Deringan Iphone yang berada di dalam poket seluarnya mengejutkan Harris dari lamunan.

Iphone di poket seluar di keluarkan. Tertera nama si pemanggil di scrin telefon.

Danish tak laku

Butang hijau di tekan. Sempat juga dia menjeling pintu bilik tidur mereka. " Hmm? "

" Aik? Period ke bang?"

Harris guling mata keatas mendengar suara Danish di corong telefon. Aku tengah takde mood ni, Ada juga yang kena pijak kejap lagi kang.

" Kau nak apa? " Tanya harris tanpa mengendahkan pertanyaan jejaka itu.

" Sabar bang, kalau gaduh dengan bini jangan sampai saya pun kena tempias. Hahaha..." jelas kedengaran gelak tawa Danish di corong telefon.

" Straight to the point please." Terhenti gelak tawa Danish apabila mendengar suara dingin Harris. Tahu lah dia bahawa jejaka itu tengah serius.

" Okay-okay sorry, aku call kau sebab nak tanya, jadi tak kita lepak petang ni? "

Harris menghela nafas berat. Kakinya melangkah menuju ke pintu bilik tidur mereka. " Tak jadi lah, aku ada kerja nak buat. Cau."

" Eh! Harri--"

Tit... Tit.. Tit...

Iphone di masuk kan ke dalam poket seluarnya semula. Tombol pintu bilik dipulas perlahan-lahan. Setelah pasti bahawa tiada barang yang akan di campak kan kearahnya, harris mula melangkah masuk ke dalam bilik.

Matanya di sapa figura si isteri yang sedang berdiri di luar balkoni. Beg sekolah di letak kan di atas meja belajar yang berada di dalam bilik itu sebelum dia melangkah mendekati Sara.

" Ah... Kau dah mandi?"

Tak tahu lah nak kata Harris ni buta ke apa, tapi dia memang tak boleh nak nampak ke yang Sara tu dah tukar baju?

Diam please, aku tengah cuba nak pujuk bini aku ni. Kau single so diam. — Harris

Pertanyaan harris bagai angin yang lalu, diam tanpa jawapan. Sara hanya diam tidak membalas pertanyaan suaminya.

" A--aku mintak maaf..."

Sepi,

Menghukum diri kembali,

Untuk mengalirkan air mata,

Tanpa henti,

lagi...

Harris mengerling Sara yang hanya diam di tepinya. Isi pipi ditolak mengunakan lidah. " Sorry... Aku tahu aku salah."

Diam.

Harris menghadap Sara yang berada di sebelahnya. Bahu isterinya di pegang supaya menghadap kearahnya.

" Sara, kenapa kau diam?! Janganlah diam!! " Bahu Sara di goncang perlahan. Mata hazel itu hanya merenung kosong mata kelabu miliknya.

The Bad Boy's Wife | OGWhere stories live. Discover now