga bukanlah anak kandung mereka tetapi dia tetap menyayangi Bunga.

Puan Aisy hanya mencebik. Apalah yang nak dirisaukan dengan Bunga tu.

"Suka hati abanglah. Tak ada masa saya nak layan abang. Kalau boleh abang tunggu lah anak kesayangan abang tu sampai abang mereput kat sini." Ujar Puan Aisy sambil menghadiahkan jelingan tajam buat suaminya. Rasa geram sebab suaminya berdegil.

Encik Rahfi hanya menggumam kecil. Malas mahu melayan karenah isterinya. Hatinya lebih risau kepada Bunga.

LUTH ARREYAN melangkah masuk kedalam rumah. Matanya melilau mencari susuk tubuh Bunga. Briefcase dan beg kertas yang berisi baju itu diletak diatas meja yang terletak ditengah-tengah ruang tamu itu.

Luth melonggarkan tali leher dan membuka kotnya. Dia mengerutkan dahi apabila telinga menangkap bunyi bising dari ruangan dapur.

Laju sahaja dia mengatur langkah pergi kedapur untuk melihat dari mana punca bunyi tersebut.

Luth mengemam bibir menahan tawa melihat Bunga yang terjingkit-jingkit ingin mengambil sesuatu dikabinet dapur itu. Comel je dia tengok.

"Kau nak curi makanan ke?" Tanya Luth sambil berdehem.

Bunga pula sudah terkejut dengan kedatangan Luth yang secara tiba-tiba dan spontan sahaja tubuhnya ingin terjatuh kebelakang. Luth yang melihat Bunga ingin terjatuh cepat-cepat pergi kearahnya dan menahan tubuh Bunga dengan tubuh kekarnya.

"Hush, kus semangat." Bunga mengurut dadanya. Dadanya berdegup kencang. Antara terkejut dengan kedatangan Luth dan ketelanjurannya tadi.

𝐁𝐫𝐨𝐤𝐞𝐧 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡Where stories live. Discover now